23 May 2013 | 6:18 pm
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » Al Farabi Band Nasyid Metal | Apa Pendapat Anda?

Al Farabi Band Nasyid Metal | Apa Pendapat Anda?

Assalamualaikum
dari auc dot com

al%2Bfarabi%2Bband Al Farabi Band Nasyid Metal | Apa Pendapat Anda?

Mungkin ramai tak mengenali kumpulan ni Al Farabi Band. Nama Al-Farabi Band diambil sempena nama ahli falsafah, ilmuwan dan muzik islam yang terkenal berasal dari Turki, Abu Nasr Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaz Al Farabi. Merupakan pencipta alat muzik bertali termasuklah gambus yang terkenal sekitar 900 Masihi.

Sebelum ni tahu begitu je, bagi sesiapa tengok Anugerah Nasyeed.com baru-baru ni pasti melihat persembahan Al Farabi Band ini, sebagai artis undangan membawa lagu “Islam yang telah berkembang” yang pernah dipopularkan Nada Murni sewaktu ketika dulu. Memang nampak ganas tapi penuh dengan mesej keislaman di dalamnya.

Al-Farabi Band bakal mencetuskan fenomena baru dalam dunia persada muzik tanah air apabila mereka tampil dengan imej berserban dan Islamik tetapi memperjuangkan muzik rock tetapi bertemakan lagu berunsur ketuhanan dan kemanusiaan. Muzik mereka berpaksikan perjuangan Scorpions, Metallica, Led Zeppeelin dan pemain gitar lagenda, Joe Satriani tetapi lagu mereka sarat dengan mesej keagamaan. Al-Farabi Band mahu dikenali dengan kumpulan `white metal’, bukan `black metal’.

Ramai yang mempertikaikan gaya kumpulan ini, dengan berserban berjubah tapi bawak lagu metal! merosakan! apa pendapat anda?

Untuk mengenali lebih lanjut tentang Al Farabi Band ini, jom masuk ke web dia orang. [ Link ]
This post has been viewed 959 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

7 comments

  1. rasanya tak perlu ustaz mengulasnya….pakaian, lagu mencerminkan islamik ttp alat muzik moden spt gitar, drum ttp salah dlm islam…

  2. Dengar petikan intro gitar sudah mula tangkap siok. :-)
    akubiomed recently posted…Peraduan iPunya! Beli & Menang dengan P1My Profile

  3. 1st time video ni. setuju dengan yastro. lirik jelas ilmu, pujian dll. xmelampau pun rasanya. kalau ada komen dari ustaz2 lagi bagus.

  4. Woww…koi tak tau lak ada band rock white metal macam nih…suka…at least ada option tuk arah yg lebih baik dr layan band lain yg merapu2 tu…
    yas recently posted…SOLAT TERAKHIR SEORANG SYUHADA SEBELUM AJALMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top