20 June 2013 | 4:37 am
DON'T MISS
Home » BERITA » Buah Durian dari Sudut Kesihatan

Buah Durian dari Sudut Kesihatan

Assalamualaikum
dari auc dot com

 Buah Durian dari Sudut Kesihatan

 Durian oh duria, ada yang panggil derian, ada yang panggil deroyan. Buah yang digelar raja segala buah. Buah yang memilik aroma menusuk lubnag hidung, pasti ada yang suka dan ada yang tidak suka. Asal bermula hanya pokok hutan kemudian jadi durian kampung, dan kini bermacam-macam jenis durian klon antaranya Ho Lor, D2, D24, Durian Raja Kunyit atau Musang King lah yang harganya mencecah RM100 sebijik.

Bukan sekadar isi sedap dan mahal harganya, tapi dari sudut kesihan durian mempunyai kandungan mineral, karbohidrat, lemak dan vitamin yang tinggi. Antara manfaat durian adalah:

  • Mencegah depresi: Kandungan tryptophan, salah satu jenis asid amino, yang ada dalam durian bermanfaat mencegah depresi. Ini kerana asid amino tersebut jika masuk dalam pencernaan manusia akan diubah menjadi serotonin, iaitu zat yang boleh memperbaiki mood jadi lebih gembira.
  • Mencegah anemia: Durian memiliki kandungan zat besi, yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan hemoglobin darah, hingga boleh mencegah anemia.
  • Mencegah sembelit: Durian juga kaya dengan serat, yang bermanfaat untuk mencegah sembelit dan melancarkan pencernaan.
  • Meredakan pedih perut: Kadang-kadang orang yang merasa pedih perutnya takut untuk mengambil durian. Padahal mengambil durian yang mempunyai kesan antacid yang sama seperti ubat sakit gastrik yang meredakan sakit perut.
  • Memperbaiki fungsi saraf: Ini kerana vitamin B dan C yang dikandung durian cukup tinggi.
  • Masih ada beberapa manfaat buah durian yang lain bagi tubuh manusia, diantaranya melegakan stres, meredakan sakit ketika  haid, dan lain-lain.

Dah durian baik untuk kesihatan pas ni jangan la pulak makan sebanyak-banyaknya, tu tak baik pulak untuk kesihatan.


This post has been viewed 917 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

8 comments

  1. Mak aih….musang king leh cecah rm100 ke sebijik….jenuh nk beli klau lagu tu…..seb bek skg ni koi dh kurang sikit makan derian….hehehe
    yas recently posted…Duit Online – TOP TEN REFERRAL LINK DENAIHATI MEI 2012My Profile

  2. wah kuningnya durian tue..
    nmpk sedap!

  3. apsal aku dgr ada org kata jgn makan durian banyak banyak sebab kolestrol tinggi, betul ker, tetiba jer buat aku takut nak makan

  4. kalau dah musang king tu depan mata susah jugak nak kontrol ni…heee
    standby air masak lepas makan
    Denaihati recently posted…Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012My Profile

  5. Wow! Kuning nye durian tu.. Sedapnyer..

    Smalam Mummy pon baru lepas makan durian…memang sedap tapi takleh byk snagat nanti kepanasan pulak

    Ape2 pon thanks share info!

  6. Suka makan durian kat kelantan sebab dari thailand,,,isi banyak biji kecik jer..
    hatiputera recently posted…Banyaknya error 404My Profile

  7. Makan sikit ok la.. Kalau makan banyak boleh mudarat juga.
    anif recently posted…Ramadan Buffet 2012 Johor BahruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top