Home » PERSONAL » 10 Jenis Makanan Yang Harus Dihindari

10 Jenis Makanan Yang Harus Dihindari

10 Jenis Makanan Yang Harus Dihindari

Assalamualaikum
dari auc dot com

images 10 Jenis Makanan Yang Harus Dihindari

Apakah makanan yang anda harus hindari? jawapan adalah makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi. Pengambilan kolesterol dalam sehari bagi orang normal adalah 300 mg, menurut Persatuan Penyakit Jantung Amerika. Namun jika seseorang telah mempunyai kolesterol tinggi, maka pengambilannya hanya boleh 200 mg per hari.

Ini untuk mencegah mendapan kolesterol di pembuluh darah hingga mengurangkan aliran darah menuju otak. Kemuncaknya, boleh mencetuskan stroke atau serangan jantung.

Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol atau LDL (Low density lipoprotein) wajib dilakukan.

10 jenis makanan berkolesterol tinggi yang harus dielakkan seperti di bawah ini.

  • Telur (ayam, itik, puyuh): Yang paling banyak mengandungi kolesterol adalah bahagian kuning telurnya. Pada ukuran normal, sebuah kuning telur mengandung 213 mg kolesterol.
  • Fast food (1 burger keju mengandungi 175 mg kolesterol): Ini belum termasuk jika anda menambah kentang goreng, ayam goreng, atau donat.
  • Makaroni keju: Makanan ini tidak terlalu umum di Indonesia. Namun jika anda mengambilnya, ingat bahawa satu porsi saja sudah mengandung kolesterol yang cukup tinggi.
  • Aiskrim: Kandungan lemak dalam aiskrim lebih tinggi dari hamburger dan donat.
  • Minyak sapi: Lemak dalam minyak sapi sangat tinggi. Apalagi jika dalam pengolahannya ditambah santan.
  • Mufin: Campuran telur, marjerin dan gula dalam membuat mufin adalah sangat tinggi kandungan kolesterolnya.
  • Seafood: Jenis yang LDL nya tinggi adalah sotong, lobster, udang, ketam, dan kerang.
  • Ayam goreng: Minyak untuk menggorengnya yang membuat ayam goreng mempunyai tahap kolesterol cukup tinggi.
  • Hati lembu: Apalagi yang dalam pengolahannya menggunakan banyak santan. 3 ons hati lembu mengandungi 331 mg kolesterol.
  • Snack: Yang mengandungi lemak trans, contohnya kerepek kentang dan Krakers.

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

5 comments

  1. ciktom plg suka makan fastfood n aiskrim!
    cik tom recently posted…Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  2. kalau banyak makan cendol ok tak?

  3. salam..
    alahai..
    telur pyuh dengan hati lembu tu
    koi pantang jumpa..mesti bertambah..
    adehh..penyakit nih :(

  4. kerepek pisang boleh tak?
    titan recently posted…Aku pernah tumbuk budak perempuan cantik..My Profile

  5. Boleh makan… tapi jangan selalu :D
    anif recently posted…Surface Daripada MicrosoftMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge