Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Category Archives: PERSONAL
Feed SubscriptionWordless Wednesday 54 (Sama Tak?)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Wordless Wednesday 54 (Sama Tak?)
Statistik Blog AUC Bulan April 2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Statistik Blog AUC Bulan April 2013
Mana nak mula yek! sedang memulihkan semangat yang hilang ni. Apa taknya 4 hari tanpa internet. Streamyx buat hal pulak. Buat aduan melalui talian 100, kata boleh selesai dalam tempoh 24 jam, tapi hampeh tak tidak balas pun. Esoknya pergi terus ke TMPoint pulak, kata tengahari boleh selesai, nasib petang tadi dah selesai.
Wayar kecil TM penyembung belakang rumah putus sebab burung buat sarang atas wayar tu, ok baru tadi selesai semua. Baru boleh buka blog. Minta maaf jugak tak sempat nak buat 10 blogger terbaik di AUC untuk bulan april.
| Statistik | Rekod Bulanan | Catatan | ||
| Jan 13 | Feb 13 | Mac 13 | ||
| Visitors | 52,496 | 80.495 | 54,057 | OK |
| Page Views | 254,534 | 405,305 | 162,115 | OK |
| Bounce Rate | 0.56% | 5.85% | 3.72% | OK |
| Alexa Rank | 78,013 GR / 580 MY | 82,109 GR / 746 MY | 85,937 GR / 602 MY | OK |
| Pagerank | 2 | 2 | 2 | Kekal |
| Page Speed | Gred A 92% | Gred A 93% | Gred C 72% | KO |
| Yslow | Gred D 66% | Gred D 66% | Gred b 83% | OK |
Visitors dan Page Views berdasarkan rekod cPanel. Purata trafik berdasarkan Google Analytic UV 1000 – 1500 sehari. Bounce Rate bulan ni ok sikit. Alexa Rank pulak, pelik jugak tak update blog nya kecik pulak, x faham betul laaa.
Penutup:
Kalau ada apa-apa masalah mengenai blog ni, sila beritahu dengan segera agar dapat diperbaiki mana yang bermasalah tu. Terima kasih.
Link berkaitan: Statistik Bulan Mac 2013
Wordless Wednesday 53 (Dah Siap Mengundi)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Wordless Wednesday 53 (Dah Siap Mengundi)
Wordless Wednesday 52 (Manchester United vs Kelantan)
Wordless Wednesday 52 (Manchester United vs Kelantan)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Wordless Wednesday 52 (Manchester United vs Kelantan)
Wordless Wednesday 51 (Berapa Wajah)
Setengah Jam Bersama Bro Neu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Setengah Jam Bersama Bro Neu
Pertemuan di lobi Seaview Hotel berhadapan Jeti Kuala Perlis tempat AUC menginap sebelum ke Pulau Langkawi. Hanya sempat berbual setengah jam bersama Bro Neu, beliau ditemani oleh “segalanya” (anaknya) yang petah bercakap sebaya dengan anak AUC yang ke 4.
Pastinya pertemuan itu AUC tak sia-siakan. Banyak tip yang disarankan oleh Bro Neu mengenai blog ni, antara ingat dengan lupa je nih hehehe. Kena berjumpa lagi ni setengah jam berguru mana cukup bro.
Siapa Bro Neu? pasti ramai dah kenal dengan Bro Neu ni dengan semua blognya menggunakan sepenuhnya bahasa omputeh cuma ada satu je blog berbahasa melayu iaitu Multees.com. Semua Pagerank blognya berstatus PR4 dan PR5. Blogger sepenuh masa menjana pendapatan hampir 5 angka sebulan melalui blognya.
Dari mulut beliau sendiri ada menyatakan hasrat beliau nak buat satu contest simple dengan hadiah untuk pemenangnya boleh pilih mana-mana themes dari themeforest. Menarik! kita tunggu apa perkembangan seterusnya nanti.
Penutup:
Apa-apapun Bro Neu memang sempoi tak lokek dengan ilmu yang ada, setengah jam rasa macam dah kenal bertahun pulak. Terima kasih Bro Neu atas layanan kat sana, walaupun tak sempat minum-minum kerana masa tak mengizinkan. InsyaAlah dilain masa kita akan bertemu kembali.
Kembali Berblog
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Kembali Berblog
Alhamdulillah, hampir seminggu bercuti baru kini boleh kembali berblog. Entri bermula 25 – 29/3/2013 tu semuanya auto post belaka. Maaf semua komen tak berbalas.
Baru malam ni boleh buka blog selepas percutian Langkawi 3 hari 2 malam, terus balik singgah pulak kat Kampung Ulu Cheka kat Jerantut, dan tadi baru je sampai kat Kuantan ni. Banyak nak cerita tentang percutian Langkawi kali ni. Sebab badan masih keletihan, drive santai-santai non stop memenatkan jugak, nanti kalau berkesempatan AUC akan cerita tentang percutian Langkawi bersama keluarga di sana.
Blog terabai hampir seminggu, alexa makin membesar tu, kena cari semula mod berblog yang pergi bercuti jugak dulu tu. Blog rakan-rakan pun lama tak dikunjungi, InsyaAllah akan menerjah kembali dengan mengomen mana-mana post yang tertinggal dulu tu. Setakat ni je dulu dari entri pemanas badan ni.
>>> Meraban Tapi Berinformasi <<<
Hati Dah di Langkawi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Hati Dah di Langkawi
Semua persedia untuk cuti-cuti Malaysia kali ni dah siap. Destinasi kali ni adalah Langkawi. Dijangkakan bergerak dari Kuantan hari isnin nanti, tapi hati dah di Langkawi ni.
Bukan AUC, anak-anak ni teruja sangat dah dan gi Langkawinya. Beg-beg dah siap packing. Bagi AUC pula, Exora siap diservis, tukar tayar baru dan GPS pun dah siap update, al maklumlah je lah nak jalan jauh ni, Kuantan to Langkawi. Jalan santai-santai dengan keluarga. Mungkin lewat malam kot.
Sebenarnya percutian kali ni sepintas lalu je selepas berbincang dengan isteri dan adik ipar kat Kelantan. Dia orang akan bergerak dari Kelantan dan AUC dari Kuantan, akan bertemu di Jeti Kuala Perlis nanti.
Jenuh buka cari laman web mencari homestay kat Langkawi, nasib ada kosong. Begitu juga dengan kereta sewa kat sana puas cari, nasib ada jugak. Semua boleh dikatakan full disebabkan LIMA di Langkawi ni. Sewanya pun semua meningkat berkali ganda dari hari biasa.
AUC akan naik kat jeti Kuala Perlis, orang kata dekat sikit kalau dari sana dari Kuala Kedah. Bawak budak-budak ni rasanya elok ikut sana kot.
P/s: Kalau berkesempatan nak jugak jumpa dengan Bro Neu kat Perlis tu nanti.
Sambut Hari Jadi 3 in 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Sambut Hari Jadi 3 in 1
Bulan mac setiap tahun AUC akan menyambut hari jadi 3 in 1. Kenapa? 3 orang ahli keluarga AUC lahirnya dalam bulan 3 dan tarikhnya hampir sama je.
Selamat hari Abah ucapkan buat putera sulung AUC menyambut hari jadinya yang ke 11 tahun (17/3).
Selamat hari jadi Abah ucapkan buat puteri bongsu AUC yang menyambut hari lahirnya yang ke 2 tahun (22/3).

Selamat hari jadi buat isteri tersayang yang ke tuuuuuut (23/3).
Kali ni AUC ajak makan-makan untuk meraikan sambutan hari jadi yang istimewa ni. Tempat pilihan kali ni di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Api Kuantan. Makanan sedap dan harga berpatutan.

Sekali Abah ucapkan selamat hari jadi semuanya buat isteri tersayang dan anak-anak. Semoga hidup kita sentiasa di bawah naungan Allah setiap detik dan Waktu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin…
AUC Bakal Muncul Dalam Rancangan Sarapan TV3
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
AUC Bakal Muncul Dalam Rancangan Sarapan TV3
AUC sebenarnya dah beri kata putus kat Cik Ain dari rancangan sarapan TV3 tu, tak jadi kerana Mak AUC tak nak. Kisahnya di SINI. Tetiba petang tadi dapat call dari TV3 mengatakan shooting untuk rancangan tersebut akan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan, iaitu pada 8/4/2013 nanti.
Aikkk Mak kata tak nak. Rupa-rupa dia orang (Pihak TV3) telepon sendiri kat Mak AUC di Kampung. Entah apa yang dipujuknya sehingga berjaya memujuk Mak AUC nak buatkan dodol kukusnya untuk rancangan tersebut. Alhamdulillah rupanya kalau rezeki tak ke mana. Rezeki orang kampung. Rezeki berblog jugak ni…
AUC juga diminta berlakon menjadi kawan kepada hos rancangan tersebut nanti. Alahai ni yang ketor kepala lutut ni. AUC akan cuba yang terbaik nanti.
Apa-apapun nantikan perkembangan seterusnya nanti dari AUC, Dodol Kukus di TV3.
>>> Meraban Tapi Berinformasi <<<
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi











