19 June 2013 | 3:01 pm
DON'T MISS
Home » BERITA » Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban

Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Garis%2BPanduan%2BTernakan%2BKorban Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban

Setiap daripada kita pasti pernah melihat bagaimana atau cara binatang korban tersebut disembelih atau dikorban. Ada berbagai cara, ada berlaku kasar terhadap binatang ternakan dan sebaliknya

Jadi sebagai langkah memastikan ibadah korban berjalan dengan sempurna dalam setiap aspek pelaksanaannya menjelang Hari Raya Aidil Adha minggu depan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) buat julung kalinya telah melancarkan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban.

Garis panduan ini adalah sebagai penyelarasan, penyeragaman dan pengharmonian segala peraturan penyembelihan ternakan korban, supaya ibadah itu dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tersusun.

Garis panduan ini dibuat dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor, Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, serta beberapa pihak berkuasa tempatan; dan ia boleh dimuat turun menerusi laman web di bawah:-

www.dvs.gov.my

Garis panduan itu juga merangkumi undang-undang dan peraturan mengenai pemantauan ternakan korban, operasi serta premis penyembelihan, aspek kebajikan haiwan dan juga pengurusan sisa ternakan.

Garis panduan ini dibuat berikutan isu kebajikan haiwan banyak dibangkitkan, dan isu itu digunakan oleh sesetengah pihak sebagai satu cara atau senjata bagi mereka untuk menetapkan peraturan yang lebih menguntungkan mereka.

Sumber Olahan dari: Bernama


This post has been viewed 676 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

7 comments

  1. saya mampu makan je ..sembelih tak berani lagi ..haha

  2. Assalam, bagus juga kalau ada garis panduan nie sebab ianya lebih teratur…

  3. aku penah semebelih ayam dengan lembu aje. kerbau tak berani lagi..harimau apatah lagi. haha..

  4. Ada terdengar berita radio melaporkan mengenai garis panduan ini. Setahu saya adakah kita korban lembu daging yang diimport daripada negara Australia?

  5. Kas tak pernoh membuat lagi weh keje menyembelih nie seram lah pulok :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top