50 Cara Buat Duit Depan PC | Part 3
السلام عليكم

Sambungan dari 50 Cara Buat Duit Depan PC Part 2. Mungkin ada dalam 50 cara ni, 2 3 bersesuaian dengan kita kot. Boleh cuba mana tahu nanti boleh menjadi…
21. LAMAN WEB CANNED
Membangunkan sebuah laman web bentuk niche tertentu dan menjualnya dengan beberapa salinan.
22. BRUSHES DAN STYLES
Industri teknologi sekarang semakin berkembang. Inilah peluang anda untuk menjadi lebih kreatif daripada yang lain. Cipta Brushes dan Stykes gaya anda perisian suntingan Photoshop dan tawarkan nilai yang terbaik.
23. RSS FEED ADS
Dengan penerimaan teknologi RSS yang pantas dan capaian berjuta-juta pengguna internet, pemilik laman web boleh mula mencari jalan untuk mendapatkan wang daripada saluran baru ini. Berita yang disuapkan kepada orang ramai boleh kembali kepada anda sebagai wang.
24. APLIKASI TELEFON PINTAR
Cuba bina aplikasi untuk telefon pintar seperti menggunakan sistem operasi (OS) Android, atau iPhone dan jualkan dalam Marketplace dan AppStrore. Perisian binaan ini boleh dapat secara percuma.
25. PERKHIDMATAN DALAM TALIAN
Tawarkan perkhidmatan setup dan customize blog bagi individu yang inginkan blognya kelihatan lebih berkualiti dan profesional. Anda kenalah mahir terlebih dahulu.
26. TOTURIAL
Bagi yang mempunyai kemahiran, cuba bina video tutorial yang memanfaatkan semua orang dan jualnya kepada yang berminat. Apa yang berlaku sekarang ramai yang hanya mengedarkannya secara percuma sedangkan ribuan orang telah melihatnya. Langkah demi langkah goreng ikan pun masih boleh buat duit.
27. DROPSHIPPING
Jadi peniaga. Menerusi dropshipping, anda mengumpul pesanan (apa sahaja) di lawan web anda dan kemudian mengarahkan pengilang untuk menghantar produk kepada penglanggan anda. Pengilang akan dibayar harganya dan anda menyimpan bakinya. Hanya jadi orang tengah.
28. PERTANDINGAN
Menulis jangan duduk di depan PC dan termenung. Hasilkan sesuatu. Sertai pertandingan menulis dan cuba nasib anda. Tetapi jadikan ia lebih berpotensi untuk menang dengan kajian-kajian dan fakta-fakta berkitan bagi memastikan artikel anda berkualiti yang anda Google.
29. WEB HOSTING
Bina web hosting anda sendiri yang boleh memuatkan fail-fail html, php, script, cgi dan lain-lain. Seterusnya cari individu yang ingin memilikinya.
30. SUSUNAN ALBUM
Gambar memahat memori dalam bentuk album merupakan trend yang merupakan perkara wajib terutamanya untuk majlis-majlis perkahwinan. Jadi individu yang menawarkan servis ini, untuk pelanggan menyiarkan album gambar digital dalam blog mereka. Tidak susah. Lulu.com ada aplikasi ini.
Bersambung ke 50 Cara Buat Duit Depan PC Part 4
This post has been viewed 506 times.












Banyaknya cara buat duit:) Teringat pulak ebook yang sudah dijual, ada tentang taufufah, char kuew teaw, kek coklat, pembuatan soya.. Pasal makanan ni memang boleh cari makan (Y)
Jomtonton recently posted..Keputusan Kelayakan Olimpik 2012 – Malaysia vs Bahrain
Semakin menarik…
Nampaknya banyak juga pilihan dan peluang untuk dimanfaatkan.
anif recently posted..Salam Maulidur Rasul
<<>>
Buat duit dengan goreng ikan… resepi goreng ikan sedap… menarik jugak ini idea…