Home » BERITA » ARENA SUKAN » 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Biasanya kita melawat atau melancong ke tempat-tempat menarik je seperti tempat bersejarah, pantai atau bukit-bukau, pergunungan yang cantik. Apa kata kita ubah pulak melancong ke tempat yang menyeramkan. Ok juga apa! tempat menyeramkan ni, ia juga ada sejarah dan kisah yang menarik disebaliknya. Ada berani? Boleh cuba datang melancong ke 7 tempat paling menyeramkan di dunia ni. heheheh icon smile 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Namun semua tempat ini terletak di luar negera dan pihak kerajaan tempatannya menjadikan tempat-tempat yang penuh misteri ini sebagai destinasi pelancongan. Rasanya Malaysia banyak jugak tempat cam ni, boleh dicadangkan buat destinasi pelancong juga kot.

Bagi mereka yang berjiwa kental pasti teruja nak merasakan kengerian sekaligus menjawab rasa ingin tahu. Kubur? Penjara? Rumah hantu? tapi 7 Tempat ini lebih menakutkan daripada yang anda bayangkan. Berikut adalah 7 tempat paling menyeramkan di dunia. Semuanya wujud di alam nyata dan boleh dikunjungi, bukan selangkah ke alam mesteri ni icon smile 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

1. Taman Permainan Chernobyl, Ukraine

Taman%2BPermainan%2BChernobyl%252C%2BUkraine 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Taman permainan ini terletak di bandar mati Pripyat, Ukraine. Suasana yang sepi membuat tempat ini begitu menyeramkan. Tak hanya sepi malah tempat ini juga amat berbahaya!

Di tahun 1986, terjadi sebuah bencana besar. Ketika itu, Kota Pripyat terkena kesan radiasi nuklear yang mematikan seluruh tanaman dan menyebabkan kemusnahan seluruh penghuni kota. Hingga kini, kesan radiasi nuklear masih menyelimuti tempat tersebut dan dianggap berbahaya. Dua agen perlancongan, lupine Travel di Inggeris dan Solo East Travel di Ukraine telah membuka tempat ini untuk pelancong ke taman permainan ini. Ada nak cuba bawak anak bermain di sini?

2. Sedlec Ossuary, Republik Czech

Sedlec%2BOssuary%252C%2BRepublik%2BCeko 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Sedlec Ossuary adalah tempat ibadah orang-orang Katolik Rom di Sedlec, Republik Czech. Salah satu perkara yang ganjil di sini adalah terdapat sekitar 40.000 kerangka manusia yang menjadi simbol di dalam tempat ibadah tersebut.

Yang paling menonjol di sini adalah lampu gantung di ruang tengah yang diperbuat dari kerangka manusia. Serta, lambang Schwarzenbergs, bangsawan Bohemian, di bahagian kirinya. Umur tulangnya dikatakan sudah beratus tahun usianya. Pasti, ini adalah perkara di luar akal sihat.

Pada mulanya, tulang-tulang tersebut diberikan secara percuma dari penganut ajaran Katolik Rom yang taat di seluruh Eropah. Mereka meminta untuk dikebumikan di sini selepas kepala biara dari Sedlec berpindah ke Jerussalem pada tahun 1278 dan membawa kembali tanah dari Golgoth, yang mana dikatakan sebagai tempat Yesus disalibkan.

Dari situlah ramai yang ingin dikebumikan di tanah Golgotha tersebut di tempat ibadah ini. Hingga kini tempat ini telah berubah menjadi perkuburan. Lalu semua tulang-tulang yang tertanam itu digali dan disusun dan kembali pada abad ke-16. Inilah cara yang berbeza untuk menjimatkan ruang perkuburan di sini.

Tempat ini dibuka setiap hari, (kecuali tarikh 24 dan 25 Disember) pukul 09.00-16.00 waktu tempatan dan masa lawatan ke dalamnya kira-kira 1 jam je. Tiket masuk sebanyak US $ 3. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web rasminya.

3. Hutan Aokigahara, Jepun

Hutan%2BAokigahara%2BJepun 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Hutan Aokigahara adalah salah satu tempat amat menyeramkan di Jepun kerana hutan ini dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’. Inilah hutan yang dijadikan sebagai tempat bunuh diri oleh penduduk Jepun yang kecewa.

Telah dicatatkan seramai 54 orang melakukan harakiri atau bunuh diri di hutan ini. Dengan pepohonannya yang lebat di dalam hutan, tidak semua mayat tersebut dapat dijumpai. Bukan setakat itu sahaja, dikatakan medan magnet di Hutan Aokigahara ini akan membuat kompas tidak berfungsi dan hutan ini dipercayai dihuni oleh roh-roh yang marah.

4. Akodessewa, Pasar Tangkal, Togo

Akodessewa%252C%2BPasar%2BJimat%252C%2BTogo 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Akodessewa adalah pasar jimat atau tangkal terbesar di dunia yang terletak di Lome, Togo. Tempat para mangsa voodoo. Di sini banyak tangkal yang digunakan untuk penyembuhan voodoo. Jimat atau tangkal tersebut berupa tulang kepala buaya, tangan cimpanzi, hinggalah ke  ular senduk.

Tangkal-tangkal tersebut dijual sebagai bahan asas. Kemudian akan dicampur dengan bahan dan dimasak dengan api. Serbuk hitam yang dihasilkan lalu digosok ke bahagian dalam dada pesakit dan dikatakan akan menyembuhkan dari apa jua penyakit.

5. Pulau Boneka, Meksiko

Pulau%2BBoneka%252C%2BMexico 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

La Isla de las Munecas atau yang lebih dikenali sebagai Pulau Boneka, adalah sebuah pulau yang amat menyeramkan di Mexico. Di sini terdapat banyak boneka-boneka atau patung yang tergantung di pohon-pohon pokok. Pastinya rupa patung tersebut sangat menakutkan!

Pada mulanya, di pulau ini tinggal seorang lelaki bernama Don Julian Santana. Dia hidup sekitar 50 tahun di sana dan meninggal pada tahun 2001. Selama hidupnya, dia mengumpul boneka-boneka atau patung dan cebisannya. Lalu dia menggantungkan boneka dan cebisannya tersebut di setiap pokok. Hingga hari ini, boneka tersebut masih lagi tergantung dan seolah-olah menjadi korban.

Namun, ada legenda di balik perbuatan Don Julain Santana tersebut. Ramai yang percaya, dia melakukan hal tersebut sebagai dedikasi dan pemberian untuk hantu kecil dari seorang gadis yang meninggal di parit dekat pulau tersebut. Pulau ini terletak sekitar 29 kilometer dari Mexico City, lebih tepatnya di Tasik Teshuilo, dekat dengan Xochimilco. Berani berkujung ke sana?

6. Pulau Kapal Perang, Jepun

Pulau%2BKapal%2BPerang%252C%2BJepun 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Pulau Hashima terkenal dengan julukan Pulau Kapal Perang. Pulau ini terletak di laut Nagasaki. Dulunya pada tahun 1950-an, pulau ini adalah tempat tinggal bagi para pekerja galian. Namun pada tahun 1974, pulau ini sudah ditinggalkan kerana pusat galiannya ditutup.

Pulau ini pun menjadi kota sejarah, dengan dikelilingi lautan dan tidak ada jalan keluar dari pulau itu. Hanya ada reruntuhan bangunan di sana, pulau ini juga menjadi seolah-olah tempat terpencil di bumi. Oleh sebab itulah, muncul kisah-kisah seram dan menakutkan di sana.

Namun demikian, Pulau Hashima dibuka untuk perlancongan pada tahun 2009. Anda boleh menghubungi Nagasaki Tourist Information di Kota Nagasaki untuk berkunjung ke pulau ini, Tapi perlu berhati-hati!

7. Hospital Sakit Jiwa Gonjiam, Korea

Hospital%2BSakit%2BJiwa%2BGonjiam%252C%2BKorea 7 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia

Anda tahu kisah seram tentang rumah sakit jiwa yang penuh dengan barang-barang antik dan runtuhan bangunan? Rumah Sakit Jiwa Gonjiam di Korea adalah tempatnya. Bangunannya yang usang, menyeramkan dan banyak tragedi ngeri di dalamnya akan membuat bulu roma anda tegak berdiri!

Menurut masyarakat tempatan, kira-kira 10 tahun lalu, para pesakit di rumah sakit ini meninggal secara tak normal. Akhirnya, rumah sakit ini terpaksa ditutup. Bangunan ini sudah lama ditinggalkan dan barang-barang di dalamnya pun dibiarkan begitu saja, ada pagar kawat yang sudah berkarat dan kerusi bekas memeriksa pesakit.

Rumah sakit ini adalah salah satu daripada tiga tempat di Korea yang terkenal sangat menyeramkan. Dua lagi adalah Rumah Youndeok, yang dikhabarkan tempatnya roh-roh perang Korea tinggal. Satu lagi adalah Taman Neulborn, dulunya tempat ini adalah sebuah restoran dan hingga kini masyarakat di sana masih mendengar bunyi orang-orang mencuci pinggan mangkuk. Hihihihihih!!!!

Selamat melancong ke tempat menyeramkan ini…

Sumber: CNNGo

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

14 comments

  1. pulau boneka pun dr jauh dah menyeramkan…
    hairulafiz recently posted…Blog aku dapat PR1My Profile

  2. yg paling seram ak rase pulau kapal perang tu… huhu xtau lah camne kalu dup situ mlm2
    Kazen recently posted…Segmen Sabtu : Jom Cari Follower Bersama AHMy Profile

  3. pergh.. tak mau pergi sana, seram2

  4. syaifuddin alias

    macam cerita paranormal activity je tempat dia ..haha

  5. Memang menyeramkan dengan hanya melihat suasana tempat yang ditinggal dan tidak berpenghuni.

  6. mmg menyeramkan..kl bg free pun xnak gi kot..hee
    cik tom recently posted…Resepi Kek Coklat Moist bersama Topping SedapMy Profile

  7. suka baca tentang tempat2 seram ni

  8. Huh…. Memang menyeramkan pulak bila baca nih


  9. Twitter:
    emmm semua gambar tu sy tgok agak menyeramkan..kepala monyet tu sy kenal..yang lain sy tak kenal..emm seram ehh..haha
    Hafizul recently posted…Tips Kebahagiaan Dalam KehidupanMy Profile

  10. okeh. memang seram bila baca. haha..
    titan recently posted…Kenapa mesti cendol?My Profile

  11. Dalam senarai tu, yang kat ukraine, korea dan jepun tu memang memberi kesan kat saya, tengok gambar pun boleh imagine macam-macam situasi. :D kalau dah gi apatah lagi kan.

  12. Emboh kerayan juga kita kalau dicampok kesini yak :)
    akuanakpahang recently posted…TIPS MENYEMAI RASA CINTA TIKA BERJAUHAN BERSAMA PASANGAN ANDA.My Profile

  13. seram jugaklah…tp kat Malaysia pun ada gak….
    hairulafiz recently posted…Minum petangMy Profile

  14. Salam..
    tengok gambar hutan Jepun tu
    yang buat bulu roma koi naik
    yang lain biasa je..adehh..
    confirm berhantu tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge