3 Korban Teragung dalam Sejarah Manusia | Bahagian 1
السلام عليكم
Berbicara mengenai Ibadah Korban, andalah anda tahu bagaimana asal usulnya? 3 korban teragung dalam sejarah manusia sebelum kedatang islam yang sebenarnya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Korban Pertama
Menyembelih korban adalah sunnah yang begitu lama dijalankan. Sunnah ini dimulai oleh dua orang anak Nabi Adam a.s. Qabil dan Habil. Mereka melakukan korban di atas perintah Nabi Adam a.s. sendiri, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
“Allah mewahyukan kepada Nabi Adam a.s supaya mengahwinkan Qabil dengan saudara kembar Habil, dan mengahwinkan Habil dengan saudara kembar Qabil. Akan tetapi Qabil tiadak meyetujui perkahwinannya dengan saudara kembar Habil itu. Oleh kerana demikian, Nabi Adam a.s menyuruh kedua-duanya membuat korban. Nabi Adam berkata:
” Siapa di antara kamu yang diterima korbannya, itulah yang menjadi suami bagi saudara kembar Qabil yang cantik itu.”
Kedua-dua anak Nabi Adam a.s itu pun melaksanakan kewajipannya. Setelah korban-korban itu diletakan di tempat yang telah ditentukan, turunlah api lalu membakar korban kepunyaan Habil. Melihat yang demikian, Qabil menjadi marah, lalu membunuh saudaranya, Habil.
Mulai saat itulah umat Islam memandang penyembelihan korban sebagai suatu pekerjaan kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang yang hendak membuat pengabdian. Itu kisah pertama dari 3 kisah korban teragung dalam sejarah manusia.
bersambung ke bahagian dua
Korban Online di eQuran klik sini
This post has been viewed 493 times.











