Cara-cara Menanam Uri

السلام عليكم

Selepas selamat bersalin dan bayi itu diazankan bapanya, tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama bayi itu daripada rahim ibunya. Berbagai kepercayaan masyarakat dalam cara  menanam uri masih mengikut adat dan pantang larang orang dulu-dulu untuk menjamin kesejahteraan bayi tersebut agar terpelihara dan dilimpahi kebaikan.

Cara menurut kepercayaan pertama.

Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian ambil tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu. Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

Sebelum lubang dikambus, letakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama dan ditanam sekali. Barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Kemudian diteruskan pula tradisi dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam, dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Cara menurut kepercayaan kedua

Uri yang ditanam dikatakan mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Uri dibersihkan dan direndam dengan air garam semalaman, ia mesti ditanam di kawasan yang orang sentiasa lalu lalang supaya anak yang bakal membesar dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki yang mencurah-curah.

Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Ada juga yang meletakkan pensel, buku la katanya biar anak itu cerdik nanti.

Dan banyak lagi cara yang lain tetapi :-

menurut penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang. Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin. Seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi. Uri memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar uri tidak diselongkar oleh haiwan buas.

Uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah, merujuk kepada kitab Tanbihul Ghafilin. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran  juga perlu mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamaruzaman Ali pula menjelaskan tiada upacara khas dilakukan pihaknya untuk menguruskan uri wanita selepas bersalin. Biasanya, uri akan dibersihkan menggunakan air bersih bagi menyucikan darah yang masih terlekat sebelum diserahkan kepada keluarga pesakit untuk urusan lanjut.

Bagi yang menyucikan uri perlu memakai sarung tangan bagi mengelakkan kebarangkalian virus atau kuman yang mungkin melekat pada uri menjangkiti individu terbabit.Namun, bagi uri milik keluarga bukan Islam atau uri yang tidak dituntut, selepas dibersihkan ia akan dinyahkuman dan dibakar.

Uri juga seelok-eloknya digali dan ditanam dalam lubang yang melebihi sekaki,  di kawasan yang sesuai dan jauh daripada lokasi haiwan berkeliaran bagi mengelakkan uri itu digali.

p/s: Kome buat n3 ni sebabnya kesemua uri anak-anak kome dulu kome yang uruskan dari membasuh hinggalah menanamnya. Kome x de letak apa-apa cuma asam keping dan garam kasar dibungkus dengan kain putih. Tu pengalaman kome, ni tunggu seorang lagi cahaya mata nih, tunggu masa je nih

moz screenshot Cara cara Menanam Uri

Comments

  1. shasha says

    set penanaman uri. (periuk tanah, asam,garam, kain putih dan panduan penanaman uri). hanya rm 20. hubungi Shasha 019-3535052

  2. says

    salam auc…

    dari 4 hero, yg sulung je hubby saya uruskan yg lain abah sy offer nak bawak balik kg tanam.senang sbb kl duk apartmen susah dia nak gali tanah..kene pinjam cangkul dr tukang kebun pulak:)

    ada tak perkaitan (mungkin kebetulan) anak2 akan ikut pangai siapa yg tanam uri tuh?

    saya anak kg.dong weh:D

    • says

      yas deme org dong yek…kiranya serumpun la nih heheh

      tak de kaitan dgn siapa yg menanam uri tu…

      yang mencorakkan anak2 adalah kita

      tu pendapat kome la :-)

  3. says

    Assalam, terima kasih diatas perkongsian info diatas. Kata org uri juga kembar bagi bayi tersebut kalau jadi apa2 kat uri tu bayi jadi tak pasal juga. Biasanya kalau uri bayi pompuan ditanam ditepi jalan mudah dapat jodoh kata org tua-tua :)
    New Entry “Dah pakai spender :)”

  4. says

    As salam..
    Uri anak saya dulu diuruskan oleh bapa saudara sebelah bapa.
    Tak tau pulak cara bagaimana mereka uruskan.

  5. says

    betul..cara awak tu..dah dua dah anak akak, tapi urinye di selesaikan oleh belah mertua, dia buat kepercayaan yang pertama…macam mana berbulunye tempurung tu..berbulu lah perangai deme..benci akak..akak tak suka, dah ajar..tapi diorang buat juga..

    keje senang jadi susah. basuh , balut kain dah la..asam keping dengn garam kasar tu untuk bagi dia cepat hancur dan menegelakkan haiwan terhidu bau dia, nanti haiwan korek uri tu..

      • farid kl says

        ikutlah cara islam…tanam uri bagi mengelakkan ia penyebaran wabak@penyakit…tak pacah lah nak letak benda yang bukan2 dah pelik2..menyesatkan akidah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge