Anak Ulu Cheka

Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alam semesta

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Bumi Gelap tanpa cahayaSemasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam

Sumber: YouTube

Update: October 24, 2012 /12:21:10 AM

Entri ini telah mendapat maklum balas dari orang yanag pakar dalam bidang ni. Untuk tidak menimbulkan perasan tidak senang hati dengan cerita ini, anda boleh ke blog Falak Online yang menjelaskan cerita kedai kopi ini secara ilmiah yang dikupas secara terperinci satu persatu oleh Saudara Shahrin Ahmad, pemilik Falak Online, merupakan seorang ahli astronomi amatur, penceramah dan penyelidik teknologi. Terima kasih atas pencerahan ini. Semoga kita tidak terpengaruh dengan berita sebegini yang makin menjadi-jadi di alam maya ni. Link Falak Online klik di sini.

Banyak discusi panas kat sana, semua nak tunjuk pandai belaka :)

Update: November 10, 2012 / 1:00:47 PM

Terkini pihak Angkasa turut menafi laporan bumi bergelap tiga hari mulai 23 Dis. Untuk berita lanjut boleh baca kat Malaysia kini, wah-wah betul-betul dapat perhatian dari semua pihak entri ni :) . Kat TV pun masuk jugak….

Update: December 13, 2012 / 10:42:11 PM

Topik ini juga dibahaskan dalam 9 Soalan kat TV9…


This post has been viewed 5555 times.

Tagged , , , ,

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

View all posts by auc dot com →

Related Posts

16 thoughts on “Bumi Akan Gelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012

  1. Razif

    Aku rasa baik delete benda ni. Karut semata. Banyak sangat lompong dalam artikel ni. Nasihat aku, kaji dulu. Jangan marah.

    Reply
  2. aimansos

    adakah bumi ini berhenti berputar lepas 2 pusingan bumi beralih kalau seperti biasa timur ke barat nanti barat ke timur

    Reply
  3. amirul

    Ape-ape pun maklumat PIHAK NASA yg disampaikan kita sebagai umat islam mesti berpegang kepada Al-Quran…Iman kita dikotak-katik oleh pihak yahudi..saya akui dan percaya akan berlakunya kiamat dan semuanya ditentukan olah Allah S.W.T yang Maha Mengetahui..Bagi saya ini salah satu fitnah DAJAL AL Massih dan kumpulan gerakkan bawah tanah yg cuma gugurkan kekuatan Umat Islam sedunia dengan fakta sains..gerakkan dan kumpulan ini termasuklah freedoem dan sebagainya. Kerana Al-Quran telah menerangkan segala-galanya tentang sesuatu kejadian dari mula hingga kejadian yang bakal berlaku seperti akhir zaman dan kiamat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sponsor Ad

AUC Fan Page

Recommend on Google

Sponsor Ad