23 May 2013 | 11:58 pm
DON'T MISS
You are here: Home » Author Archives: auc dot com

Author Archives: auc dot com

Feed Subscription
Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

FAM Tidak Adil Pada Pasukan Tempatan

Assalamualikum dan Salam Sejahtera Semua

FAM Tidak Adil Pada Pasukan Tempatan

fam FAM Tidak Adil Pada Pasukan Tempatan

FAM menundakan perlawanan LIONXII vs PKNS , semata-mata memberi laluan pada pasukan Kebangsaam Singapura menentang Atletico Madrid pada rabu lalu.

Tak faham betul dengan karenah FAM ni, kenapa LIONXII tak perlu bermain malam tadi sedangkan yang bertanding pasukan kebangsaan Singapura. Ini bukan kali pertama ketika bertemu Perak dulu juga LIONSXII diberi kelonggaran sebegini. Sedangkan LIONSXII hanya pasukan jemputan dalam Liga Malaysia ni. Patutnya ia patuh pada undang-undang kita. Ni terbalik FAM tunduk pada LIONSXII.

Ketidakpuasan ini diluahkan oleh Fandi Ahmad warganegara Singapura, yang bermain untuk pasukan kebangsaan Singapura hanya 2 3 orang je. Tapi boleh tunda perlawanan. Ini adalah tidak adik bagi pasukan dari Malaysia, seperti dianaktirikan.

Tengok Kelantan dan Selangor berhempas pulas ke sana sini berkejar jadual padat semata-mata untuk memertabatkan negara Malaysia. Ada dapat kelonggaran dari FAM? tak de pun, FAM memang tak adil… FAM bagi je lah LIONSXII Juara Liga Super 2013 tu….

Tugas getir bagi setiap pasukan dari malaysia JANGAN beri Piala Liga Super 2013 jatuh ke tangan negara luar. Maaf AUC bersifat kenegaraan sikit kali ni, sebab ianya maruah negara, Biarkan FAM dengan gelagatnya menyanjung pasukan luar. Harap KJ dapat lakukan sesuatu untuk menaikan lagi imej bola sepak negara. Biarlah adil pada semua pasukan.

Review Buku: Travelog Cinta Abadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Review Buku: Travelog Cinta Abadi

Travelog Cinta Abadi Review Buku: Travelog Cinta Abadi

Lama dah mereview buku ni. Buku pilihan kali ni adalah Travelog Cinta Abadi dari Roza Roslan (Isteri kepada penulis buku Travelog Haji).

Keistemewaan Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya. Nisah Haron (Novelis Terkenal, Lentera Mustika).

Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara hidup di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan. Ain Maisarah (Penulis Best – Seller Novel Remaja).

Travelog Cinta Abadi: Masa yang berlalu adalah sebuah autobiografi yang “tawaduk tetapi mesra” dan berupaya mengusikan sukma pembacanya. Zaid Akhtar (Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah).

Cerita pendek setiap tajuk sempoi dengan penyampai bersahaja, membuat pembaca kehausan apakah kesudahannya. AUC (Admin Blog anakulucheka.com).

Link berkaitan:

94% Wanita Memilih Smartphone daripada Seks

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

94% Wanita Memilih Smartphone daripada Seks

smartphone woman 94% Wanita Memilih Smartphone daripada Seks

94% wanita mengaku lebih memilih smartphone berbandingkan seks. Dua pertiga wanita muda mengatakan tidak boleh hidup tanpa telefon pintar. 53% wanita mengaku ketagihan. Bahkan 9% daripada mereka lebih memilih telefon pintar daripada anaknya sendiri.

Itulah sebahagian hasil kaji selidik oleh MobileInsurance.co.uk pada 2.570 responden wanita dewasa di antara usia 18 hingga 30 tahun. Hasilnya amat mengejutkan, mereka lebih memilih telefon pintar daripada seks.

Teruk kalau angka mencapai 94% ni. Ketika responden ditanya bagaimana perasaan mereka jika penggunaan telefon diharamkan, 65% responden bersetuju mereka tak boleh hidup tanpa alat komunikasi kecil ini.

Hampir satu perempat daripada responden berkata mereka sangat bergantung pada telefon ini. Sedangkan hanya 10% daripada mereka yang miliki keinginan untuk hidup tanpa telefon pintar.

Laman MobileInsurance.co.uk mengeluarkan kajian di mana responden selama seminggu hidup tanpa telefon bimbit, apa yang ingin mereka gantikan? Jawapannya bermacam-macam. 45% daripada mereka lebih memilih hidup tanpa makanan. 71% diantaranya juga lebih memilih hidup tanpa kereta.

Pelikhnya lagi, 9% daripada mereka mengaku lebih rela hidup tanpa anaknya. Untuk seks sendiri berada di kedudukan nombor satu dengan 94%. Sedangkan hasil kajian lain, telefon pintar lebih dipilih daripada TV / filem (82%), pasangan (62%), tempat tidur (55%), wang (47%), rumah (32%), dan bermasyarakat (23%

Wanita-wanita Malaysia jangan risau, kajian ini dilakukan terhadap wanita omputeh (Inggeris) je. Wanita Malaysia tak sebegini, kalau betul lah begini gayanya ramailah lelaki mati “beragan” nampaknya. Apa pendapat anda?

Wordless Wednesday 56

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Wordless Wednesday 56

mata ular phyton tiger Wordless Wednesday 56

Wordless Wednesday 55

Dari Volt ke Sahifa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Dari Volt ke Sahifa

Memang jenis suka tukar-tukar theme, pantang tengok ada yang berkenan terus nak tukar. Dari VOLT ke SAHIFA pulak. tengok sekali terus berkenan. Theme ala-ala magazie jadi pilihan.

Theme premium dari Themeforest boleh dikatakan cun-cun belaka, kelabu mata nak memilihnya. Setiap hari ada je theme baru di keluar. Harga? ok lah untuk yang benar-benar sukakan kepuasan, inilah yang terbaik. Theme Sahifa ni harganya lebih kurang $45 tapi theme Volt dulu lagi mahal dari yang ni $55 (Terima kasih Bro Neu).

Dalam 2 3 hari jugak nak menyiapkan setting sepenuhnya mengikut apa yang kita nak. Agak sukar tapi pengalaman menggguna Volt dulu menjadikan pengalaman berharga untuk men-setting themes Sahifa ni. Try and error, lama kelamaan pasti jadi seperti yang kita harapkan. Setiap themes ada kelebihan masing-masing, yang penting mesra SEO

Sahifa is a Clean Responsive Magazine, News and Blog Template

Mohon pendapat anda semua mana yang ok yang ni (Sahira) atau yang dulu (Volt)?. Juga mohon pandangan anda kalau ada mana yang perlu dibaiki atau ada masalah ketika melayari blog ini, sila beritahu dengan segara agar masalah dapat diperbaiki secepat mungkin. Wassalam, Terima kasih.

Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

berhenti merokok Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

Berhenti menghisap rokok mungkin menjadi satu masalah besar bagi dah ketagihan candu tersebut. Pastinya ada kesan sampingan setelah anda berhenti menghisap rokok. Jangan menyerah sekali pun harus menghadapi semua kesan sampingan ini. Tubuh pasti akan memberi respon positif ketika seorang perokok cuba menghentikan kebiasaan tabiat buruknya itu. Tubuh perlahan-lahan akan memperbaiki diri hingga benar-benar tidak lagi rasa perlunya racun rokok.

Berikut adalah kesan-kesan yang akan muncul sewaktu berhenti dari merokok. Kesan ini biasanya akan berlangsung sekitar dua hari sampai lebih dari dua minggu atau berbulan:

  • Depresi atau perasaan sedih, putus asa, atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini, seseorang mesti dijauhkan dari lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
  • Pemarah. Sangat ini mungkin akan munculperasaan mudah marah.
  • Perubahan mood yang tidak tidak tentu pasal. Mood menjadi tidak jelas untuk ditafsirkan. Tiba-tiba emosi, marah, gembira, gelisah, dan mood lainnya datang akibat tubuh menginginkan nikotin.
  • Tidak sedap badan. Puncanya adalah terjadinya proses pembuangan yang dilakukan oleh tubuh. Selama merokok, nikotin akan mengalir laju oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Dan kini, tubuh akan membuatkan semua berjalan seperti biasa tanpa nikotin.
  • Usus meragam. Mungkin akan muncul krem, mual, perut kembung dan sembelit. Lakukan senaman dan makan serat untuk mengimbangi masalah ini.
  • Masalah hidung dan tekak. Hidung dan tekak akan berusaha menghilangkan lendir dan terakumulasi selama masa merokok. Untuk detoksifikasi bahagian tubuh ini, mungkin Anda mengalami batuk, tekakn kering, dan mulut kering. Cukupkan minum air untuk masalah tersebut.
  • Nafsu makan meningkat. Hilangnya racun rokok secara berperingkat boleh menggalakan rasa lapar. Ambil makanan rendah kalori dan sihat, serta air yang mencukupi untuk tubuh Anda.
  • Sakit kepala. Keluarnya nikotin turut mengundang sakit kepala. Pijit dan beristirehatlah dikala hal ini terjadi. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya dan mandi dengan air panas atau hangat.
  • Kurang tidur. Proses berhenti merokok juga dikaitkan dengan masalah susah tidur. Untuk sementara, jauhi dulu kopi mendekati waktu tidur dan biasakanlah bersenam.
  • Berpeluht dingin dengan tangan dan kaki gementar. Ini seperti kesan ketagihan dadah. Jangan menyerah dan bertahanlah hingga kesan kecanduan benar-benar hilang.
  • Mengalami masalah kulit. Kulit akan berangsur pulih ke adaan yang lebih baik. Selama menuju proses tersebut, mungkin Anda sedikit mengalami masalah jerawat, lidah, atau mulut. Ini hanyalah proses peralihan.

AUC dah berhenti merokok lebih 10 tahun tapi kesannya rasa juga sampai sekarang ni. Apa yang penting ialah kekuatan dari dalam diri anda….

Johor DT vs Kelantan Liga Super 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Johor DT vs Kelantan, Negeri Sembilan vs Pahang,  Liga Super 2013

Liga Super 2013 Johor DT vs Kelantan Liga Super 2013

Live Streaming [ link 1 ] [ link 2 ]

Keputusan terkini Liga Super 2013 (22/5/2013)

Hari Tarikh Tuan Rumah Skor Pelawat
Rabu 22/5/2013 Selangor 2 – 0 Terengganu
N. Sembilan 0 – 2 Pahang
Johor DT 2 – 0 Kelantan

* Semua keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Bagi yang berkesempatan jom penuhi stadium bersama memberi sokongan pada pasukan anda.

Pahang vs LIONSXII Liga Super 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Pahang vs LIONSXII, Kelantan vs Selangor, Liga Super 2013, Keputusan Terkini, Live Streaming

Liga Super 2013 300x147 Pahang vs LIONSXII Liga Super 2013

Live streaming [ link 1 ] [ link 2 ]

Keputusan terkini perlawanan minggu ke 18 Liga Super 2013

Hari Tarikh Tuan Rumah Skor Pelawat
Jum 17/05/2013 T-Team 1 – 2 Johor DT
Perak 1 – 3 Terengganu
Pahang 1 – 1 LIONSXII
Sab 18/05/2013 ATM 1 – 2 N. Sembilan
Kelantan 1 – 1 Selangor
PKNS 5 – 0 Felda United

* Semua keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Bagi yang berkesempatan jom penuhi stadium bersama memberi sokongan pada pasukan anda.

Ubat Pening Kepala

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Ubat Pening Kepala, Penawar Pening Kepala, Cara Menghilangkan Pening Kepala

pening kepala Ubat Pening Kepala

Pening kepala merupakan satu keadaan di mana kepala merasa tidak boleh berfikir disebabkan oleh ganguan yang berpunca masalah kehidupan atau sebagainya. Pesakit biasanya lebih suka tidur dan duduk tetap sahaja.

Antara punca atau sebab terjadinya pening kepala adalah demam, perubahan cuaca, badan tidak berpeluh, stress dan lain-lain lagi.

Pening kepala hampir sama dengan pitam, cuma dia tidak menyebabkan seseorang itu jatuh atau rebah

Cara menghilangkan pening kepala:

1. Baca dan hembuskan ayat suci ini 7 kali kepada tubuh mangsa atau ditiupkan ke dalam air kemudian diberi minum

وَلَهُ مَا سَكَنَ فِى الَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْم

“Dan kepunyaan Allah lah segala yang ada di kala (berlalunya) malam dan di kala siang (segala-galanya tunduk dan bertenang kepada Allah), sedang Dia Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” [ Al An'am: 13]

2. Ambil wuduk dengan membasuh semua kepala (sebagai sunnah Nabi s.a.w. yang utama) kemudian baca surah Al Kauthsar 3 kali.

3. Limau nipis, 1 biji diperah dicampur dengan setengah gelas air dan sedikit gula, diminum (pencair darah beku).

4. Cuka, diminum 1 sudu kecil. Mujarab.

5. Jadam, dimakan sebesar biji jagung, 2 kali sehari.

6. Pati gamat, dimakan 1 sudu besar, 3 kali sehari.

7. Bahan;

  1. Daun pegaga 1 gengam
  2. Jintan hitam 1/4 sudu kecil
  3. Madu lebah 1 sudu besar

Bahan A dan B direbus kemudian dicampur dengan madu, diminum.

8. Daun serai kayu, 3 gengam dan limau nipis 3 biji dicincang bersama-sama kulit, diramas, dicampur dan ditapis. Airnya digunakan untuk menyiram seluruh tubuh anda.

9. Elok juga disapu muka dengan air suam dan juga kedua belah kaki.

10. Selalu bersenam agar perjalanan darah lancar.

11. Ni yang paling mujarab, berehat, berbaring dan tidur sehingga lena. Biasanya bangun tidur pasti pening kepala itu akan terus hilang.

Dari Jabir bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda;

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ, فَإِذَا أُصِيْبُ دَوَاءُ الدَّاءَ, بَرِئَ بِإِذْنِ اللهِ تَعَالَى

“Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila bertepatan (kena, rasi atau bersesuaian) antara ubat dengan penyakit, maka akan sembuhlah dengan izin (kehendak dan kekuasaan) Allah s.w.t.” [ Hadis Riwayat: Muslim dan Imam Ahmad]

Selamat beramal, wassalam….

Link berkaitan:

Google Storage Gabungan Gmail, Google+ dan Google Drive

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Google Storage Gabungan Gmail, Google+ dan Google Drive

Google Storage Google Storage Gabungan Gmail, Google+ dan Google Drive

Google sebagai kuasa internet dunia akhirnya memutuskan untuk menggabungkan storage atau ruang simpanan dari perkhidmatan Google Drive, Google+, dan perkhidmatan e-mel Gmail menjadi ruang simpanan perseorangan berukuran 15GB. Yang mana pengguna sebelum ini menggunakan tiga perkhidmatan yang berasingan.

Keputusan Google menggabungkan ruang simpanan tiga perkhidmatannya ini adalah salah satu usaha terbesar enjin carian ini untuk mempermudahkan akses pengguna dengan data miliknya serta mengukuhkan integrasi antara perkhidmatan yang dimiliki Google.

Sebelum ini perkhidmatan e-mel percuma popular dari Google, Gmail telah memberikan ruang simpanan sebanyak 10GB dan perkhidmatan rangkaian sosial Google+ juga telah memberikan ruang simpanan bagi pengguna sebesar 10GB. Sedangkan perkhidmatan awan storage Google Drive telah memberikan ruang simpanan sebanyak 5GB.

Ruang simpanan yang berasingan antara perkhidmatan yang diberikan Google ini memang menyusahkan pengguna ketika menggunakan beberapa perkhidmatan Google sekaligus, maka dari itu enjin carian ini memutuskan menggabungkan ruang simpanan tiga perkhidmatan tersebut menjadi satu tempat penyimpanan berukuran 15GB.

Ruang simpanan 15GB itu disediakan secara percuma oleh Google. Bagi pengguna yang merasa kurang dengan kapasiti 15GB, boleh memilih untuk menambah kapasiti simpanan hingga 100GB dengan bayaran langganan sebanyak US $ 4,99 per bulan atau 200GB dengan bayaran langganan $ 9,99 per bulan.

Penggabungan ruang simpanan ketiga perkhidmatan Google Strorage ini akan mempunyai kelebihan tersendiri yang ditawarkan oleh Google untuk anda penggunanya.

Sumber olahan semula dari VR-Zone

Scroll To Top