19 June 2013 | 9:34 pm
DON'T MISS
Home » BERITA » Blogger Jangan Putar Belit

Blogger Jangan Putar Belit

Assalamualaikum
dari auc dot com

badak Blogger Jangan Putar Belit

Blogger diingat tak putar belit fakta, kelirukan rakyat

Mula tengok tajuk ingatkan cerita apa tadi dari Berita Harian. Rupanya mengenai projek Kereta Perisai Negara yang diberi nama AV8, yang dikatakan harganya RM30 juta sebuah, dan merupakan tercanggih di dunia. Sumber Malaysian Defence [ Link ]

Ini petikan akhbar BH, yang melarang blogger memutarbelikan fakta

Blogger propembangkang diingatkan supaya tidak mengelirukan rakyat dengan meletakkan agenda politik melebihi agenda keselamatan negara selepas memutarbelitkan fakta mengenai isu perolehan kereta perisai pacuan empat roda dengan kereta perisai pertahanan buatan Malaysia, AV8.

Sehingga kini kerajaan menjalankan kajian terhadap pacuan empat roda lebih dikenali 6×6 itu untuk digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan tugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, manakala kereta perisai AV8 adalah rancangan pembangunan kereta buatan Malaysia untuk jangka panjang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata projek AV8 mempunyai 12 varian bernilai RM8 bilion sesuai untuk penyediaan tentera masa depan di Malaysia, manakala 6×6 untuk kegunaan UNIFIL di Lubnan.
“Pasukan kita di Lubnan sangat memerlukan kereta perisai 6×6 ekoran kereta perisai sedia ada iaitu jenis Condor yang digunakan sejak 1980 tidak lagi sesuai.

“Adalah mustahil menunggu AV8 kerana program pembangunan kereta perisai canggih itu akan memakan masa 15 tahun dan apa yang kita perlukan sekarang adalah kereta perisai 6×6 dari luar negara,” katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, semalam.


This post has been viewed 947 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

14 comments

  1. setuju, jgn politikkan pasal pertahanan nih

  2. fuh!!
    zaman putar belit skrang..
    kadang2 pening je kepala ..
    ehehee
    mie recently posted…Upin Dan Ipin The Musical Memang TerbaikMy Profile

  3. Teringatkan kepada aktor terkenal barat Brad Pitt membeli tanker perang dunia ke 2 diletakkan di halaman rumah beliau. :-)
    akubiomed recently posted…Day 1: belajar buat produk Fish ball, Fish cake dan NuggetMy Profile

  4. tapi kacak gak kalau ada kereta tu sebijik kat rumah. hehe..
    titan recently posted…Edisi Siasat – Buat Duit dengan HzToursMy Profile

  5. Sebagai seorang pesara tentera Benjy tak kisah apa tentera nak beli … benjy tak kisah berapa harga kereta kebal tu tetapi selalu jadi masalah ialah warga tentera tak reti nak guna sangat benda canggih2 ni … 2-3 tahun lepas tu rosak dan tersadai je jadi tukun … Benjy memang dah masak dengan cara tentera bekerja … perlu ada perubahan dalam organisasi tertinggi tentera baru boleh di katakan ditahap professional …
    benjy recently posted…BADMINTON ASIA CHAMPIONSHIPS 2012 – PENCAPAIAN SKUAD BADMINTON MALAYSIAMy Profile

  6. perkara yang melibatkan pertahanan negara tak perlu dipolitikkan…nanti habis semua terbuka…
    nescafeais recently posted…Proton Preve Kemalangan Patah Roda Sebenarnya Disebabkan KecuaianMy Profile

  7. oh ok..xnak la msk cmpr hal ini..tkt nanti kt putar belit fakta…hehe
    cik tom recently posted…Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara MudahMy Profile

  8. Kisah Malaysia nak beli Pindad jadi bahan politik kerrr? AV8 mmg lambat lagi….klau nk tgu mmg bahaya pd askar2 kita yg kt Lebanon tu…takkan nk harap pada condor yg dh lama tu….aku sokong kerajaan beli pindad dr indonesia tu.
    yas recently posted…Pembukaan Pusat 3S Sutera Gemilang Auto – Shah AlamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top