19 June 2013 | 10:51 pm
DON'T MISS
Home » BERITA » 62 Peratus Pengguna Internet Tak Sedar Ancaman Virus

62 Peratus Pengguna Internet Tak Sedar Ancaman Virus

  • Kura-kura bukan sebarangan kura-kura ni, sape berani jom lumba dgn Wak! 1328097039678 62 Peratus Pengguna Internet Tak Sedar Ancaman Virus
  • Love jungle trekking? Fairil will share with you all the important tips..1328097039678 62 Peratus Pengguna Internet Tak Sedar Ancaman Virus

Assalamualaikum
dari auc dot com

62 Peratus Pengguna Internet Tak Sedar Ancaman Virus

virus%2Bcomputer 62 Peratus Pengguna Internet Tak Sedar Ancaman Virus

Gambar dari Pak Cik Google

Sejak kebelakangan ini beberapa virus seperti Stuxnet, Duqu dan Zeus adalah nama-nama virus yang paling berbahaya di internet. Berdasarkan kajian terbaru yang dilakukan O + K Research, mendapati bahawa hampir 2/3 daripada responden tidak pernah mendengar virus-virus ini, sementara itu, 28% daripada mereka hanya mengetahui virus ini sepintas lalu je..

Para responden kajian yang mewakili 25 negara terpilih, ditanya mengenai serangan zero-day dan botnet dan jawapan mereka tidak jauh berbeza. Hanya sedikit dari para responden yang mengetahui zero-day dan botnet ni.

Pada masa yang sama, pengguna yang tidak begitu memahami tahap risiko yang ditimbulkan oleh malware, berkemungkinan mereka juga tidak mengerti pentingnya software keselamatan yang baik. Menurut hasil kajian ini merupakan satu masalah yang dianggap serius.

Hampir setengah daripada pengguna PC dan laptop (kecuali pengguna produk-produk Apple) menganggap data mereka selamat. Seramai 8.5% responden yakin bahawa komputer atau laptop mereka tidak memerlukan perlindungan tambahan. Perlu diingat, satu  jangkitan malware sahaja boleh mengakibatkan kehilangan semua data penting yang disimpan dalam komputer pengguna.

Bagi pengguna peranti bergerak (mobile), 16% pemilik tablet dan 15% pengguna smartphone yakin mereka selamat. Hampir setengah daripada pengguna peranti bergerak ini boleh dikategorikan sebagai doubters (masih ragu-ragu menggunakan penyelesaian keselamatan tambahan). dan sikap biar je lah, lama dah guna komputer tak de pun kena virus….

Secara umumnya, kebanyakan pengguna meremehkan bahaya yang boleh ditimbulkan oleh malware terhadap peranti dan juga data mereka. Ini disebabkan mereka tidak mengetahui bagaimana program berbahaya boleh masuk ke komputer, bagaimana perilaku program ini dan kerosakan apa yang boleh ditimbulkan.

Sumber diolah dari okezone.com

Sebenarnya saja je nak cerita hal virus ni, dari mula ada komputer hingga sekarang ni bermacam gajet baru timbul. Virus pun macam tu jugak la, dia orang pun makin maju jugak. Memang tak habis cerita hal virus ni. Tak kira apa jenis antivirus yang anda guna, pastikan ianya sentiasa diupdate sokmo… selalu backup data sebagai langkah kselamatan.

Apa antivirus yang gunakan sekarang? jom berkongsi apa kelebihannya…

p/s: kalau tak kena atau pening kepala dengan virus ni gunalah Ubuntu hehehe, auc guna dua-dua sekali, Ubuntu untuk internet dan Windows 8 untuk kerja pejabat. Kalau Windows kena virus boleh baiki atau buang dari Ubuntu ni.


This post has been viewed 686 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

10 comments

  1. ya betul, dan daripada 62 peratus tu, 0.01 peratus disumbangkan oleh saya :) yang saya tahu update anti virus dan renew setiap tahun… lain daripada tu, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
    Mama Murai recently posted…Hukum memakai cincin bagi lelakiMy Profile

  2. Aku guna NOD jer. setakat ini ok tetapi domain dot cc memang av aku block terus.hahaha
    hatiputera recently posted…Jana pendapatan online tanpa modalMy Profile

  3. Masih setia dengan kaspersky internet security. Hehehehe

  4. skrg ni guna kasperski saja
    beckhr00y recently posted…Hosting Serverfreak Upgrade PercumaMy Profile

  5. Terasa sahaja hendak beralih ke OS sumber terbuka seperti Mac OS dan Ubuntu kurang risiko serangan virus berbanding OS Windows.
    akubiomed recently posted…Misteri penyelongkar sampah terungkaiMy Profile

  6. aku guna Trend Micro Titanium Internetsecurity 2012 bro, so far semuanya terkawal~
    donnyien recently posted…English Premier League EPL Fixture & Result Week # 5My Profile

  7. Mmg byk virus skg nie… PC kawan nie pun meraban tak pasal aje :(
    akuanakpahang recently posted…APAKAH AKAN TERJADI SESUDAH JASAD DI KUBURKAN?My Profile

  8. tak cuka virus. tak cuka.
    titan recently posted…Malam ini, gua terasa dihargai.My Profile

  9. kalau ikut pengalaman saya, x tau lah betul ker x, serangan virus sekarang tidak lagi sehebat dan sebahaya zaman 6-7 tahun lepas dahulu. malah boleh dikatakan 4 tahun terakhir ini saya sangat jarang bertemu dengan virus apabila mendownload sesuatu, ini hanya pengalaman saya sahaja, x tau la betul ker x
    Juan recently posted…Perancangan dan Impian Dalam BerbloggingMy Profile

  10. selagi x bukak bukan2..rasanya ssh nk dpt virus ni.. :)

    sy guna avg..ringan skit berbanding kaspersky..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted…Tips Perniagaan Online : PembungkusanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top