23 May 2013 | 1:26 am
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA

Category Archives: BERITA

Feed Subscription

Kelantan vs Ayeyawady United AFC Cup 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Live Streaming Kelantan vs Ayeyawady United, Tampines Rovers vs Selangor AFC Cup 2013, Keputusan Terkini

afc cup 2013 Kelantan vs Ayeyawady United AFC Cup 2013

Perlawanan sebelum ini Kelantan dibelasah teruk 1 – 6 oleh Maziya. Pertemuan Kelantan vs Ayeyawady United merupakan perlawanan terakhir dalam group G. Perlawanan menentang Ayeyawady United sebelum ini, Kelantan menang 3 – 1. Diharapkan perlawanan digelanggang sendiri ini nanti dapat mengembalikan maruah kelantan sebagai wakil Malaysia.

Bagi Selangor pula membawa misi sukar akan bertandang ke Stadium Jalan Besar menentang Tampines Rovers di sana. Walaupun sukar diharapkan Selangor memang malam nanti.

Live Streaming [ link 1 ] [ link 2 ]

Keputusan penuh perlawanan AFC Cup 2013

Day Date Home Skor Away
Tue 30/4/2013 Tampines Rovers 2 – 3 Selangor
Kelantan 3 – 1 Ayeyawady United

Tahniah wakil Malaysia Selangor dan Kelantan layak kepusingan seterusnya….

Semua keputusan akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Tarikh Penamaan Calon dan Mengundi PRU 13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Tarikh Penamaan Calon 20 April dan Mengundi 5 Mei PRU 13 

pru 13 Tarikh Penamaan Calon dan Mengundi PRU 13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ( PRU13 ) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.

Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, katanya.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sumber: Malaysia Kini

Semak Keputusan PRU 13

Wordless Wednesday 50 (Geng Arsenal)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Wordless Wednesday 50 (Geng Arsenal)

arsenal Wordless Wednesday 50 (Geng Arsenal)

Wordless Wednesday 49 (Jemput Makan)

Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

TV3 6 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Bertempat kat rumah AUC di kampung Ulu Cheka, AUC bersama mak AUC selesai menjalani rakaman cara-cara membuat dodol kukus. Rakaman tersebut adalah untuk rancangan di puasa nanti. Babak AUC tak de cuma babak menjemput Sham (Host Sarapan TV3) datang ke rumah je, Yang lenlain di belakang tabir je.

Ni je yang sempat AUC snap tadi, disebalik tabir dodol kukus bersama TV3, yang betul-betul kita tunggu nanti akan bersiaran pada awal bulan puasa minggu pertama, hari ahad jam 9 pagi di TV3 katanya…

TV3+3 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Datang seramai 9 orang, Sham (Host), Ain (penerbit), Tuan Director dah Bro-Bro Cameraman, Selamat datang ke Kampung Ulu Cheka.

TV3+1 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Sham sedang menunggu rakaman bermula.

TV3+2 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Ain dengan Tuan Director sementara menunggu Cameraman menyetting kameranya.

TV3+8 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Siap untuk memulakan rakaman.

TV3+4 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Adeeeh tak siap lagi ke boh?

TV3+5 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Rakaman bermula. Ni babak tengah dah, dia bermula dengan AUC berjalan dengan Sham, bertemu dengan Mak AUC, berborak-borak pasa dodol kukus yang nak buat nanti. Lepas tu AUC bawa Sham ambil daun pisang dan cari serta kupas dan kukur buah kelapa. (babak lain tiada dalam gambar).

TV3+7 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Dua kamera digunakan untuk mendapatkan sudut yang berbeza.

TV3+10 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Sham sedang menolong “mengacau”…. dan babak terakhir AUC menunggu Sham di depan Masjid Ulu Cheka, mengapalah sampai ni. Kat sini ada babak yang melucukan, seterus babak AUC menaiki kereta bawa Sham ke rumah AUC. Tamat semua rakaman jam 1:30 petang semalam.

TV3+11 Disebalik Tabir Dodol Kukus Bersama TV3

Tetamu diraikan, semua mengatakan, inilah kali pertama merasa makan dodol kukus ni, Menu pagi laksam lemak dan kuih cucur serta kuih apam beras. Selepas semua rakaman selesai jamuan tengahari pulak, menu sempoi je, gulai tempoyak keladi kemahang, sambal hitam (wajib ada ni) dan sayur air pucuk cemperai.

Terima kasih buat semua penduduk kampung membantu dalam menyediakan semua masakan ini. kiranya macam kenduri dah semalam kat rumah AUC tu.

Katanya team TV3 ini seminggu kat Jerantut dan Jengka dengan program yang lain lagi. Sekali lagi diucapakan selamat datang buat semua krew sarapan TV3 ke Kampung Ulu Cheka Jerantut.

Link berkaitan: Cerita Dodol Kukus

Parlimen Bubar Hari ini (3 April 2013)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Parlimen Bubar pada 3 April 2013

Parlimen Bubar Parlimen Bubar Hari ini (3 April 2013)

Berita Terkini: Parlimen Bubar, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini (3 April 2013) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Tapinya sah ke tidak pembubaran parlimen hari ni, PM umun 3/4/2012 bukan hari ni 3/4/2013, alamat nak kalah dah ni, benda sebesar ni tak boleh tersasul atau tersilap maruah tu… boleh tengok kat sini kat 0:29

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6UgKSc7BaQU

Penutup:

  • Apa kena mengena featured image gambar hujan dengan pembuburan Parlimen ni? sebab sebaik saja tamat ucapan PM hujan mencurah-curah turun kat Kuantan ni, hujan rahmat setelah dekat sebulan tak hujan dengan panas yang melampau ketika ini.
  • Lama menunggu baru kini nak bubar. Rakyat dah lama sedianya. Selamat mengundi semua rakyat Malaysia. Kini kitalah raja bagi menentukan siapa yang layak menerajui Malaysia selepas ini.

 

Wordless Wednesday 49 (Jemput Makan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Wordless Wednesday 49 (Jemput Makan)

beras terbakar Wordless Wednesday 49 (Jemput Makan)

Wordless Wednesday 48 (KUYU)

Ajaib: Gempa Bumi Menyebabkan Air Bertukar Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ajaib: Gempa Bumi Menyebabkan Air Bertukar Emas

air bertukar emas Ajaib: Gempa Bumi Menyebabkan Air Bertukar Emas

Gempa bumi adalah suanasa yang mengerikan. Bila terjadi pasti kemusnahan yang dahsyat berlaku. Dalam satu abad, korban akibat bencana ini dianggarkan seramai 3.6 juta orang yang terkorban. Itu belum lagi dikira kerugian harta benda.

Namun, sebuah kajian terkini telah mendedahkan bahawa gempa bumi boleh mengubah air menjadi emas. Nampak macam cerita-cerita khayalan dari buku je kan? tapi kejadian ini benar-benar berlaku.

Bagaimana itu boleh terjadi?

Kandungan emas telah tersimpan di dalam perut bumi selama jutaan tahun, dan manusia melakukan carian dengan bantuan gelombang seismik.

ketika terjadinya gempa bumi telah menggoncang batu-batu emas. Memisahkan batu-batu itu menjadi beberapa bahagian, dan membolehkan beberapa bahagian keluar menjadi cecair.

Menurut Jurnal New Scientist, para ahli geologi telah lama mengetahui emas terbentuk daripada sebuah mineral yang kaya kandungan air. Mineral itu mengalir di bawah tanah akibat dari retakan gempa bumi, kemudian menyatu dengan kandungan emas.

Kajian terbaru ini menunjukkan bahawa perubahan tekanan yang berlaku akibat gempa bumi telah membantu mineral itu mengalir menuju kerekahan batu-batuan di bawah perut bumi.

Menurut Dion Weatherley, ahli geofisika di University of Queensland di Australia, yang menjadi ketua penyelidikan, dengan menggunakan beberapa model, para penyelidik mampu menentukan mekanisme kuantitatif yang menghubungkan emas dan mineral.

“Gempa bumi telah membuka banyak celah di dalam perut bumi, kemudian dari celah itu muncul emas yang keluar. Dan akhirnya mineral mengalir di celah itu dan telah membawa kandungan emas,” kata Weatherley.

Ia menjelaskan, cecair mineral yang kaya dengan kandungan emas itu boleh bertukar dengan cepatnya menjadi zat padat. Itu berlaku kerana penurunan suhu yang begitu cepat. “Tekanan udara telah membuat cecair menguap dan meninggalkan seketul emas,” jelasnya.

Emas yang terbentuk dari cecair mineral selepas berlaku gempa bumi tidak begitu banyak. Paling banyak cecair itu membawa satu dari seperjuta elemen yang berharga.

“Namun, zon gempa di kawasan Alpine Fault di New Zealand telah berjaya membina lombong emas selama 100,000 tahun,” kata Weatherley.

Kajian ini telah diterbitkan pada tarikh 17 Mac 2013 di Jurnal Nature Geoscience dengan judul Flash vaporization during Earthquakes evidenced by Gold Deposits.

Sumber Olahan Semula dari Science World Report

Penutup:

Rupanya disebalik musibah yang Allah turunkan ada rahsia yang tersirat disebalik, baru kini terungkai. Allahu Akbar

Meraban Tapi Berinformasi

Suhu Bumi Terpanas Pernah Berlaku di Zaman Firaun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Suhu Bumi Terpanas Pernah Berlaku di Zaman Firaun

bumi panas Suhu Bumi Terpanas Pernah Berlaku di Zaman Firaun

Satu kajian terbaru yang dilakukan penyelidik dari Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa ribuan tahun dahulu di zaman Firaun suhu iklim dunia mencapai titik terpanas berbanding suhu Bumi ketika ini.

Kajian terbaru ini disokong oleh National Science Foundation. Kaedah analisis ini meliputi serbuk sari purba, teras ais, kerang dari organisma laut dan sebagainya.

Salah satu hasil dari kajian yang terungkai menyatakan bahawa suhu mulai dari tahun 2000 – 2009 belum melebihi suhu terpanas dari awal zaman Holosen (5000 hingga 10 ribu tahun lalu). Wikipedia menerangkan, Holosen merupakan skala waktu yang berlangsung antara 9560 hingga 9300 sebelum masehi.

“Dalam 100 tahun terakhir, peningkatan karbondioksida disebabkan oleh kegiatan manusia,” kata penyelidik Shaun Marcott dari Oregon State University. Diyakini 5000 tahun lalu, Bumi lebih panas berbanding sekarang ini.

Saintis percaya bahawa terdapat “tempoh panas abad pertengahan” yang terjadi sekira seribu tahun lalu. Ilmuwan dari Johannes Gutenberg-Universitat di Mainz, Jerman juga pernah meneliti tentang suhu Bumi ribuan tahun lalu.

Beberapa saintis bersetuju dengan kajian Marcott. Mereka mengatakan, di zaman pertengahan (Medieval) dan Romawi suhu Bumi semakin panas. Dalam kajian lain, diyakini bahawa pemanasan global dijangka hanya berlangsung dalam abad ini, yang menandakan peningkatan permukaan laut pada skala meter atau lebih hingga tahun 2100.

Penutup:

Zaman Firaun suhu dunia panas, kedatangan Islam telah menyejukkan dunia, tapi kini semakin hari Islam ditinggalkan. Makanya dunia kembali panas berpunca dari tangan manusia yang rakus itu sendiri. Fikir-fikirkanlah!

Meraban Tapi Berinformasi

Olahan Semula dari Theregister

Manifesto Pakatan Rakyat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Manifesto Pakatan Rakyat

Manifesto Pakatan Rakyat Manifesto Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat (PR) membentangkan manifestonya ( Manifesto Pakatan Rakyat) baru-baru ini untuk dinilai oleh rakyat. Ramai yang mengatakan manifesto ini adalah harapan rakyat. Kalau tak tercapai pun sekurang-kurangnya memberi kesimbangan pada kerajaan sekarang. Tak lah rasa kerajaan sekarang adalah terbaik.

Dan dengan adanya manifesto ini juga boleh menjadikan kerajaan sekarang ni lebih baik. tengok tetiba je ATM dan Polis naik gaji. Semua ni dari manifesto PR. Baik buat dahulu sebelum orang lain buat.

Tak kisah apa pun janji rakyat dapat manfaat dari semua ni. Ehhh AUC berpolitik pulak ke? tidaklah sekadar perkongsian biarlah adil untuk kedua belah pihak. Biar rakyat menilainya nanti. Mana yang terbaik! HUH, tetibanya tak sabar nak mengundi ni, bilalah PM kita ni nak umum pembuburan ni…

Berikut adalah ringkasan manifesto: Pakatan Harapan Rakyat

1. Caruman Wanita Malaysia

  • Suami wajib mencarum RM10 hingga RM100 sebulan ke dalam Tabung Caruman Khas. Kerajaan menyumbang Rm50 sebulan.
  • Skim Bonus Warga Emas. Warga berumur 60 tahun ke atas menerima bonus RM1,000 setahun.

2. Pendidikan

  • Sekolah Janaan Rakyat seperti Sekolah Agama Rakyat, Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sebagainya diberi bantuan.
  • Per kapita bantuan RM300 bagi setiap murid, melibatkan kos RM22o juta.
  • Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (gabungan sekolah menengah Cina) atau UEC bagi memasuki IPT

3. Perkemas Konsep Persekutuan, Sabah dan Sarawak

  • Menaikkan bayaran royalti minyak dan hidrokarbon kepada Sabah dan Sarawak dari 5% hingga 20%.
  • Kedudukan Sabah dan Sarawak setanding Semenanjung
  • Membersihkan senarai kerakyatan dan daftar pengundi di Malaysia Timur.
  • Mengiktiraf hak Tanah Adat dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah.

4. Tingkat Kebajikan Orang Asal

  • 141,000 hektar tanah dipulangkan keputusannya kepada Orang Asli.
  • Bekalan air dan elektrik disempurnakan di kesemua 852 penempatan
  • 5,000 biasiswa pendidikan setiap tahun kepada anak Orang Asli

5. Menjamin Kedudukan Islam Sebagai Agama Persekutuan

  • Menjamin nak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Perkukuh Sektor Ekonomi dan Pekerjaan

  • 1 juta peluang pekerjaan baru
  • Mengurangkan buruh asing yang menguasai kira-kira 2 juta pekerjaan menjelang tahun kelima memerintah.
  • Setiap pekerja dibayar gaji minimum RM1,100 sebulan. Kerajaan sediakan Tabung Permudah Gaji Minima berjumlah RM2 bilion.
  • 1 juta tenaga kerja berkemahiran terlatih. 1 juta lepasan sekolah menengah dilatih melalui Skim Printis Rakyat
  • 5 Universiti teknik akan ditubuhkan dalam 10 tahun menyediakan tenaga untuk kursus kemahiran dan teknikal. 25 buah sekolah vokasional ditubuhkan di seluruh negara.

7. Perkongsian Bijak Antara Pekerja dan Kesatuan.

  • Menggalakkan inovasi sebagai teras ekonomi negara
  • RM500 juta untuk tabung inovasi negara menguatkan industri hak cipta dan bank idea.

8. Cukai Pendapatan Turun

  • Jalur pendapatan akan dilebarkan. Kadar cukai 26% bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas berbanding RM25,000 sekarang.

9. Kebajikan Tentera

  • RM500 juta wujud Tabung Usahawan Kecil Perajurit.
  • Menaikan caruman kerajaan ke LTAT dari 15% ke 20%, tambahan 5% ditadbir dalam tabung khas.
  • Memperkenal Dividen Perajurit, imbuhan kepada bekas perajurit tidak berpencen RM2,000 setiap tahun.

10. Usahawan Teksi

  • Menghapus sistem permit teksi kepada syarikat dan diberi kepada individu pemandu teksi.
  • Pemandu juga dilengkapi skim insuran takaful, latihah keusahawanan, koperasi dan pembiayaan teksi baharu.

11. Sistem Pengangkutan Awam

  • Percuma kepada golongan berbeza upaya (OKU).
  • Merombak sistem pengangkutan awam Lembah Kelang. Melibatkan pelan bersepadu MRT dan bas.
  • Pelaburan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas.

12. Menurunkan Harga Minyak Petrol dan Disel

13. Caj Elektrik Lebih Rendah

  • Menyalurkan subsidi berjumlah RM25 bilion setahun kepada IPP disalur terus kepada rakyat.

14. Mengawal Selia Caj Air Agar Tidak Membebankan Rakyat

15. Menghapus Lebuhraya Bertol Secara Berperingkat

  • Kerajaan akan mengambil alih Lebuhraya bertol secara berperingkat . Pengoperasian Lebuhraya mampu ditampung melalui dana RM5 bilion yang sebagai pampasan kepada pemegang konsesi selama ini.

16. Hapus Monopoli

  • Harga gula, tepung, perkhidmatan astro dan sebagainya akan lebih murah.

17. Hapus Cukai Eksais Kereta

  • Harga kereta serendah RM25,000 sebuah dalam tempoh 5 tahun perumahan rakyat.

18. Pendidikan Percuma Untuk Semua Golongan

  • Yuran pengajian ditanggung. elaun sara hidup diberi dan PTPTN dihapuskan.

19. Menghapus AES

  • Membatalkan saman AES

20. Memastikan tidak berlaku penindasan dalam Felda dan dalam Memproses Hasil Sawit.

21. Memastikan Keselamatan Rakyat

  • Menaikkan gaji polis 15%. Peruntukan tambahan RM50 juta setiap tahun membina pos-pos polis di tempat tumpuan ramai.

22. Kemudahan Kesihatan Percuma

  • Menolak skim insuran 1Care dan menawarkan wad percuma kepada semua rakyat.

23. Membina 150,000 Rumah Mampu Milik

  • Kos rendah bawah RM75,000 dan sederhana RM150,000 – RM250,000

Sumber: WADAH

Meraban Tapi Berinformasi

 

 

Rahsia Cantik SELEBRITI dengan Aura White Beauty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Rahsia Cantik SELEBRITI dengan Aura White Beauty

Aura White Beauty Rahsia Cantik SELEBRITI dengan Aura White Beauty

Kulit gelap, kusam dan berjerawat kendur sana sini. Nak serupa dengan artis atau selebriti jauh sekali. Pasti ada rahsia mereka dalam menjaga dan mengekalkan kecantikan kulit, badan dan stamina mereka. Rahsianya mereka mengamalkan makan tomato, epal dan rosella serta ikan talipia.

Tapi mampukah anda mengamalkan makan semua tu setiap hari. Pastinya tidak! usah risau kini terdapat satu produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel berjaya mengabungkan 3 jenis tumbuhan dan buah-buahan (tomato, epal dan roselle) serta ditambah kehebatan lain seperti L-glutathione dan kolagen ikan talapia!

Apa bendanya ini? Ya! iniah Rahsia Cantik SELEBRITI dengan Aura White Beauty yang sedang hangat di perkatakan tu. Ia diperbuat dalam bentuk minuman. Mampu menjadikan kulit kita putih dan gebu malah baik untuk kesihatan dalaman badan kita. Menambahkan kadar kalsium tubuh badan supaya tulang menjadi lebih kuat.

Dengan ramuan berkualiti premium yang digarap bersama bahan tambahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI sahaja.

Apakah Kelebihan Produk Aura White Beauty

  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan
  • Kesan dapat dirasai dalam masa 14 hari
  • Menggunakan gabungan antioksidan terhebat di dunia
  • Merawat serta mencegat jerawat
  • Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
  • Mengecilkan liang roma
  • Merawat Enzema dan Prorisis
  • Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
  • ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
  • Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut
  • Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
  • Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
  • Mencegah kerosakan KOLAGEN
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
  • Melindungi daripada sinaran UA-B
  • Menyembuhkan luka dan mencegah parut
  • Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
  • Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah

Bagaimana Cara Pengambilan Produk Aura White Beauty

  1. Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncangkan.
  2. Bancuh dengan air mineral atau air bersih biasa. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri akan memati dan menghilangkab zat-zat aktif di dalamnya.
  3. Jauhi minum dan makan dari bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.
  4. WAJIB minum air masak atau mineral / air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan memberi kesan yang pantas.
  5. Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE dua kali sehari semasa perut kosong. Disarankan mengambilnya pada waktu pagi ( 2 jam sebelum sarapan ) dan malam sebelum tidur ( 2 jam selepas makan malam ).
  6. Jika anda dalam proses memakan ubat, jarakkan masa pengambilan. Dibimbangi berlakunya tindak balas yang teruk, cuba minum dengan dos yang sedikit, dalam sukatan setengah scoop.
  7. Pada pengidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau jantung. Aura White Beauty selamat digunakan. Ianya berasaskan minuman bernutrisi bebas gula dan bebas pengawet.
  8. Perlu konsisten dalam pengambilan Aura White Beauty dua kali sehari. Disamping bersenam dan jaga pemakanan juga perlu untuk kekal sihat. Sekiranya anda amalkan, kesannya pasti akan terserlah pada kulit nampak lebih halus, cerah dan gebu dalam tempoh dua minggu sahaja. In Sya Allah…
Ditanya kenapa ramai memilih AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG? ini jawapannya,
Keberkesanan Kolagen Biasa PGC400,000MG
Pelindungan UV Tidak 10X lebih aktif
Pemutihan kulit Ya 10X lebih aktif
Kunci kelembapan Ya 10X lebih aktif
Mengetatkan liang pori Ya Ya
Gigi, kuku, tulang kuat Ya Ya
Pemulih sel baru Tidak 10X lebih aktif
Penjagan rambut Ya Ya
Memperbanyakkan susu ibu Tidak 10X lebih aktif
Nutrisi untuk ibu mengandung Tidak 10X lebih aktif
Anti Penuaan Ya 10X lebih aktif
Memulihkan parut & Jerawat Ya Ya
Tambah tenaga Ya 10X lebih aktif

Bagaimana nak beli Produk Aura White Beauty

Begitu banyak kelebihan dan kebaikannya pada kesihatan, jangan bertangguh lagi. Anda boleh membuat tempahan / membelinya dengan mengelik link di bawah:

daniashope ] atau [ Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400,000mg ]

Scroll To Top