Android Nokia Normandy

Nokia Normandy Nokia Normandy Android Nokia Normandy Nokia Normandy

Seperti yang kita tahu Nokia selama ini terikat sangat dengan Windows Phone. Kini diberitakan sedang membangunkan telefon pintar bersistem operasi Android pertama dengan nama Normandy. Telefon pintar Android Nokia Normandy ini dijangka dijual ke pasaran pada tahun 2014 akan datang.

Foto Nokia Normandy ini tersebar berpunca dari akaun @evleaks memaparkan foto telefon pintar Normandy memaparkan reka bentuk serupa dengan telefon pintar Nokia Lumia yang dibaluti dengan casing berwarna-warni.

Munculnya telefon pintar Android Nokia dengan nama Normandy ini pastinya akan menjadi saingan kepada  pengeluar telefon pintar Android yang lain terutamanya Samsung. Ini kerana Windows Phone dikatakan kurang berjaya menarik perhatian pasaran dunia.

Telefon pintar Normandy dari Nokia ini nanti akan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubah sepenuh dan tidak disertakan perkhidmatan Google . Seperti yang telah dilakukan oleh Amazon pada tablet Kindle Fire

Tapi hingga kini belum diketahui spesifikasi yang dibawa oleh telefon pintar Android Nokia Normandy ini. Ramai yang meramalkan bahawa Nokia Normandy ini akan menggunakan spesifikasi yang serupa dengan Lumia 520 kerana mensasarkan pasaran kelas entry-level .

Ada yang teruja dengan Nokia Normandy ? Mari kita nantikan kemunculannya di awal tahun 2014 nanti. Teringat zaman dulu-dulu jenama Nokia inilah mula-mula berjinak dengan telefon bimbit ni, teruja juga dengan Android Nokia Normandy ni.

Sumber:  VR – Zone

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing