Asslamualaikum
dari auc dot com

Gambar sekadar hiasan dari Pak Cik Google
Untuk renungan di hari jumaat ini. Sesiapa yang mengenali hakikat dunia, ia tidak akan jatuh cinta padanya. Menyedari kefanaan dunia adalah satu cara untuk mengusir bisikan syaitan.
Imam Al Ghazali bercerita dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin bahawa seorang raja meminta penasihatnya untuk membuatkan satu alat dengan fungsi khas. Alat ini mestilah dapat menghilangkan kesedihan baginda apabila ditimpa musibah, dan menghalang baginda daripada berlagak sombong apabila mendapat kesenangan.
Tidak lama kemudian, penasihat yang bijaksana itu mempersembahkan sebentuk cincin dan meminta baginda untuk selalu memakainya.
Beliau juga berpesan agar baginda memandang cincin itu setiap kali berada dalam kesenangan atau kesusahan. Kata beliau, jika baginda melakukannya, kesedihan itu pasti hilang dan kesombongan tidak akan datang.
Hebat sangatkah cincin yang diberikan oleh penasihat itu, tidak! tiada keistimewaan pun pada cincin itu dari segi bahan ataupun bentuknya. Ianya hanya cincin biasa yang dibuat daripada besi je. Namun kalimat yang diukir di atasnya itu yang luar biasa:
“INI PASTI BERAKHIR.”
Semoga Allah membuka hati kita daripada melihat hakikat dunia dan memberikan kita keyakinan untuk hanya berharapkan kehidupan akhirat. Amin Ya Rabbal ‘alamin
This post has been viewed 1009 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


anggaplah kesedihan itu sebagai cabaran untuk mencapai kegembiraan.
faizfakhirin recently posted…#Kapitalis Top 10 Corporations yang Mengawal Segalanya Apa yang Kita Beli
yup betul..segala apa nikmat di dunia ini pasti akan berakhir..
eh tukar theme baru ek?
cik tom recently posted…Emas Perhiasan Sebagai Simpanan Masa Depan Bukan Pelaburan Emas
Secara realitinya ramai yang melihat duniawi berbanding akhirat …

benjy recently posted…KEPUTUSAN PUTRA BRAND AWARDS 2012 – HADIAH ISTIMEWAH DARIPADA PEMENANGAN GOLD AWARDS
INI PASTI BERAKHIR. SubhanaAllah sangat hebat !
ProfHariz recently posted…Lirik Tuhan Jagakan Dia Motif Band
Amin…
Manusia yang dilanda musibah, perlukan dorongan untuk menghilangkan kesedihannya. Jika baik input yang diterima, baik jugalah outputnya.
Aina recently posted…Dah berusia diri ini…
Kata-kata hikmat yang mampu menghilangkan rasa kesedihan.
akubiomed recently posted…Day 2: belajar buat produk halal air Soya, Taufufa dan Tauhu keras