3 Korban Teragung dalam Sejarah Manusia | Bahagian 3

السلام عليكم

ٍSambungan dari kisah korban Kedua

Korban Ketiga

Peristiwa ke atas Nabi Ismail itu, terjadi pula ke atas diri Abdullah, ayahanda Nabi Muhammad s.a.w. Lantaran itu baginda dinamakan Ibnu Assabihin yang bererti putera dari dua orang yang disembelih.

Kisahnya bermula dari Abdul Mutalib datuk Nabi Muhammad s.a.w bermimpi, diperintahkan menggali semula Telaga Zamzam yang mana pada masa itu telah tertimbus (ditimbus oleh suku Jurhum ketika mereka menguasai negeri Mekah) Abdul Mutalib cuba memenuhi permintaan seperti dalam mimpinya tetapi dengan tenaga yang ada, kerja itu mungkin tidak berhasil. Ini menyebabkan Abdul Mutalib bernazar kepada Tuhannya. Jika dia dikurniakan sepuluh orang anak yang dapat menolongnya dalam melaksanakan perintah Allah ini, dia rela menyembelih salah seorang daripadanya untuk dijadikan korban di sisi Kaabah.

Abdul Mutalib kemudian berkahwin lagi satu, hinggalah 30 tahun kemudian beliau telah dikurniakan 10 orang anak seperti mana yang dia impikan. Setelah semuanya dewasa termasuklah Abdullah, datanglah mimpi itu semula menagih Abdul Mutalib melaksanakan nazarnya dahulu.

Setelah diberitahu kepada semua anak-anaknya tentang nazarnya itu dahulu, maka semua anak-anak Abdul Mutalib bersetuju melaksanakan nazarnya. Maka Abdul Mutalib pun pergi berjumpa seorang tukang goncang anak panah undi. Semua nama anak-anak Abdul Mutalib ditulis pada anak panah tersebut. Kemudian digoncang dan dicabut salah satu daripada anak panah tersebut. Mana nama yang ada panah tersebut dialah yang dijadikan korban.

Dicabutnya satu anak panah lalu terteralah nama Abdullah, lantas dengan hati yang teguh mengambil pisau dan merebahkan Abdullah ke tanah. Ketika hendak menyembelihnya datang Abbas, abang Abdullah menarik Abdullah. Kerana itu tergurislah pisau dimuka Abdullah sehingga menjadi parut. Bekas parut itu kekal sehingga beliau meninggal dunia.

Melihat keadaan demikian itu datanglah saudara mara ibu Abdullah menghalang perbuatan Abdul Mutalib itu. Setelah berbincang untuk mencari jalan penyelesaian lantas mereka bersetuju menemui seorang Kahin (tukang tenung) di Madinah. Kahin itu memberi pendapat supaya membayar denda 10 ekor mengikut kesalahan membunuh.

Kemudian mereka kembali ke Mekah dengan membuat sembelihan 10 ekor unta. Kemudian buat goncangan lagi, tapi nama Abdullah tetap yang keluar, sehingga 10 kali goncangan tetap nama Abdullah bererti 100 ekor unta dikorbankan untuk menebus Abadullah daripada disembelih, hingga goncangan terakhir nama unta yang keluar yang menandakan bahawa sudah cukup jumlah unta yang harus dikorbankan, dan Tuhan telah rela dengan jumlah tersebut.

Begitulah kisah 3 korban teragung dalam sejarah manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammmad s.a.w. yang membawa ajaran Islam sebenarnya.


This post has been viewed 439 times.

3 Responses to 3 Korban Teragung dalam Sejarah Manusia | Bahagian 3

  1. Nizam says:

    Selamat Menyambut AidilAdha…
    Nizam recently posted..Selamat Hari Raya Aidil AdhaMy Profile

  2. Muss says:

    Ramai yang tak tahu mengenai pegorbanan Abdul Mutalib ni..
    Rupa-rupanya Allah tidak memilih Abdullah “gitu-gitu saja” Abdullah sebagai bapa kepada Rasulullah s.a.w
    Muss recently posted..Buat Duit Online – Program Affiliate Terbaik Lebih Baik Dari Join Dana Haji JasmanMy Profile

  3. zulkbo says:

    salam..
    selamat menjalani ibadah
    korban tahun ni..moga di berkati
    Allah jua hendaknya..
    zulkbo recently posted..Do A Barrel Roll From GoogleMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
blogr.myFree Auto Malaysia Backlinks Blogged.myMy Ping in TotalPing.comPing your blog, website, or RSS feed for Free