Home » BERITA » Empat Fungsi USB Flashdisk yang Jarang diketahui

Empat Fungsi USB Flashdisk yang Jarang diketahui

Siapa yang tak kenal Pendrive, Flashdisk atau setoran mudah alih. Bermacam jenis dan bermacam bentuk. Harganya pula semakin murah mengikut kapasitinya. Biasanya kita guna sekadar untuk menyimpan atau memindahkan data dari komputer ke komputer yang lain, setakat tu je…

USB%2BFlashdisk Empat Fungsi USB Flashdisk yang Jarang diketahui

Namun, tak ramai yang mengetahui bahawa flash disk ini mempunyai banyak fungsi yang jarang diketahui. Berikut adalah empat fungsi USB Flash disk untuk komputer yang jarang diketahui :-

1. Mengunci dan Membuka Komputer.

Flash disk digunakan sebagai satu “kunci” untuk mengunci dan membuka komputer Anda. Macam dalam sebuah filem aksi teknologi gitulah. Cukup sekadar mencucuk flash disk untuk membuka, dan ketika flash disk dicabut maka komputer pun akan automatik terkunci (locked).

Untuk menggunakan fungsi ini, Anda harus menginstall aplikasi bernama Predator. Predator flash disk ini berfungsi pada lock Function manual windows, hanya menggunakan flash disk Anda tak perlu susah-susah memasukkan kata kunci. Aplikasi predator ini boleh dimuat turun di sini.

2. Menghubung ke jaringan Wi-Fi dengan cepat

Flash disk boleh juga digunakan untuk menghubungkan (connect) komputer ke jaringan Wi-Fi dengan segera dan secepat mungkin tanpa memasukkan kata kunci (password) berulangkali. Ini kerana windows mempunyai fungsi yang boleh menyimpan nama jaringan Wi-Fi yang telah digunakan. Kemudian data tersebut boleh kita simpan di flash disk dengan cara klik ikon wireless – klik kanan Wi-Fi yang baru saja digunakan – properties. Perhatikan Tab Connection, klik link Copy this network profile to a USB Flash drive – klik Next, maka terus windows akan menyalin configurasi dan pengaturan profile tersebut ke flash disk.

Untuk menggunakan di komputer lain, cucukkan flash disk dan double klik file setup SNK.exe maka profail jaringan akan terus terpasang dan komputer Anda siap untuk disambungkan.

3. Meningkatkan kelajuan komputer

Flash disk juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi komputer yang lembab dan lambat. Dengan bantuan satu aplikasi yang bernama readyboost. Jika prestasi hard disk lebih lambat dari flah disk Anda, readyboost akan membaca cache file yang sering dibuka dari flash disk, sehingga boleh meningkatkan kelajuan komputer Anda. Untuk keterangan lebih lanjut Anda boleh baca di sini

4. Menginstall webserver portable

Memiliki web server yang boleh dibawa ke mana-mana tentu menyeronokkan kerana semua itu boleh Anda lakukan dengan flash disk (Web Server Portable). Dengan menginstall server2go pada flash disk, Anda boleh menjalankan web server dengan cepat di komputer manapun tanpa harus melakukan menginstallnya lagi. Jika Anda seorang web developer, tentu saja benda ini sangat membantu kerana Anda boleh melakukan presentasi di mana saja dengan web server di poket Anda. Untuk memuat turun aplikasi server2go ini sila klik di sini.

Itulah diantara fungsi tersembunyi atau yang jarang diketahui tenang flash disk ini. Bukan sekadar tempat simpan fail-fail atau data je bahkan lebih dari itu.

Selamat mencuba…

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

14 comments

  1. Jangan terkejut boleh mengunakan aplikasi PhotoShop dengan mengunakan Thumb Drive sahaja. :-)


  2. Twitter:
    wahh info yang berguna ni..tak pernah pun tahu rupanya banyak lagi kelebihan usb ni..hehe
    Hafizul recently posted…Peraduan Ucapan Hari Lahir SopMy Profile

  3. Aplikasi predator tu kan, kalau flashdisk kita rosak, masih boleh login seperti biasa ke ya? tanya sebab tak pernah guna… :D

  4. aku hanya tahu guna utk penyimpanan data

  5. terima kasih kerana berkungsi, selalunya guna untuk simpan memori je

  6. best la kalau boleh optimize mcm nih

  7. banyak jugak rupanyer kegunaan pendrive nie…

  8. terima kasih berkongsi. biasa guna untuk simpan data je.
    Denaihati recently posted…Budget 2013 yang menarikMy Profile


  9. Twitter:
    ye la.. semua tu saya tak tau sebelum ni

  10. Assalam, patutlah komen tadi pelik jer… hehehe… baru tau kegunaan pendrive nie… banyak juga fungsinya yg aku tak tau…

  11. maaf la kome tadi hilang, saje try nuffnangX mlm td, rupanya buang kotak komen asal, x jadi kena kembali pada asal :)
    auc dot com recently posted…Felda United vs Kelantan | Piala Malaysia 2012 | Suku Akhir Pertama | Keputusan TerkiniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge