22 May 2013 | 12:00 am
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » Bagaimana Pahala Puasa Tanpa Solat?

Bagaimana Pahala Puasa Tanpa Solat?

Assalamualaikum
dari auc dot com

Kita semua berpuasa dengan harapan mendapatkan keredaan dan pahala dari Allah. Tapi bagaimana pula dengan orang yang hanya puasa, tapi tidak bersolat lima waktu, kalau solat pun pilih waktu je, apatah lagi nak bersolat terawih?

Jadi adakah sah puasa seorang yang meninggalkan solat? Jawapannya sah puasanya kerana meninggalkan solat bukan antara perkara yang membatalkan puasa. Ramai umat Islam pada hari ini yang berpuasa tetapi meninggalkan solat. Mungkin kerana puasa hanya sebulan dalam setahun, sedangkan solat wajib dilakukan setiap hari. Sedangkan di dalam Islam, syahadah, solat, puasa, zakat dan haji wajib dilaksanakan dan tidak boleh ditinggalkan salah satu pun daripadanya.

Di sini perlu dilihat dulu dari sudut manakah, apakah seseorang yang meninggalkan solat itu kerana mengingkari kewajipan itu ke atasnya, malas atau tidak sengaja, seperti tertidur atau lupa. Para ulama sepakat, orang yang mengingkari solat tergolong murtad dan kafir. Hadis Rasulullah SAW: Dari Jabir bin `Abdillah, Rasulullah SAW bersabda:” (Pemisah) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat. “(HR Muslim nombor 257)

Akan tetapi mereka berselisih pendapat terhadap orang yang meninggalkan solat kerana malas. Pendapat pertama: Orang yang meninggalkan solat itu tidak dihukumkan sebagai kafir. Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam asy-Syafi’i, dan salah satu pendapat Imam Ahmad.

Pendapat kedua: Orang yang meninggalkan solat kerana malas adalah fasiq (pelaku dosa besar) dan dia wajib dipenjara sehingga dia mahu menunaikan solat. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi. (Al-Mawsu’ah Al-Fiqhiyah Al Kuwaitiiah, 22/186- 187)
Sedangkan meninggalkan sembahyang kerana tidak sengaja, seperti tertidur atau lupa, maka ia tidak termasuk fasiq. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Diangkat dari umatku dosa kerana keliru, lupa dan sesuatu yang dipaksakan kepadanya.” (HR Ibnu Hibban).

Dengan demikian, puasa orang kafir tidak sah. Sedang puasa orang fasiq tetap sah, tetapi tidak dapat pahala. Sedang puasa orang yang meninggalkan sembahyang kerana lupa atau tertidur, tetap sah dan dapat pahala.

Bagi orang yang puasa tetapi tidak mendirikan solat tarawih, tidak mempengaruhi terhadap puasanya. Soalnya solat tarawih hukumnya sunat. Namun ia tidak mendapat tambahan pahala yang diperoleh khusus di bulan Ramadan saja.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa mendirikan solat (qiyam) Ramadan dalam keadaan beriman dan mengharap balasan dari Allah, nescaya diampuni dosa yang telah lalu.” Yang dimaksudkan dengan qiyamu Ramadan adalah solat tarawih dan ulama telah bersepakat bahawa solat tarawih hukum amat digalakkan.

Dan beliau menyatakan pula tentang kesepakatan para ulama tentang sunnah hukum solat tarawih ini dalam Syarh Shahih Muslim dan Al-Majmu ‘.

Ketika Al-Imam An-Nawawi menafsirkan qiyamu Ramadan dengan solat tarawih maka Al-Hafizh Ibnu Hajar memperjelas kembali tentang hal tersebut: Maksud bahawa qiyamu Ramadan dapat diperolehi dengan melaksanakan solat tarawih dan bukanlah yg dimaksudkan dengan qiyamu Ramadan hanya diperolehi dengan mendirikan solat witir sahaja.

Akhirnya perlu difahami solat dan puasa adalah dua kewajipan yang tidak boleh dipisahkan dan wajib dilaksanakan keduanya. Ditakuti bila berpuasa tetapi dalam pada masa yang sama melakukan perbuatan mungkar seperti meninggalkan solat, mendedahkan aurat, tidak ”berpuasa” mata, mulut dan telinganya maka tiada apa-apa ganjaran di sisi Allah kecuali hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah)


This post has been viewed 1178 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

One comment

  1. Seumpama pembinaan sebuah rumah yang tidak ada tiang… sudoh dindingnya nok lekat pada apa yak semoga menjadi renungan bersama TQ:(
    akuanakpahang recently posted…AWAS JANGAN BELI KURMA DARIPADA ISRAEL!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top