24 May 2013 | 3:54 am
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » Bukti Baru Bush Telah Tahu Mengenai Serangan 11 September 2001

Bukti Baru Bush Telah Tahu Mengenai Serangan 11 September 2001

  • Samsung Galaxy SIII & Galaxy Note dengan harga promo Merdeka! 1328097039678 Bukti Baru Bush Telah Tahu Mengenai Serangan 11 September 2001
  • Undian bermula untuk cupcake 1Malaysia tercantik! UNDILAH! 1328097039678 Bukti Baru Bush Telah Tahu Mengenai Serangan 11 September 2001

Assalamualaikum
dari auc dot com

Bukti Baru Bush Telah Tahu Mengenai Serangan 11 September 2001

11 9 2001 Bukti Baru Bush Telah Tahu Mengenai Serangan 11 September 2001

Dah 11 tahun Serangan pada 11 September 2001 berlaku, tetapi hingga ke saat ini masih banyak persoalan di sebalik peristiwa itu. Terkini  mengatakan ada bukti baru bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) George W Bush sudah tahu akan adanya serangan sebelum insiden 9/11 tersebut.

Pada 6 Ogos 2001, Bush ketika itu mendapat penerangan rahsia mengenai ancaman dari Osama bin Laden dan rangkaiannya, Al Qaeda. Pada pagi itu, Bush mendapatkan laporan pagi harian dari CIA yang bertajuk: “Osama Bin Laden akan menyerang AS.” Beberapa minggu kemudian, serangan Al Qaeda itu memang terbukti.

Laporan mengenai penerangan tersebut disanggah oleh pihak Bush pada 10 April 2004, ketika itu dirinya dihadapkan pada komisen 9/11 yang menyiasat kejadian serangan. Pejabat AS ketika itu menolak dokumen yang menunjukkan adanya penerangan tersebut. Mereka menilai dokumen tersebut hanya sejarah Al-Qaeda bukan peringatan atas serangan.

Peringatan terus kepada Bush mengenai kemungkinan serangan Al-Qaeda, sudah bermula sejak pertengahan tahun 2001 lagi. Pada 1 Mei 2001, Jabatan Perisikan AS (CIA), mengatakan, “sebuah kumpulan yang ketika ini berada di Amerika Syarikat” tengah merancang untuk melakukan serangan keganasan.

Tidak lama kemudian, pada 22 Jun, datang laporan baru yang menyebutkan serangan Al Qaeda sudah sangat dekat. Tetapi hal ini diambil sambil lewa walaupun waktunya sudah dipastikan.

Namun beberapa pihak dipemerintahan Bush menganggap peringatan itu hanyalah gertakan atau mainan. Mereka yang rapat dengan Bush mengatakan kepada Rumah Putih bahawa CIA telah ditipu. Menurut mereka, Osama Bin Laden hanya ingin berpura-pura melakukan serangan untuk mengalihkan perhatian Kerajaan AS terhadap Saddam Hussein.

Sebagai respons, CIA mempersiapkan analisis yang mendesak Rumah Putih untuk menerima amaran ancaman bahaya dari Osama Bin Laden dan ancaman itu adalah benar adanya. Tetapi pada akhirnya, Bush dan pegawai-pegawainya gagal mengambil tindakan segera mencegah serangan Osama Bin Laden dan peristiwa 11 September 2001 berlaku hingga mengorbankan lebih 3 ribu nyawa.

Sumber diolah dari The New York Times, Selasa (11/9/2012).

Walau apapun bukti baru tentang 11/9 yang tiada kesudahannya, umat islam seluruh dunia terus ditindas oleh puak-puak kafir laknatullah ini. Alasan pengganas sebagai topeng untuk menyerang sesebuah negara islam dianggap sebagai ancaman kepada mereka.

Yang pastinya, inilah masanya umat islam unutk terus bangkit dan bangkit menentang segala kebatilan ini. Takbir!..


This post has been viewed 786 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

15 comments

  1. Memang sudah ada khabar angin Bush mengetahui mengenai serangan 11 Sept ini.

  2. Ooo macam tu cerita nya..emm ingtkan menda ni dah settle..tapi masih berbunyi lagi sekrang ni ek isu2 ni..adoii
    Hafizul recently posted…Pemenang Tak Rasmi Contest Eyriqazz Vs DenaihatiMy Profile

  3. takut juga mengenangkan hal ini dulu
    lewisdotmy recently posted…iPhone 5 Dilancarkan 12 September 2012My Profile

  4. Orang kafir tak habis2 dengan tipu muslihat..
    hafizrahim recently posted…UFO CapsuleMy Profile

  5. Walaupun banyak pendedahan demi pendedahan dibuat, namun masih ada yang percaya itu satu serangan oleh orang isalam. Ternyata penindasan pasca 11/9 terhadap umat islam masih dipandang sepi oleh sebilangan besar umat isalam di negara-negara aman.
    Cikgu Hairul recently posted…Semua anggota badan nak bercakapMy Profile

  6. Puak Amerika yahudi nie byk muslihatnya ….
    akuanakpahang recently posted…TAMAN GELORA, KUANTAN PERLUKAH DITUKAR NAMANYA?My Profile

  7. pernah terbaca banyak konspirasi mengenai serangan tu, tapi tak boleh kata apa, sebab banyak sangat konspirasinya…
    Mama Murai recently posted…Wordless Wednesday #18 | ceria kembaliMy Profile

  8. peristiwa yang akan menjadi tanda tanya sampai bila2
    Beritahariannet recently posted…Wajah Baru Blog Berita-Harian.NetMy Profile

  9. hanya di sana nanti semuanya aman~ amin
    donnyien recently posted…Wordless Wednesday # Gunung KinabaluMy Profile

  10. pelbagai kisah disebaliknya

  11. jauh benar bezanya keadaan sebenar dan dalam filem, dalam filem president memang hebat n ambil perhatian dr segalam ancaman…
    Denaihati recently posted…11 September bermula kebangkitan IslamMy Profile

  12. 911 itu benar tetapi apa yang lebih besar ialah kesannya selepas itu. Ada agenda tersembunyi..
    anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #52My Profile

  13. Salam..
    nampak gayanya Amerika Syarikat
    merindui kelibat Osama Laden
    walau beliau telah hampir 2 tahun
    pergi (itu pun kalau benar Osama wujud?)
    Bro Zulkbo recently posted…Suspicious Sign In Prevented : Wordless WednesdayMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top