Ayat-ayat Ruqyah

AYAT-AYAT RUQYAH YANG ADA DI DALAM AL QURAN
Bil
Surah
Juzu’
ayat
1
Al-Fatihah
1
Seluruhnya
2
Al-Baqarah
1
1 hingga 5
3
Al-Baqarah
1
102
4
Al-Baqarah
2
163 hingga 164
5
Al-Baqarah (ayat Qursy)
3
255
6
Al-Baqarah
3
285 hingga 286
7
Ali-Imran
3
18 hingga 19
8
Al-‘Araf
8
54 hingga 56
9
Al-‘Araf
9
117 hingga 122
10
Yunus
11
81 hingga 82
11
Toha
16
69
12
Al-Mukminun
18
115 hingga 118
13
As-Soffaat
23
1 hingga 10
14
Al-Ahqaaf
26
29 hingga 32
15
Ar-Rahman
27
33 hingga 36
16
Al-Hasyr
28
21 hingga 24
17
Al-Jin
29
1 hingga 9
18
Al-Ikhlas
30
seluruhnya
19
Al-Falaq
30
seluruhnya
20
An-Naas
30
seluruhnya
Untuk membaca Al Quran sambil mendengar sila buka fail Ayat Ruqyah yang mengandungi ayat-ayat Al Quran penuh di atas bagi FAIL MP3 RUQYAH1.
Jika tidak dapat baca tulisan ayat Quran pada MS Word tersebut sila install fail “Quran in Word” dulu.
Khasiat Ayat Ini :-
Simptom atau kesan yang mungkin terjadi selepas mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah ini,
1)    denyutan jantung makin kencang
2)    badan bergegar
3)    ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)    mengantuk/menguap
5)    batuk
6)    gelisah
7)    panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, InsyaAllah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.
Dengan mendegar mp3 ini, InsyaAllah mampu menyembuhkan penyakit – penyakit misteri antaranya :-
- Fikiran runsing/jiwa gelisah
- Menyembuhkan penyakit histeria, sihir dan saka
- Mengusir jin didalam badan, rumah dan premis perniagaan
- Ketengangan dalam rumahtangga
- Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
- Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
- Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
- Menguatkan hafalan dan pembelajaran
- Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
- Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan Mp3 Ini :
RUQYAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin, kerana fadhilat ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta memagar diri kita. Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayat 1). Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita beransur-ansur keluar…InsyaAllah..
Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-
1)     Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2)    Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya didalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3)    Bagi anak-anak yang menangis di waktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat, InsyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4)    Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ni 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5)    Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6)    Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari, InsyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

*PERHATIAN

SEMUANYA ADALAH DARIPADA ALLAH, HANYA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA. KITA HANYA BERUSAHA HANYA ALLAH YANG MENYEMBUHNYA. DARIPADA ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH KITA KEMBALI AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

Sila Klik di Sini utk Muat Turun Rawatan Islam

Sebarkanlah kepada yg memerlukan sama2 lah kita berkongsi apa yg baik bagi memanjangkan pahala yg bakal dibawa ke akhirat nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge