25 May 2013 | 8:49 am
DON'T MISS
You are here: Home » BERITA » Habis Paip Masjid Kena Curi!

Habis Paip Masjid Kena Curi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
dari auc

Apakah memang nilai kemanusia sekarang makin terhakis? Merujuk kepada kes kecurian harta benda awam berleluasa sekarang ni, termasuklah harta benda masjid. Kes sebegini boleh dikata setiap masjid mengalaminya. Habis paip masjid kena curi!

piap%2Bmasjid%2Bhilang Habis Paip Masjid Kena Curi!

air tak boleh tutup, sebab terus dari tangki utama

Semalam kejadian berlaku di Masjid Bukit Setongkol Kuantan antara waktu zohor dengan asar, habis semua kepala paip masjid yang jenis besi dirembat, yang plastik tak nak pulak tu. Entah bila masanya cilok pun tak perasan, tahu-tahu je hilang, air paip bersembur keluar. Betul-betul menyusahkan orang ramai.

Paip%2Bhilang Habis Paip Masjid Kena Curi!

Tu kes kepala paip, banyak lagi kes contohnya tabung duit masjid pun sama kena angkut. Kalau tak dapat dia orang ni guna pelbagai taktik. Antara paling popular taktik memancing dalam tabung. Hanya berbekalkan pembaris dan gam sudah cukup alat pancing duit tabung. Kalau hilang selipar tu jangan katalah, hilang sokmo.

Kalau dosa kita dengan Allah, kita boleh terus minta ampun daripada Allah, pasti Allah akan mengampuni kita kerana Allah itu Maha Pengampun. Tapi dosa sesama manusia atau masyarakat kita kena minta maaf pada setiap mereka yang pernah kita khianati dulu.

Semoga Allah akan membuka hati mereka kembali ke jalan yang diredaiNya… Amin.


This post has been viewed 560 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

9 comments

  1. kalau dah pencuri kat mana pun dia x kisah nak mencuri…
    hairulafiz recently posted…Blog aku dapat PR1My Profile

  2. hoho..paip pun nak curi gak ker..
    titan recently posted…Kena langgar dengan Keretapi PinkMy Profile

  3. Hina bertul mencuri paip milik Masjid. Nampak gaya pihak masjid perlu mengeluarkan kos untuk pengantian kepala paip. Elok digantikan kepala paip plastik sahaja.
    akubiomed recently posted…Wordless Wednesday – # Sumber inspirasiMy Profile

  4. Susah nak kata manusia sekarang ni. Apa saja diorang sanggup buat selagi keperluan diorang dapat dipenuhi.
    shraqs recently posted…Dengki Yang PositifMy Profile

  5. Apa la yang difikirkan oleh pencuri ni sehinggakan paip dan barangan lain di masjid pun nak dicurinya. Semoga mereka ni kembali ke pangkal jalan.
    Hazmin Hamudin recently posted…Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat RockMy Profile

  6. Semoga Allah akan membuka hati mereka kembali ke jalan yang diredaiNya… Amin.
    Encik Anif recently posted…Live Streaming – The UEFA Champions League – Arsenal vs OlympiakosMy Profile

  7. salam..
    kat kolumpo nih dah lama
    tukor yang plastik..dah tak
    hilang..kalau tidak setiap
    hari hilang..nak buat goner
    ada orang sanggup makan hasil curi
    jual pelbagai mende besi nih
    Bro Zulkbo recently posted…Orang Makan Babi Kini Babi Pun Makan OrangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top