Assalamualaikum
dari auc dot con

Disebalik kejayaan Rovio dengan Angry Birdsnya, ada pihak yang telah mengambil kesempatan dalam hal ini. Dilaporkan ada malware disebalik versi terbaru Angry Birds Space ini.
Dipetik dari MSN, Sabtu (14/4/2012), hal ini telah diberi amaran oleh pihak security Sophos Labs. Versi yang dijangkiti itu ditemui di aplikasi yang tidak rasmi dan menggunakan Trojan Android yang dikenali sebagai Andr / kongfu-L. Malware itu mengandungi GingerBreak yang mengeksploitasi untuk mendapatkan akses ke telefon pintar dan memasang kod berbahaya.
Lalu Trojan akan berkomunikasi dengan website jarak jauh dan cuba memasang malware ke peranti. “Secara efektifnya, telefon Android kini menjadi sebahagian daripada botnet, di bawah kawalan penggodam jahat,” ujat Sophos dalam laporannya.
Setakat ini belum ada cara untuk pulih bagi pihak yang telah dijangkiti malware ini. Maka pengguna Android diminta untuk lebih berwaspada apabila memuat turun game dan perisian untuk peranti mereka. Jika pengguna ingin memuat turun Angry Birds Space, muat turun terus dari Google Play, laman rasmi aplikasi Android.
Sumber: diolah dari okezone.com
This post has been viewed 954 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


bijak gak diorang rupanya. haha..
titan recently posted…Kadang-kadang, kita kena lepaskan dia..
aku dah install, tp x berapa main lagi, so x tau ada malware ker x
belum install lagi.. baru nak download semalam… nasib baik.. huhu
perghh.. bahaya ni…
Huiyohhh….baerhati2 itu lebih baik….kang tak pasal2 ader lak android yg “hang” disebabkan virus kongfu nih
yas recently posted…LELAKI KACAK MALAYSIA
Bila benda dah popular ramailah ambik kesempatan.. platform adroid sekarang dah jadi tak selamat..
p/s semalam kome nak komen tak boleh. comment closed
JT recently posted…Nyawa Windows XP Masih Panjang
huh semalam tu
x tau kenapa tibe2 je komen closed
nasih dah ok
auc dot com recently posted…Gambar: Proton Preve kat Showroom
Macam-macam cara untuk pengodam mengodam data peribadi pengguna.
akubiomed recently posted…Pendapatan blog pertama selepas 4 tahun
silap langkah habis kita
auc dot com recently posted…Tahniah! Malaysia Ranking ke 156 dunia
Benjy belum try lagi game ni …. macam menarik je

benjy recently posted…ISU MANSUHKAN PTPTN – ANWAR IBRAHIM MEMANG BERANI TETAPI TAK CUKUP HEBAT
kat laptop dh cuba

x de masalah
anak kome main dh abis level dah
auc dot com recently posted…Live Streaming Anugerah Nasyid