
Dikesempatan cuti sekolah ni kawan pun bercuti jugak la balik kampung, mula kawan balik kota baru, rumah mak mertua kawan tapi bukan kampung, bandar macam bandar balik ke bandar la..3 hari di kota baru, tiba giliran kampung kawan pulak kat Pahang (Ulu Cheka). Tau je bila kawan balik kampung ni macam la aktiviti yg kawan buat…sampai je di rumah adik kawan tengah menyalai ikan yg dia cari tadi..musim kemarau kat kampung ni aktiviti cari ikan yang best, menimba, menyauk, menjala, mengaran best wooo..
antara ikan yang biasa dapat ikan perun (terbul), sepat, potok, macam2 la…
![]() ![]() |
||||
| Best amat wehh! ikan salai segar ni.. |
esok nya kawan tengok belakang rumah belimbing buluh banyak berbuah tu..kalau di bior je abis buruk gitu je..kalau rebus ni elok jugak…tapi proses rebus belimbing ni 5 6 jam wehh sampai jadi hitam…bagi sebelah Jerantut cukup sinonim dengan sambal hitam ni…pergghhh meleleh wehhh…
![]() ![]() |
| ni proses pertama kena panjat ambil buah belimbing tu.. |
![]() ![]() |
| Proses ke-2, kena buang kepala belimbing tu. antara bahan nak buat belimbing hitam rebus ni ialah air, garam dan tin pakai buang…hehehhe |
![]() ![]() |
| ni dia tin nak masak tu…tak boleh pakai periuk sebab lama sangat masak nye |
untuk keterangan lanjut bab belimbing buluh rebus @ masak sambal hitam sila klik sini
Disebabkan cuaca yang panas berdering ni kawan bawak anak2 kawan mandi sungai tempat kawan masa kecik2 dulu mandi masa balik sekolah..kawan panggil tempat tu empang Jeneris..masa ni dah jadi kecik je berubah mengikut perubahan zaman
![]() ![]() |
| Empang Jeneris |
![]() ![]() |
| Ada juga peninggalan sejarah di sini, bekas tapak kaki Datuk Bahaman yang dikatakan pernah bertapa disini |
![]() ![]() |
| Kedinginan airnya menggeletarkan badan di cuaca panas begini
Sayup kejauhan Gunung Benum yang membanjari kg ulu cheka ni..
|
Sebenarnya kg Ulu Cheka ni di apit oleh 2 gunung iaitu Bukit Bongkok (ada yg mengatakan terjadi dari seekor naga) dan Gunung Benum ke-2 tertinggi selepas Gunung Tahan di Semenanjung Malaysia ni..tapi tak glamer dikata laluan ke kemuncaknya (bayroute) paling sukar di antara gunung2 di Malaysia nih..boleh dikira dengan jari je yang lepas betul2 dikemuncaknya nya…nanti kawan tulis entri mengenai Gunung Benum ni..menarik dikata dijaga oleh seekor beruk besar…kawan x lepas lagi kemuncaknya..bukit bongkok tu lepas dah..ada 3 jalan yang boleh dilalu untuk ke Gunung benum ni melalui Raub (Lata berembun) Ulu Cheka (Jeneris) dan jalan yang baru dibuat Ulu Cheka (Lata Bujang)-Perlok…
Sebab tu waktu di kampung kawan ni paling sejuk mengeletor wehh…bergulung la dalam selimut tu…anak kawan duduk kat Kuantan nih tak pernoh pakai selimut balik kampung…ketor sejuk cari selimut waktu nok pagi tu…



This post has been viewed 2952 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi














kita kena majukan ulu cheka. dari segi pelancongan kena ada usaha untuk popularkan. uc banyak tempat menarik. kalau diusahakan memang cantik.
molek sgt idea aok ni Ju wehh..kwn sokong amat
Salam mitos, behnya yek balik kg. kwn memang teringet mandi empang jeneris teh airnye sejuk sampai ke tulang rasenya. dah lame kome tak balik ulu cheka. rindunyaa
memang byk tempat menarik kat kg kome nih..nok mandi @ berkelah kat kg kome nih,sebab kg ulu cheka ni dikelilingi 2 gunung (gunung benum & bukit bongkok) ni paling dekat, musim panas ramai org kat sg. rengat (dekat tempat org asli), lubuk batu (perlok)…nak ke air terjun cun byk jugak jln kaki la, 2 3 jam…lata bujang (air terjun 7 tingkat), lata sebarau ( kawan rasa paling cantik kat malaysia ni) perhhgg..lama kawan x pegi air terjun ni..dulu biasa pergi cari ikan tengas, memanah, memancing
Kawas nok nanye auk weh org ulu cheka,lata sebarau teh mana ranta nye,kala lata berember lata bujang teh kawas penoh sampai doh,lata ginto la yg paling lawo weh kala deme nok tau,lata kasoh tgl lalu je weh……
lata sebarau tu ikut sg pian tempat org asli te
salam mitos..memang behh kampung aok nieterasa amat keindahannya masih terpelihara..sambal hitam meleleh air liur weh..he he
laaa semua deme cakap ni tok guru kome belake wehh…kawan balik sempat jugak tengok budok belajo silat dgn nyang hassan tu…nok mnegingat langkoh lama x main silat nihh..rumoh kome dekat jalan bawah masjid ulu cheka tu..
Njang Asan pandai silat teh ayoh sedara sepupu kas
Ayoh dia adik beradik dgn aki Akob,kawas dan jg belajo dgn dia teh,silat langkoh 1000.
kita seguru rupanya, kome lupa dah ingat langkah 3 je
Salam waris…Lame bete kash tak naik kulu..lepas meninggal enjang arif ada sekali dua kash naik gi jumpa pandok bagak keknya dia teadeh dirumah.. rumah deme beloh mane dekat rumah pak anjang hassan ker?ajok laa kash sekali ame ker dema naik kulu hehehe..
ambuih nikmat ngat aktiviti gini weh.. kaloh nikmat duk hotel 5 star. CONFIRMED!