Assalamualaikum
dari auc dot com

1. Tuan Haji Pawang Nong
Pawang Nong adalah berasal dari Kampong sempiat, Tanjung Besar dan dilahirkan pada tahun 1882 beliau adalah salah seorang yang mengadap DYMM Sultan Pahang bagi memohon perkenan membuka penempatan baru di Kampung Ulu Cheka.
Perkahwinan beliau dengan isteri pertama Patam binti Mat Saman telah dikurniakan 5 orang anak iaitu Hod, Sulaiman, Bibah, Arif dan Abu Samah. Sementara perkahwinan ke 2 beliau dengan Halimah telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Osman, Hjh Khadijah dan Seri Raakna.
Gelaran pawang yang pertama dipegang oleh Pawang De yang berasal dari kampung Mela. Sementara pawang yang ke dua pula dipegang oleh anak perempuannya iaitu Pawang Yang. Semasa beliau hendak menunaikan haji, Pawang Nong telah dilantik memegang jawatan tersebut.
Beliau terkenal sebagai seorang pahlawan yang hidup seangkatan dengan pahlawan-pahlawan Melayu iaitu Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah. Datuk Bahaman sering mengunjungi beliau sewaktu penentangan terhadap penjajahan British sedang berlaku.
Ketokohan Pawang Nong mula terserlah apabila beliau menyelamatkan seorang pembesar negeri yang telah ditahan oleh Komunis di Tong Kiat Maran dalam tahun 1945. Misi menyelamat itu diketuai oleh Dato’ Yob bin Maidin. Dengan izin Allah misi menyelamat itu telah Berjaya dan semenjak itu Pawang Nong adalah salah seorang pawang yang menjadi rujukan diraja. Mulai tarikh itu nama beliau mulai tersohor terutama di negeri Pahang dan dikenang sepanjang zaman. Beliau juga telah diisytihar sebagai Pawang Diraja oleh Sultan Pahang, Al Marhum Sultan Abu Bakar.
Pada masa pemerintahan Jepun, diatas kebijaksanaan Haji Pawang Nong, tentera Jepun tidak dapat memasuki kampong Ulu Cheka dan terlepas ke kampong Kuala Cheka, Mela. Ini diceritakan sendiri oleh salah seorang pengikut tentera Jepun tersebut.
Beliau juga adalah ketua kampong yang pertama yang dilantik oleh pihak pemerintah atau juga dikenali dengan panggilan Tok Empat. Beliau juga dikenali sebagai Nong Taib bin Santan, dan semasa pentadbiran beliau kampong ini juga dikenali dengan kesuburan tanahnya dan ternakan kerbau yang amat menjadi. Beliau amat disegani dan dihormati oleh penduduk kampong. Penduduknya amat bersatu padu sehinggakan pengaruh Komunis tidak dapat masuk ke kampong ini.
Bagi menjaga keamanan kampong, pasukan Home Guard dan AP telah ditubuhkan. Beliau juga adalah ketua adat resam kampong, dukun dan menjadi tempat rujukan bagi berbagai masalah penduduk kampong. Sesungguhnya jasa beliau amatlah besar dan sebagai mengenang jasa beliau, nama sekolah kebangsaan Ulu Cheka telah ditukar kepada nama sekolag Kebangsaan Pawang Nong. Beliau juga dianugerahkan AMN, PJK dan pingat BEM yang telah dihantar sendiri oleh Jeneral Templer dengan menaiki sebuah helicopter.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Nov 1976 di rumah beliau di Ulu Cheka ketika berusia 94 tahun. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan juga mereka-mereka yang telah pergi dahulu.
Tok Antah bin Santan atau nama sebenarnya Muhamad Taha bin Santan berasal dari Kampung Kemahang Kuala Lipis. Isterinya bernama Mas binti Mat Saman. Beliau seorang yang sangat berani dan memiliki ilmu kebatinan dan tasawuf dan ma’rifat yang tinggi. Beliau juga dikenali sebagai pemburu gajah dan pernah suatu ketika semasa membuat kebun tebu di Tanjung Puteri, beliau telah diserang oleh seekor harimau kumbang. Semasa beliau ingin menembak harimau tersebut, tiba-tiba harimau tersebut menerkam dan menggigit sebelah pahanya. Harimau tersebut tidak dapat melepaskan gigitannya sehinggalah datang beberapa orang kampong membantu dan menyembelih harimau tersebut, tetapi beliau tidak sedikitpun cedera. Pernah juga beliau diserang oleh seekor ular yang besar tetapi ular tersebut tidak dapat membuka mulutnya lalu ditangkap dan dibunuh oleh Tok Mukim Antah. Salah seorang dari anak beliau iaitu Haji Husin telah dilantik menjadi guru agama dan sebagai Imam masjid Ulu Cheka. Dua orang anak perempuan beliau pula menjadi bidan kampong iaitu Hajah Derma dan Aminah (Juah).
Tok Bugis adalah orang tertua diantara rakan-rakannya semasa pembukaan tanah di Kampung Ulu Cheka pada tahun 1907 dahulu. Dialah yang mengetuai upacara menetam (kerja mula membuka tanah) dan bertangungjawab dalam kerja pengagihan kawasan untuk diagihkan sesame mereka. Beliau berasal dari Kampung Kemensor Tanjung Besar Kuala Lipis dan isterinya bernama Saripah binti Munak. Beliau dikurniakan seramai 9 orang anak dan meninggal pada tahun 1954.
Mat Yassin bin Tok Lah berasal dari Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis dan isterinya bernama Awi binti Akob dan ibunya bernama Esah binti Harun. Antara anak-anak beliau adalah Dayang Sati, Temah Abdul Majid Ubah dam Rafeah. Tok Mat Yassin dikenali sebagai seorang yang pandai dalam ilmu perubatan tradisional dan hobi beliau adalah bermain Dikir Rebana. Sementara ibu beliau Esah binti Harun pula dikenali sebagai seorang bidan kampong.
Tok Kawi bin Karim adalah keturunan jawa yang berasal dari Kampong Sega dan isterinya adalah Tok Awa. Mereka dikurniakan dua orang anak, Embong Jantan dan Rosiah. Kebolehan Tok Kawi adalah pakar dalam membina perparitan bagi mengairan sawah padi dan sehingga kini masih terdapat parit yang dibina oleh beliau berhampiran kawasan perkuburan Balai Batu. Satu tragedi sedih telah terjadi ke atas keluarga beliau dalam tahun 1926, pada tahun tersebut berlaku banjir besar dan semasa kejadian rebut, sebatang pokok perian telah tumbang ditiup angin dan menimpa rumah beliau. Ini mengakibatkan beliau dan anak lelakinya, Embong Jantan telah terbunuh di tempat kejadian, sementara anak perempuannya berjaya menyelamatkan diri. Kedua jenazah tersebut dikebumikan diperkarangan rumah mereka di Kampung Jeneris.
Tok Mat Salleh bin Yaakob berasal dari kampong Kertau Temerloh. Isterinya bernama Samikyah. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Muhamad.
Tok Mat Lasik bin Yop adalah berasal dari Kampung Tanjung Besar dan telah berkahwin dengan Tok Samit isterinya. Antara anak-anaknya adalah Ismail, Jamaliah, Tik, Masada, Yahya, Banun dan Mat Said. Beliau telah meninggal dunia di Mekah semasa menunaikan Fardhu Haji di sana.
Sumber: Kitab Ulu Cheka Sejarah dan Kecemerlangan Sempena Sambutan 100 Tahun Ulu Cheka
Terima kasih kepada Tok Empat Ulu Cheka En Nazri bin Che Husin kerana memberi pinjam kitab ni untuk diinternetkan sebagai sumber rujukan generasi akan datang.



Tagged 7 Pembuka Ulu Cheka, Kampong sempiat, Kampung Ulu Cheka, Mat Yassin bin Tok Lah, Pawang De, pawang yang, Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang, tanjung besar, Tok Bugis bin Wok, Tok Kawi, Tok Mat Lasik, Tok Mat Salleh, Tok Mukim Antah bin Santan, Tokoh Pembuka Kampung Ulu Cheka, Tuan Haji Pawang Nong
assalamualaikum wbh..
seronok membaca sejah ni..weh. baru kita tahu asal usul kita.
Aku, sekarang ni baru tahu Tok De dan Tok Yang tu.
Setia dan bangga menjadi anak pahang JATI.
terima kasih berkunjung ke blog x seberapa ni

mudah2an ia memberi manfaat utk kita bersama
auc dot com recently posted…Liga Super Malaysia 2013
Wah blog sejarah ni
nak tau jugak tentang kampung skitar ulu
cheka tu sapa yg buka spt kg bera, kg bau, kg jelai
kg perlok dan sekitarnya tq tuan atas info tu
Pingback: power jewelry
Salam..
pekan Tong Kiat juga
di kenali sebagai Pekan
Sungai Jerik sekarang..
rasanya pembesar tersebut
yang di culik, KDYM Sultan
Pahang sendiri kan..?
zulkbo recently posted…Isu Mat Indera Pejuang Kemerdekaan Semakin Kalut
ha ah pekan sungai jerik sekarang
huh betul itulah cerita sebenarnya, hanya org tau je tau akan cerita sebenar
Salam waris.. terima kasih berkongsi kisah sejarah yang menarik ini. Mmg ramai org drp kampung Tembesar yang datang ke ulu cheka yak… nama kawas ada juga disebut didalam kisah itu hehehe….

akuanakpahang recently posted…Nak ke Isteri punya pasal…
hebat deme masa muda dulu yek
kita semua serumpun pusing2 kesitu jugak