
Selamat Hari Raya buat semua pengunjung blog auc ni, dah 3 hari tak update blog maklumlah raya, kalau balik kampung tu memang lupa semuanya tentang blog memblog ni, Auc beraya di kampung Ulu Cheka dulu, raya pertama petang terus bergerak ke Kota Baru. Adik ipar kahwin pulak.
Biasalah menu wajib semestinya lemang. Kalau dulu hanya buat lemang pulut je, kali ni buat lemang tepung dan lemang ayam. Nasib tak sempat cari ikan kecik kat sungai untuk buat lemang ikan (bab lemang ni ada enti khas nanti). masa ni tak sempat nak buat sibuk lagi.
Balik ke Kota Baru jalan tak sesak sangat, yang menjadikan sesaknya pemandu yang memandu terlalu perlahan. Buat bodoh je kita hon, beri lampu, kereta berjujuk di belakangnya buat tak tau je… hampeh sungguhlah.
Oklah nak beraya dulu nantikan entri lemang khas lemang tepung (kalamai) dan lemang ayam. (lemang ikan tak de ikan kecik tak jadi buat). Selamat beraya semua….
This post has been viewed 694 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


Tahun ini tdak lemang yang dibaut kerana harga buluh naik. Jadi kami mogok tidak mahu buat lemang.:-)
akubiomed recently posted…Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriah