May 20, 2013 12:45 am
Breaking News

Category Archives: ABOUT KG ULU CHEKA

Hamas Serang Balas Israel dengan Roket Iran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Hamas Serang Balas Israel dengan Roket Iran

Serangan%2BHamas Hamas Serang Balas Israel dengan Roket Iran

Kumpulan Hamas terus cuba melakukan serang balas terhadap Israel. Menurut Reuters, mereka telah menembak bandar Tel Aviv yang terletak 70km utara Gaza menggunakan roket jarak jauh Fajr-5 buatan Iran.

Serangan Hamas ini berjaya menghancurkan beberapa tempat di pelabuhan Ashdod, Tel Aviv. Polis Israel mengatakan, lima orang cedera serangan ini.

Salah satu cabang Hamas, Jihad Islam, mengaku menembak roket Fajr-5 buatan Iran pada Sabtu kelmarin. Membuat warga di negara zionis Yahudi itu lari tunggang langgang. Sebelumnya, roket ini berjaya mendarat di pusat bandar Tel Aviv.

Read More »

Keratan Akhbar Sejarah Perjuangan Pawang Nong

  • Jika anda nak 24 JAM PERCUMA setiap hari Panggilan, SMS & Facebook, ini caranya. 1328097039678 Keratan Akhbar Sejarah Perjuangan Pawang Nong
  • Setia dengan Perodua? Dah klik “LIKE” di Facebook kami? 1328097039678 Keratan Akhbar Sejarah Perjuangan Pawang Nong

Assalamualaikum
dari auc dot com

Keratan Akhbar Perjuangan Pawang Nong

Kalau dulu cerita mengenai sejarah Ulu Cheka dan perjuangan Pawang Nong kat berita online Kosmo! dan Bernama, yang ini keratan akhbar pulak mengenai sejarah perjuang Pawang Nong. Sekadar untuk simpanan koleksi auc dalam mempromosi nama kampung Ulu Cheka dipersada dunia ni.

1. Keratan dari akhbar KOSMO! Sabtu 1/9/2012 muka surat varia 27.

Kosmo%2521 Keratan Akhbar Sejarah Perjuangan Pawang Nong

Read More »

Pawang Nong | Ulu Cheka di Kosmo! Pulak

Assalamualaikum
dari auc dot com

Pawang Nong | Ulu Cheka di Kosmo! Pulak

Pawang%2BNong%2Bdi%2BKosmo%2521 Pawang Nong | Ulu Cheka di Kosmo! Pulak

Rentetan dari berita di BERNAMA dulu [ klik di sini ] kini cerita Pawang Nong dan Ulu Cheka di Kosmo! pulak. Ramai yang tak mengetahui siapa Pawang Nong atau Nong Taib ni dalam perjuangannya menentang penjajah. Beliau merupakan rakan seperjuangan dengan Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah sewaktu ketika dahulu.

Dilahirkan pada tahun 1882, beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1977 dengan meninggalkan isteri dan 11 orang anak serta cucu cicit.

Nong Taib atau digelar Pawang Nong kerana kepakarannya mengubati penyakit secara tradisional, bersama tujuh rakan, telah membuka Kampung Ulu Cheka.

Al fatihah untuk semua penjuang negara…

Berita selanjutnya tentang Pawang Nong dan kampung Ulu Cheka di Kosmo! [ klik di sini ]

Read More »

Pawang Nong | Ulu Cheka di BERNAMA

Assalamualaikum
dari auc dot com

Pawang Nong | Ulu Cheka di BERNAMA

Ulu%2BCheka%2Bdi%2BBernama Pawang Nong | Ulu Cheka di BERNAMA

Seperti yang diwar-warkan oleh auc sebelum ini mengenai kampung Ulu Cheka dikunjungi oleh wartawan BERNAMA ingin mendapatan berita mengenai sejarah perjuangan pahlawan dulu-dulu menentang penjajah di kampung Ulu Cheka.

Auc telah mendapat maklum balas dari wartawan tersebut menyata inform rencana mengenai Pawang Nong dan Kampung Ulu Cheka telah di release pada 28 Ogos 2012. Apa lagi auc pun terus buka BERNAMA mencari renana tersebut. Nong Taib, Pahlawan Terbilang Yang Tidak Didendang, tu tajuknya dia kat BERNAMA. Nak tau kisah selanjutnya mengenai Pawang Nong dan Kampung Ulu Cheka di BERNAMA dari sudut wartawan klik link di bawah:

Terima kasih Maznah Abu Bakar (BERNAMA)

Read More »

Wartawan BERNAMA Temuramah auc dot com

Assalamualaikum
dari auc dot com

Wartawan BERNAMA Temuramah auc dot com

Pusara%2BPawang%2BNong Wartawan BERNAMA Temuramah auc dot com

Kisah bermula lebih kurang seminggu sebelum raya baru-baru ni. Auc telah mendapat satu emel dari wartawan Agensi Berita KL – Bernama, antara isi kandungan emel tersebut adalah untuk menemurah auc berkenaan dengan kampung Ulu Cheka.

Terutama sekali sejarah perjuangan Pawang Nong menentang penjajah sewaktu ketika dahulu. Sebenarnya beliau sedang mencari berita untuk bahan buletin sempena sambutan hari kemerdekaan nanti.

Setelah berutus emel dan sms. Auc menetapkan masa untuk berjumpa, setelah berbincang dengan Tok Empat Kampung Ulu Cheka iaitu Encik Nazri bin Hussin. Pertemuan tersebut diaturkan pada hari raya kedua.

Read More »

Silat Pulut

leaderboard denaihati Silat Pulut

السلام عليكم

Silat Pulut Ulu Cheka

Lela Sembah, gambar dari tari silat pusaka

Perguruan

Nama silat : Silat Seni Melayu Pahang (nama komesil sikit asalnya silat pulut tu la jugak)

Guru 1 : Haji Hassan bin Long
Guru 2 : Haji Kama bin Sulaiman

Alamat : Persatuan Silat Seni Melayu Pahang Ulu Cheka (PSSMPUC)
d/a Kampung Tengah, Ulu Cheka
27030 Jerantut Pahang

Read More »

Kampung Jajahan Ulu Cheka

Assalamualaikum
dari auc dot com

leaderboard denaihati Kampung Jajahan Ulu Cheka

Kampung Jajahan Ulu Cheka

Mana letaknya Mukim Ulu Cheka nih, sila google maps tu dia Kampung Ulu Cheka yang di kelilingi warna hijau je oleh Gunung Benum dan Bukit Bongkok serta Bukit Tungku. Dalam Mukim Ulu Cheka ini ada 8 kampung yang lain antaranya ialah:- Read More »

Biodata 7 Tokoh Pembuka Kampung Ulu Cheka

Assalamualaikum
dari auc dot com

leaderboard denaihati Biodata 7 Tokoh Pembuka Kampung Ulu Cheka

Biodata 7 Tokoh Pembuka Kampung Ulu Cheka

 1. Tuan Haji Pawang Nong

Pawang Nong adalah berasal dari Kampong sempiat, Tanjung Besar dan dilahirkan pada tahun 1882 beliau adalah salah seorang yang mengadap DYMM Sultan Pahang bagi memohon perkenan membuka penempatan baru di Kampung Ulu Cheka.

Perkahwinan beliau dengan isteri pertama Patam binti Mat Saman telah dikurniakan 5 orang anak iaitu Hod, Sulaiman, Bibah, Arif dan Abu Samah. Sementara perkahwinan ke 2  beliau dengan Halimah telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Osman, Hjh Khadijah dan Seri Raakna.

Pawang Nong dan anak anaknya Biodata 7 Tokoh Pembuka Kampung Ulu Cheka

Sumber gambar dari akuanakpahang

Gelaran pawang yang pertama dipegang oleh Pawang De yang berasal dari kampung Mela. Sementara pawang yang ke dua pula dipegang oleh anak perempuannya iaitu Pawang Yang. Semasa beliau hendak menunaikan haji, Pawang Nong telah dilantik memegang jawatan tersebut. Read More »

Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Assalamualaikum
dari auc dot com

leaderboard denaihati Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Kitab Ulu Cheka Sejarah Pentadbiran Kampung Ulu Cheka

Ulu Cheka: Sejarah dan Kecemerlangan

Encik Long adalah orang pertama yang dilantik oleh penduduk kampong sebagai ketua kampung dalam tahun 1912. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun tahun 1922 dan semasa beliau memegang jawatan tersebut, sebuah masjid telah dibina secara bergotong royong. Tapak pembinaan surau tersebut adalah di Balai Batu Kampung Tengah berhampiran Sungai Jeneris, berhampiran tapak perkuburan yang masih ada sekarang.

Read More »

Sejarah Awal Pembukaan Kampung Ulu Cheka

Assalamualaikum
dari auc dot com

leaderboard denaihati Sejarah Awal Pembukaan Kampung Ulu Cheka

Sejarah Awal Pembukaan Kampung Ulu Cheka

Sejarah awal pembukaan kampung bermula pada awal tahun 1880. Beberapa penduduk dari kampung Penjom, Lalang, Kg. Pagar dan Tanjung besar telah datang ke kampong ini, pada masa itu dikenali dengan panggilan Lata Lang. Ia diambil sempena nama sebuah lata yang terdapat banyak burung helang mandi disekitarnya. Mereka diketuai oleh Tok Perlom atau Tok Pandak atau nama sebenarnya Tok Mohamad bin Osman dari kampong Lalang, Kuala Lipis. Oleh kerana minat Tok Perlom ini suka menjelajah hutan dan sungai kerana mencari sumbu badak. Suatu ketika beliau mudik sungai dari Batu Balai hingga ke Lata Lang dan terus menjelajah hingga ke Sungai Pian anak sungai Kerau dan melihat tanah pamah yang luas yang amat sesuai untuk dibuat sawah padi. Beliau kembali semula ke kampungnya dan bermuafakat dengan penduduk Tanjung Besar dan Jerangsang termasuk Tok Dollah seorang pencari gading gajah dan sumbu badak bersama Tok Mat Setam, Tok Koteh dan beberapa orang lain untuk meneroka tanah di Kuala Pian. Setelah beberapa tahun tinggal di sana ternakan kerbau meraka diserang penyakit hawar menyebabkan semua ternakan mereka mati. Akhirnya mereka berpindah balik ke kampung masing-masing. Sehingga sekarang masih terdapat kesan-kesan penerokaan mereka. Read More »

Scroll To Top