21 May 2013 | 8:11 pm
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » 10 Masjid Tergah di Dunia

10 Masjid Tergah di Dunia

Ibadah Qurban dan Aqiqah 10 Masjid Tergah di Dunia

Assalamualaikum
dari auc dot com

10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid merupakan rumah Allah, tempat ibadah umat Islam. Masjid bererti tempat sujud, Selain tempat ibadah masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Aktiviti – aktiviti perayaan hari besar, diskusi, pengajian agama, ceramah dan belajar Al-Quran sering dilaksanakan di Masjid. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memainkan peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan hingga ketenteraan.

Teruja tengok gambar-gambar masjid masa dalam azan kat TV 9, menarik lantas cari sikit maklumat mengenainya. Berikut adalah 10 Masjid tergah di dunia:-

1. Masjidil Haram Mekah

Mekah 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjidil Haram adalah sebuah masjid di kota Makkah, ditengahnya terdapat Kaabah. Merupakan tempat tersuci di dunia bagi umat Islam. Setiap tahun berjuta – juta muslim dari seluruh dunia datang terutama untuk melaksanakan rukun islam yang ke 5, haji. Masjid ini adalah kiblat solat. Jadi, jika di masjid – masjid yang lain semua berbaris menghadap ke satu arah iaitu ke kiblat, lain halnya dengan di Masjidil Haram. Orang yang solat di sini mengelilingi ka’bah, maka itulah kiblatnya. Masjid besar ini mempunyai 9 menara dan telah mengalami banyak pengubahsuaian dan sambungan yang dilakukan oleh pihak berkuasa masjid selama bertahun-tahun. Kerana kemegahan dan nilai keagamaan yang begitu kuat, masjid ini layak untuk menjadi yang nombor satu di dunia.

2. Masjid Nabawi

Masjid%2BNabawi 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid terpenting yang terdapat di Kota Madinah kerana ianya telah dibina oleh Nabi Muhammad saw. sendiri dan menjadi tempat makam baginda dan para sahabat yang lain. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang utama bagi umat Islam setelah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Aqsa di Jerusalem.

Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibina oleh Rasulullah saw., Setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekkah ke Madinah. Masjid Nabawi dibina ketika mula Rasulullah saw. tiba di Madinah, di mana tempat unta tunggangan Nabi saw. menghentikan perjalanannya. Lokasi itu  pada mulanya adalah tempat penjemuran buah kurma milik dua orang anak yatim Sahl dan Suhail bin ‘Amr, yang kemudian dibeli oleh Rasulullah saw. untuk dibangunkan masjid dan tempat kediaman baginda.

Setelah itu berkali-kali masjid ini diubahsuai dan diperluaskan. Pengubahsuaian pertama dilakukan oleh Khalifah Umar bin Khattab pada tahun 17 H, dan yang kedua oleh Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 29 H. Di zaman moden, Raja Abdul Aziz dari Kerajaan Saudi Arabia meluaskan masjid ini menjadi 6.024 m di tahun 1372 H. Perluasan ini kemudian dilanjutkan oleh penerusnya, Raja Fahd pada tahun 1414 H, sehingga luas bangunan masjidnya hampir mencapai 100.000 m, ditambah dengan tingkat atas yang mencapai luas 67.000 m dan pelataran masjid yang boleh digunakan untuk solat seluas 135.000 m. Masjid Nabawi kini boleh menampung kira-kira 535.000 jemaah sekali gua.

3. Masjid Hassan II

Masjid%2BHassan%2BII 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid Hassan II merupakan masjid yang terletak di Casablanca, Maghribi. Masjid ini mula dibina tahun 1980, direka oleh arkitek berbangsa Perancis Michel Pinseau dan dibina oleh Bouygues. Masjid ini disebut-sebut sebagai yang kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Kota Mekkah. Masjid ini mempunyai minaret yang paling tinggi di dunia dengan ketinggian 210 meter (689 kaki) dan mempunyai kapasiti 25,000 orang.

Setiap malam, di puncak menara dilengkapi dengan sinar laser yang mengarah ke Makkah. Masjid Hasan II ini juga dilengkapi dengan sentuhan modern seperti Kubah yang boleh bergerak, pemanas lantai, anti gempa bumi, pintu elektrik. Interior yang mempercantik Masjid Hasan II secara khusus direka dan dibina atas permintaan Raja Hasan II.

“Aku ingin membina masjid ini di atas air, sebab singgahsana Tuhan berada di atas air. Sehingga orang yang beriman akan mendatanginya untuk sembahyang dan memuji Sang Pencipta sambil merenungkan langit dan lautan yang diciptakan-Nya, “titah Raja Hasan II.

4. Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan

Masjid%2BSheikh%2BZayed%2Bbin%2BSultan%2BAl%2BNahyan 10 Masjid Tergah di Dunia

Dubai memang dikenali selama ini sebagai kota besar yang penuh dengan bangunan pencakar langit yang mengagumkan menyaingi bangunan pencakar langit yang paling memukau di dunia. Masjid Agung yang terkenal disini bernama Masjid Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan, sebuah bangunan megah berkubah 82 di Abu Dhabi. Kubah utama masjid dibuka pada tahun 2007. Masjid ini berdiameter 32.8 meter dengan ketinggian 85 meter, sehingga menjadikannya salah satu yang terbesar di dunia. Ruang solat utama memegang rekod kedua dunia, satu untuk memaparkan karpet buatan tangan terbesar di dunia dan yang lain untuk mempunyai lampu yang terbesar di dunia. Sheikh Zayed meninggal pada tahun 2004 dan makam nya di laman masjid. Lihatlah gambar di atas, dan katakan mana-mana bahagian yang tidak mengagumkan dari masjid ini?

5. Masjid Imam

Masjid%2BImam 10 Masjid Tergah di Dunia

Shah Abbas I dipuji sebagai penguasa terbesar dari dinasti Safavid. Selama era kekuasaannya, ibukota Empayar Parsi dipindahkan ke Isfahan. Naqsh-e Jahan Square megah dibina dan façade selatan yang tak diragukan lagi mempunyai pandangan yang luar biasa indahnya.

Dari gerbang utama, masjid disambungkan melalui sebuah lorong yang membentuk sebuah altar yang indah. Masjid ini dikelilingi oleh empat iwans masing-masing di tengah empat arcade. Para lagu menghadap kiblat, (arah ke Mekah), adalah yang terbesar dan paling mengesankan yang juga mengandungi ubin biru yang tinggi, kubah berlapis ganda. Dinding masjid yang dilapisi dengan inskripsi 7 warna mosaik dan kaligrafi yang kelihatan tanda tangan yang rumit dan menyilaukan. Sifat akustik yang luar biasa dan refleksi bawah kubah besar harus dicatat. Masjid Imam adalah senibina terbaik Parsi.

6. Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah

Masjid%2BJamek%2BAl%2BHassanal%2BBolkiah 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah merupakan wakaf Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadin Wadaullah, Sultan Brunei yang ke-29. Masjid ini terletak di kampung Kiarong 4 km dari Bandar Seri Begawan. Mulai di bina pada tahun 1988 di atas tanah seluas 20 ekar.

Masjid ini mulai rasmi dan digunakan pada malam Jumaat bertepatan dengan hari ulang tahun Sultan Brunei yang ke-48, pada tarikh 15 juli 1994. Kapasiti masjid ini boleh menampung lebih dari 5000 orang jemaah. Masjid ini juga dilengkapi beberapa kemudahan pengunjung seperti ruang perpustakaan, ruang pentakbiran dan lain-lain.

7. Masjid Faisal

Masjid%2BFaisal 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid Faisal adalah masjid terbesar di Pakistan dan terletak di ibu negara Islamabad. Masjid ini juga merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan salah satu masjid terbesar di dunia. Namanya diambil dari nama Raja Faisal bin Abdul – akhir Aziz dari Arab Saudi yang telah menyokong dan membiayai pembangunan masjid ini.

Masjid Faisal dinobatkan sebagai Masjid Negara Pakistan. Tidak seperti masjid di Asia pada umumnya, Masjid Faisal tidak mempunyai kubah mahupun arca. Bentuknya yang tidak biasa, terinspirasi dari khemah yang didirikan salah satu suku Arab, Bedouin. Ruang solat utama berbentuk seperti segi tiga besar dan menara dibuat meruncing ke atas. Sedikit dipengaruhi oleh gaya bangunan Turki, Masjid Faisal termasuk salah satu gambaran masjid dengan reka bentuk seni bina kontemporari.

8. Masjid Badshahi

Masjid%2BBadshahi 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid Badshahi dibina pada tahun 1673 terletak di kawasan Asia Selatan, Lahore. Masjid megah ini mampu menampung sekitar 200.000 jemaah di ruang solat utama dan di serambi itu hingga kini masih berdiri kukuh dan indah.

Masjid yang berarsitektur mirip Masjid Jami di New Delhi, India, ini dijadikan UNESCO World Heritage Site sebagai salah satu tempat bersejarah di Lahore. Masjid yang bermakna “Masjid Maharaja” itu tidak pernah hilang pesonanya, menjadi salah satu objek warisan budaya kegemaran bagi penduduk tempatan, dan ia bagaikan magnet terus menarik ribuan pelancong dari segenap pelusuk negara.

9. Masjid Istiqal

Masjid%2BIstiqal 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid Istiqlal adalah masjid yang terletak di pusat ibukota negara Republik Indonesia, Jakarta. Masjid ini adalah masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini diasaskan oleh Presiden Republik Indonesia ketika itu, Ir. Sukarno di mana pemancangan batu pertama, sebagai tanda dimulainya pembangunan Masjid Istiqlal dilakukan oleh Ir. Soekarno pada tarikh 24 Ogos 1951. Arkitek Masjid Istiqlal adalah Frederich Silaban.

Selain digunakan sebagai aktiviti ibadah umat Islam, masjid ini juga digunakan sebagai pejabat Majlis Ulama Indonesia, aktiviti sosial, dan aktiviti umum. Masjid ini juga menjadi salah satu daya tarikan pelancongan yang terkenal di Jakarta. Kebanyakan pelancong yang berkunjung umumnya pelancong domestik, dan sebahagian pelancong asing yang beragama Islam.

10. Masjid Sultan Ahmed

Masjid%2BSultan%2BAhmed 10 Masjid Tergah di Dunia

Masjid Sultan Ahmed adalah sebuah masjid di Istanbul, bandar terbesar di Turki dan merupakan ibu kota Kesultanan Utsmaniyah (dari 1453 hingga 1923). Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Biru karena warna cat dalamannya didominasi warna biru. Akan tetapi cat biru tersebut bukan merupakan sebahagian daripada dekor asal masjid, maka cat tersebut dihilangkan. Sekarang, interior masjid ini tidak kelihatan berwarna biru.

Arkitek Masjid Sultan Ahmed, Sedefhar Mehmet Aga merupakan pereka tempat ibadah umat Islam yang besar dan indah ini. Struktur dasar bangunan ini hampir berbentuk kubus, berukuran 53 kali 51 meter. Seperti halnya di semua masjid, masjid ini diarahkan sedemikian rupa sehingga orang yang melakukan Salat menghadap ke Makkah, dengan mihrab berada di depan.


This post has been viewed 1546 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

7 comments

  1. teringin juga kalau dapat sampai kesemua masjid ni.
    Denaihati recently posted…Teguran Ibu dijadikan musuh hingga ke akhir hayatMy Profile

  2. Moh ke mesjid ramei2
    Nizam recently posted…Nikoh LagiMy Profile

  3. Salam ramadhan, apa khabar akhi? Alhamdulillah masjid ini semua memang terkenal, moga Allah merahmati orang yang mengimarahkannya baik masjid ini mahupun seluruh masjid di dunia ini.. eh, bukan no. 3 masjidil Aqsa ? :)

    p/s- tak jumpa fb akhi.. mungkin kalau di fb senang nak berkomunikasi ? (walaupun jarang fb..he)

    https://www.facebook.com/ad.dien.31
    Ad-Dien recently posted…Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa (Edisi Kemaskini)My Profile

  1. Pingback: Motivasi Ikhlas, Bekal Meraih Haji Mabrur | bijak.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top