Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Wordless Wednesday 56
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Dari Volt ke Sahifa
Memang jenis suka tukar-tukar theme, pantang tengok ada yang berkenan terus nak tukar. Dari VOLT ke SAHIFA pulak. tengok sekali terus berkenan. Theme ala-ala magazie jadi pilihan.
Theme premium dari Themeforest boleh dikatakan cun-cun belaka, kelabu mata nak memilihnya. Setiap hari ada je theme baru di keluar. Harga? ok lah untuk yang benar-benar sukakan kepuasan, inilah yang terbaik. Theme Sahifa ni harganya lebih kurang $45 tapi theme Volt dulu lagi mahal dari yang ni $55 (Terima kasih Bro Neu).
Dalam 2 3 hari jugak nak menyiapkan setting sepenuhnya mengikut apa yang kita nak. Agak sukar tapi pengalaman menggguna Volt dulu menjadikan pengalaman berharga untuk men-setting themes Sahifa ni. Try and error, lama kelamaan pasti jadi seperti yang kita harapkan. Setiap themes ada kelebihan masing-masing, yang penting mesra SEO
Sahifa is a Clean Responsive Magazine, News and Blog Template
Mohon pendapat anda semua mana yang ok yang ni (Sahira) atau yang dulu (Volt)?. Juga mohon pandangan anda kalau ada mana yang perlu dibaiki atau ada masalah ketika melayari blog ini, sila beritahu dengan segara agar masalah dapat diperbaiki secepat mungkin. Wassalam, Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Google sebagai kuasa internet dunia akhirnya memutuskan untuk menggabungkan storage atau ruang simpanan dari perkhidmatan Google Drive, Google+, dan perkhidmatan e-mel Gmail menjadi ruang simpanan perseorangan berukuran 15GB. Yang mana pengguna sebelum ini menggunakan tiga perkhidmatan yang berasingan.
Keputusan Google menggabungkan ruang simpanan tiga perkhidmatannya ini adalah salah satu usaha terbesar enjin carian ini untuk mempermudahkan akses pengguna dengan data miliknya serta mengukuhkan integrasi antara perkhidmatan yang dimiliki Google.
Sebelum ini perkhidmatan e-mel percuma popular dari Google, Gmail telah memberikan ruang simpanan sebanyak 10GB dan perkhidmatan rangkaian sosial Google+ juga telah memberikan ruang simpanan bagi pengguna sebesar 10GB. Sedangkan perkhidmatan awan storage Google Drive telah memberikan ruang simpanan sebanyak 5GB.
Ruang simpanan yang berasingan antara perkhidmatan yang diberikan Google ini memang menyusahkan pengguna ketika menggunakan beberapa perkhidmatan Google sekaligus, maka dari itu enjin carian ini memutuskan menggabungkan ruang simpanan tiga perkhidmatan tersebut menjadi satu tempat penyimpanan berukuran 15GB.
Ruang simpanan 15GB itu disediakan secara percuma oleh Google. Bagi pengguna yang merasa kurang dengan kapasiti 15GB, boleh memilih untuk menambah kapasiti simpanan hingga 100GB dengan bayaran langganan sebanyak US $ 4,99 per bulan atau 200GB dengan bayaran langganan $ 9,99 per bulan.
Penggabungan ruang simpanan ketiga perkhidmatan Google Strorage ini akan mempunyai kelebihan tersendiri yang ditawarkan oleh Google untuk anda penggunanya.
Sumber olahan semula dari VR-Zone
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
ISP (Internet Service Provider) So-net menawarkan perkhidmatan sambungan internet dengan kelajuan 2Gbps untuk wilayah Tokyo, Jepun. Kelajuan sambungan internet 2Gbps yang ditawarkan oleh ISP So-net melalui perkhidmatan Nuro ini merupakan perkhidmatan internet terpantas di dunia ketika ini.
So-net melancarkan sebuah perkhidmatan internet yang menggunakan nama Nuro untuk wilayah Tokyo, ibu kota Jepun. Memang tak terkalah, kelajuan yang ditawarkan oleh So-net ini melalui perkhidmatan sambungan internet Nuro ini mencapai 2Gbps! Ini merupakan perkhidmatan internet terlaju di dunia.
JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan
Anda tentu masih ingat dengan perkhidmatan sambungan internet yang ditawarkan Google melalui Google Fiber dengan kelajuan yang ditawarkan mencapai 1Gbps, kini telah berjaya dikalahkan oleh So-net dengan perkhidmatan Nuro yang menawarkan kelajuan 2 kali ganda lebih cepat.
So-net merupakan ISP yang dimiliki oleh Sony yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dengan nama Nuro menggunakan teknologi GPON (Gigabit-capable Passive Optical Network) yang mempu menghasilkan kelajuan sambungan internet 2Gbps.
Sambungan internet terpantas di dunia yang ditawarkan oleh So-net Nuro ini kos langganannya teramat murah, hanya US $ 50 per bulannya. Berbanding dengan Google Fiber dengan kelajuan 1Gbps dengan bayaran langganan $ 79 per bulan. Pastinya perkhidmatan sebegini belum boleh dibandingkan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ISP tempatan kita di Malaysia.
Meskipun bayaran langganan bulanan yang murah, tapi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan internet So-net ini perlu membayar kos pemasangan bernilai US $ 540 dan kewjiban untuk kontrak selama dua tahun bertujuan untuk pengembangan rangkaian.
Sumber olahan semula dari TomsHardware
Bagi AUC, rasanya berbaloi bayar mahal untuk permulaan dan teramat berbaloi untuk jangka masa yang panjang. Kat Malaysia bila lagi, habis tinggi laju ISP kat Malaysia berapa yek?
>>> Meraban Tapi Berinformasi <<<
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Sedang ramai menanti kehadiran Android 5.0 yang menggunakan nama Key Lime Pie, tetiba ditangguhkan pulak keluarnya. Google ketika ini dikatakan sedang menyiapkan update untuk Android Jelly Bean terbaru, Android 4.3.
Keluarnya Android 4.3 ini pasti mengejutkan kerana Android Jelly Bean baru sahaja mendapat update ke versi 4.2. Banyak yang mengatakan setelah Android 4.2 Jelly Bean dikeluarkan, Google akan melancarkan Android 5.0 Key Lime Pie. Tapi Android 4.3 akan dilancarkan terlebih dahulu.
JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan
Berdasarkan maklumat dari AndroidPolice, Google ketika ini sedang menyiapkan update untuk sistem operasi mobile Android dan masih menggunakan nama laluan Jelly Bean. Android 4.3 Jelly Bean dengan kod Android 4.3 JWR23B ini dikhabarkan akan diperkenalkan di arena Google I / O Conference akan datang.
Sebenarnya hingga kini belum ada bukti yang jelas mengenai kewujudan update sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean ini. Jika Android 4.3 memang benar adanya, tentu Nexus 4, Nexus 7, dan Nexus 10 akan menjadi peranti pertama yang akan menikmati update terbaru sistem operasi Android.
Ramai pihak yang mengharapkan Google memperkenalkan Android 5.0 key Lime Pie dengan berbagai perubahan dari Android 4.3 yang hanya update dari Jelly Bean ni.
Yang mana anda lebih suka terus keluar Android 5.0 Key Lime Pie atau update Android 4.3 Jelly Bean yang dikeluarkan? Bagi auc nak terus ke Android 5.0 Key Lime Pie pasti banyak kelainannya nanti.
Sumber olahan semula dari VR-Zone
>>> Meraban Tapi Berinformasi <<<
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Canonical akhirnya melancarkan versi final dari Ubuntu 13.04 yang menggunakan nama laluannya iaitu ”Raring Ringtail”. Ubuntu Linux 13.04 kali ini dikatakan membawa beberapa ciri baru yang menjanjikan prestasi grafik sebagai langkah awal untuk pengembangan ke peranti telefon dan tablet.
Prestasi pada sistem yang ringan dengan penggunaan memory sikit adalah fokus utama untuk keluaran kali ini, pastinya ini disukai oleh pengguna.
JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan
Ubuntu itu sendiri adalah dirujuk sebagai salah satu sistem operasi Linux yang paling popular ketika ini. Ubuntu Linux merupakan distro Linux yang dibangunkan oleh komuniti open-source yang disokong oleh Canonical. Untuk keluaran Ubuntu Linux 13.04 ini hadir dengan beberapa ciri baru, antaranya:
Keluarnya Ubuntu Linux 13.04 ini juga diperbaharui perisian dengan versi yang dikemaskini, sebut saja Firefox 20, Thunderbird 17.0.5, Nautilus 3.6.3, LibreOffice 4.0, Linux Kernel 3.8 .8, Upstart 1.8, dan banyak lagi.
AUC masih lagi dengan Ubuntu Cinnamon Remix ni, versi ni download je dulu buat koleksi. Bagi yang ingin mendownload Ubuntu 13.04 Raring Ringtail ni boleh klik pautan ini. Untuk test tour Ubuntu 13.04 boleh cuba SINI pulak,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Jika anda melanggan TV satelit, baik di rumah, di pejabat, atau di mana-mana sahaja, pasti masalah ini yang biasa terjadi ketika hujan lebat dengan petir berdentum-dentam, skrin TV boleh gelap dengan tiba-tiba. Semua saluran TV tidak boleh diakses.
Persoalannya, apakah benar hujan menjadi penyebab siaran TV satelit terganggu?
Jawapannya, Ya!, TV satelit secara umumnya menggunakan kekerapan EM dalam liputan gelombang mikro.
Panjang gelombang itu antara satu milimeter ke satu meter dengan radio frekuensi antara 0.3 – 300 gigahertz (GHz). Gelombang ini sangat mudah diserap oleh air. Oleh itu, air hujan boleh mengurangkan kekuatan signal atau siaran.

Tetapi, pemilik perkhidmatan TV satelit biasanya membaiki gangguan uplink ini dengan memperbesar atau menguatkan lagi gelombang mikro, juga menggunakan beberapa stesen uplink di lokasi yang berbeza agar siaran TV tetap stabil, sehingga pelanggan boleh menerimanya walau dalam keaadaan cuaca yang buruk.
Namun, ada kalanya siaran TV tetap mati ketika hujan lebat turun di kawasan rumah pelanggan kerana jika gelombang mikro dipaksakan menyala dengan jumlah yang besar, decoder atau alat penerima gelombang di rumah pelanggan tidak pasti kuat menerimanya. Risikonya amat tinggi berkemungkinan alat decoder akan rosak hingga tidak boleh digunakan lagi.
Sumber olahan semula: How It Works Daily
Di Malaysia ni hanya ada satu je stesen TV satelit, iaitu Astro. Dia je yang kontrol semuanya dan tiada saingan dalam TV Satelit ni. Tapi bagaimana dengan Skybox ok ke kalau dalam keadaa hujan lebat ni. Setakat AUC guna Skybox ni ok je walau dalam keadaan hujan lebat, kalau ada ganguan hujan tu gambar hanya jadi berkotak-kotak je.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Sejak kebelakangan ini banyak laman web yang menggunakan CMS (Content Management System) WordPress menjadi sasaran serangan oleh botnet menggunakan kaedah brute force iaitu mensasarkan password laman web yang berasaskan WordPress.
Serangan ini ternyata hanya memberi kesan bagi mereka yang masih menggunakan username default WordPress, iaitu “admin” di laman mereka. Menurut penganalisis keselamatan kini para penyerang sedang membina sebuah rangkaian botnet besar yang jauh lebih kuat dari botnet sebelumnya.
Ketika ini lebih dari 90,000 alamat IP (Internet Protocol) yang digunakan oleh penyerang untuk melakukan serangan brute force ini. Alamat IP ini menggunakan ribuan password untuk mendapatkan kawalan laman berasaskan CMS WordPress tersebut.
[quote]Mesin-mesin yang lebih berkuasa boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan dalam serangan DDoS kerana server mempunyai sambungan rangkaian yang besar dan mampu menghasilkan sejumlah besar lalu lintas,” menurut Matthew Prince, CEO CloudFare.[/quote]
Botnet yang bernama Brobot telah melancarkan serangan DDoS (Distributed Denial of Service) ke bank-bank utama di Amerika Syarikat, antara lain Bank of America, US Bank, Wells Fargo, dan banyak lagi. Serangan-serangan ini memberi amaran bahawa ketikat ini botnet besar yang cukup berkuasa dan kuat sedang dikembangkan.
Serangan yang dilakukan oleh botnet ini juga merupakan isyarat pada pentadbir website yang menggunakan CMS WordPress yang masih menggunakan “admin” sebagai akaun defaultnya.
Pentadbir laman WordPress disarankan segera menukar username default “admin” dengan username lain yang unik dan sukar diteka untuk mengelakkan ancaman serangan botnet ini.
Olahan semula dari SlashGear
Buktinya gambar sebelah kat blog AUC sendiri, dalam tempoh sebulan 1211 cubaan meneka password admin blog AUC. Boleh dikatakan semua cubaan menembusi blog ini dengan menggunakan usename default “admin”. Bersungguh benorlah nak masuk blog ni nampaknya, hingga ada sampai 48 kali memcuba, bahaya-bahaya ni weh…
Jadi apakah yang kita perlu lakukan dalam menghadapi keadaan seperti ini, nak tak nak kena tau juga sikit-sikit. Minta pandanga otai-otai yang pakar dalam bidang ni….
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Smartphone Facebook HTC First dijual dengan harga $99.99
Selepas pelancaran Facebook Home beberapa hari yang lalu, Facebook yang bekerjasama dengan HTC mengeluarkan HTC First, smartphone Facebook pertama dengan berintegrasi penuh Facebook Home. Katanya telefon pintar FB ini dijual dengan USD 99,99 atau kira RM306.00 je (kalau masuk kat Malaysia tak tahulah jadi berapa harganya)
Namun dengan harga yang mampu milik tersebut tidak bermakna telefon ini murahan. Dibekali dengan kamera 5 megapixel belakang dan 1.6 megapixel depan, kapasiti bateri 2.000mAh, prosessor Qualcomm 1.4 GHz dual core serta dengan OS Android 4.1 Jelly Bean.
Dengan empat pilihan warna hitam, putih, biru, dan merah, HTC First bersama ATT sebagai rakan kongsi selular. Sedikit informasi mengenai harga USD 99,99 ini rupanya dengan syarat kontrak dua tahun. Jika tanpa kontrak tersebut regular price akan jatuh di harga USD 449,99 kira-kira RM1380,00 jugalah harganya
Selain di HTC First, Facebook Home juga boleh dinikmati di telefon pintar kelas atas macam HTC One dan keluarga Samsung Galaxy pada 12 April 2013. Namun Facebook berjanji akan menyediakan aplikasi eksklusifnya tersebut untuk tablet di kemudian hari.
Sebagaimana diberitakan sebelum ini, Facebook 4 April lalu mengeluarkan Facebook Home, sebuah aplikasi ‘tak biasa’ di device Android. Facebook Home menukar telefon Android dengan rasa Facebook, memaksimumkan potensi Facebook di device ‘robot ijo’.
Bagi yang hendak melihat spefikasi penuh atau ingin menempah telefon (pre-order) Facebook ini boleh mengunjungi laman ATT di pautan INI. HTC akan mula menjual HTC First pada 10 April 2013.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Anti virus sebenarnya bukan app perlu dipasang kat Android, terutamanya Android 4.2 kini yang telah dilengkapi bermacam keselamatan termasuk di Google Play yang telah memeriksa semua app didalamnya terlebih dahulu.
Jangan takut, dengan app Android kini semakin berlambak dan menimbulkan keraguan bagi pengguna smartphone, tapi mereka tetap menggunakannya atas sebab keperluan.
Sebenarnya ada cara yang sangat mudah dan tidak menyusahkan, bagaimana cara melindungi Android dari serangan virus dan Malware. Sebenarnya sejak dulu lagi Google sudah memikirkan dengan teliti agar pengguna selamat dari bahaya tanpa perlu memasang Antivirus Android. Jadi, kenapa kita selalu menanyakan kenapa antivirus Android tak dipasang? Sebabnya kerana kita dah terbiasa menggunakan Windows di mana antivirus diwajibkan untuk sistem operasi tersebut.
Google telah menyediakan Android dengan beberapa ciri Built-in Antivirus, ciri-ciri ini sudah terintegrasi dengan Google Play di mana semua app yang masuk ke dalamnya sudah diperiksa terlebih dahulu. Adapun app yang dianggap mempunyai risiko yang tinggi, Google Play biasanya menutup atau tidak mengesyorkan app tersebut.
Bouncer, ciri-ciri Google ini secara automatik mengimbas aplikasi yang ada di Google Play termasuk virus, trojan dan malware. Selain itu, Google Play juga boleh meng-uninstall app yang dianggap berbahaya, biasanya jika kita selalu meng-update aplikasi dan selalu berhubung ke internet, jaminan keselamatan Android pada dasarnya sudah ada.
Dan bagi pengguna Android 4.2 keselamatan telefon mereka semakin dipertingkatkan, OS ini menyekat SMS premium rate (seperti penghantaran kandungan tanpa pengetahuan pemilik). Selain itu, Android 4.2 juga dilengkapi sistem Sanboxing yang menyekat ruang lingkup Malware Android dan memohon izin kepada pengguna untuk pemasangan selanjutnya.
Setelah melihat kelebihan Android, masihkah kita memerlukan app Antivirus Android? Persoalan ini pasti timbul lebih-lebih lagi anda biasa memasang app lain dari Google Play, app ini sudah pasti meragukan. Sebenarnya Google telah mengesyorkan semua developer untuk memasukkan app mereka ke Google Play sekalipun hanya untuk digunakan kalangan tertentu atau pada kawasan yang terhad.
Jadi, perlindungan Antivirus Android bukan terletak pada telefonnya melainkan lebih terjamin pada Google Play. Dalam beberapa kes pengguna sering mendapati app sudah terintall ketika pertama kali menggunakannya. App ini bukan dari vendor telefon tetapi sengaja dipasang oleh penjual, dengan alasan membantu pembeli yang masih belum mengetahui cara menggunakan Android.
Android tidak sesukar mana seperti yang dibayangkan, OS ini telah menyediakan keselamatan sejak awal tanpa menuntut pengguna memasang app antivirus Android. Jadi, apa fungsi app Antivirus Android yang dipasang pada telefon bimbit anda?
Jika anda suka memasang app diluar Google Play dan sering menggunakan transer file melalui kabel data, perpindahan kad memori, pemindahan bluettooth dan WiFi, app Antivirus memang sangat diperlukan. Aktiviti ini dikategorikan sebagai saringan terus antara telefon dimana kita tak mengetahui keselamatan alat yang disambungkan.
Bagi AUC, tanpa perlu memasang antivirus Android dan berkongsi fail dengan pengguna lain, lebih selamat menghantar fail melalui Email ataupun share Cloudstorage. Cara ini lebih aman mengelakkan hubungan terus dan ciri-ciri e-mel (contohnya GMail) sudah mempunyai antivirus dan Malware.
Salah satu cara selamat adalah tidak mengaktifkan ‘Unknown Source’ yang membenarkan pemasangan aplikasi non market Android (diluar Google Play Store). Jadi, ketika kita mendownload sebuah file baik melalui web ataupun Cloudstorage secara tak langsung menyulitkan pergerakan Malware dan virus.
Sebenarnya kita terikut-ikut dengan rentak Windows yang sekian lama menjadi darah daging selama ini, Anti Virus wajib pasang tu yang tertanam difikiran kita. Kini AUC dah lama tak guna Anti Virus, lebih-lebih lagi bila guna Ubuntu dan Android.
>>> Meraban Tapi Berinformasi <<<