Ciri-ciri Malam Lailatul Qadar

lailatul qadar Ciri-ciri Malam Lailatul Qadar Ibadah Qurban dan Aqiqah

Assalamualaikum
dari auc dot com

Ciri-ciri Malam Lailatul Qadar

Bulan Ramadan memang bulan yang penuh dengan segala keberkatan. Salah satu keistimewaan bulan ini adalah satu malam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia, iaitu Lailatul Qadar (malam seribu bulan).

Banyak ayat di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang keistimewaan malam ini. Diantaranya adalah Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar “(QS: Al-Qadr (97) ayat 1-5).

Dikatakan satu malam pada lailatul qadar, keberkatannya sama  seperti 1000 bulan, kerana pada malam tersebut para malaikat dan Jibril turun ke bumi serta memohon kepada Allah SWT agar mengkabulkan doa-doa hambanya. Kemuliaan malam ini berakhir dengan terbitnya fajar paginya.

Tahukah anda mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar itu akan datang? Ini adalah beberapa tanda yang pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam beberapa hadisnya.

  1. Udara dan suasana pagi yang tenang. Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah”.
  2. Cahaya matahari lemah keesokan harinya, bersinar cerah tapi tidak kuat. Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar”.
  3. Bulan nampak separuh bulatan. Dari Abu Hurairoh r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Siapakah dari kamu yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh dulang”.
  4. Malam yang terang, tidak dingin, tidak berawan, tidak hujan, tidak panas, tidak ada angin kencang, dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan binatang (lemparan meteor bagi syaitan). Sebagaimana sebuah hadis, dari Watsilah bin al-Asqo ‘dari Rasulullah SAW: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan) “.
  5. Kadang-kadang terbawa ke dalam mimpi. Seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi rodiyallahu ‘anhum.
  6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Semoga sedikit sebanyak keterangan di atas dapat menambah lagi kesempurnaan ibadah kita di bulan Ramadan kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing