20 May 2013 | 4:58 pm
Breaking News

Hilangnya Rakan Pancing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Hilangnya Rakan Pancing

Ni saje je kawan nok berkongsi hobi yang menggilakan kawan ni, memancing sebenornya telah kawan mulai sejak berumur 6 tahun lagi maklumlah rumah kat sawah padi, bermula dengan joran salak, memancing di alor2(sungai kecik), kubang kerbau. Hinggalah ke sekolah rendah…kemudian masuk sekolah menengah agama kuala tembeling…lagi la pulak duduk tepi sg pahang tu,berkawan dengan budak ulu tembeling semuanya memerang sungai belaka, pastu belajo kat sek.men agama temerloh pulak, berkawan dgn budak seberang temerloh (Mohd Rizal) panngilan dia Jat, setiap minggu lepak kat rumah dia..mandi je kat sg tu menjala…terus sambung belajar kat Pekan pulak-kurang sikit aktiviti memancing…habis belajo terus keje kat kuantan nih. Bermulalah episod menggunakan pancing mesin ni pulak.

Mula mengenali laut, dulu sungai je..duduk bersama kawan2 bujang semua gila memancing, semua tempat telah kawan takluki dari Terengganu hinggalah ke Pulau Tioman semua kawan dan pergi…baik pancing muara, laut dalam, dan pancingan pantai habis semua dicuba…kena pulak Jat bertugas jugak di Kuantan ni di sebuah sekolak kat Tg Api…
setiap pasti kawan keluar memancing bersama jat ni…

segala rintangan dan cubaan dalam dunia pancing ni di redahi, hantu jin puaka, penunggu yg mengusik ni jadi mainan…tiada erti takut dalam diri kawan ni..entah lah..segala ilmu pancing ku pelajari..sebab itulah bila memancing kawan pasti dapat ikan, member2 kata kawan pakai hantu heheheh…

Bukan hantu tapi petua..nanti kawan bagi kat koleksi ilmu dulu.
Tapi semangat memancing ni hilang sejak 2 tahun lepas selepas kematian rakan seperjuang ku JAT…(Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat)…kematiannya begitu tragis..kena hempap di kayu balak mati tumbang sewaktu balik dari memancing di Chenor…kawan tak ikut masa tu..

Lepas kejadian inilah hilang segala semangat utk memancing..kerana setiap tempat yg kawan pergi pasti teringatkan arwah kerana setiap tempat pancing telah kawan pergi bersama arwah dulu…sampai sekarang kawan tak pergi memancing dah…tapi segala peralatan masih dijaga rapi…

Image543 Hilangnya Rakan Pancing
antara mesin kelili milik kawan
1. Shimano-ni yg paling kawan sayang x de dlm pasaran Malaysia di beli terus dari kilang utk pasaran Jepun
2. Damm- dah 10 tahun yg ni..banyak jasa dia
3.Tica
4. Daiwa
5. Okuma- utk laut dalam
6. Shimano
7. Banax- paling banyak jasa nihh..yang lain2 tu cap ayam je utk mancing udang
Image544 Hilangnya Rakan Pancing
antara joran milik kawan, semua ada nok ke sungai, pantai, muara, laut dalam ke…
Image551 Hilangnya Rakan Pancing
aksoseri pulak…kabo je nok mancing kemana semua ada
Image550 Hilangnya Rakan Pancing
ni sape kenal bende..ni lah pistol panah ikan..kawan buat sendiri..best menyelam wehhh…
Image552 Hilangnya Rakan Pancing
sumber rujukkan kawan, majalah pancing di beli setiap bulan
Tapi semua ni tinggal kenangan belaka, lama betul dah kawan bertapa nihh tak pergi memancing…hilang semua hantu pancing dlm diri ini…ada hikmah di sebaliknya…dulu ikan semua kenal kat kawan nih hehheeh…

This post has been viewed 4077 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

16 comments

  1. salam bro..aku ada banyak pistol ikan buatan sendiri
    aku nak tanya di semenanjung polis tak tangkap ker
    guna pistol ikan nie??

  2. Salam bos.. ajo sikit cara buat pistol panah ikan tu leh.. nak try panah kelah…

  3. ade lagi wehh..berfungsi dengan elok lagi…

  4. Kala mancing kwn tak berapa minat sangat, tapi kwn minat gambo ya pistol ikan tu. Kala dulu dalam lubuk je duduknya dengan pistol ikan ter. Aok ada lagi simpan pistol ikan tu yek.

  5. betul tu…life goes on…memancing je kawan tak gi je lagi..ade dah member2 ajok ke laut ni…ikan ebek banyak masuk dah nih..ketor tangan mendengor nya nihhh…lupa dah nak ikat mata kail lama x mancing…

  6. salam mitos..sedih la pulok koi membaca kisah aok kali ni..memang lah hilang rakan karib teman sepemancingan..mau tak sebak jer..al-fatihah buat arwah..dan aok tu ..life goes on..

  7. masa kat kg dulu biasa amat dgn mengaran ni…pakai ganarator hehhe…puas memikul tu…

  8. karan kawan yg guna beteri 12 wat tu dah siap…..best ooo ngaran dalam air…tu yg berbaloi2 smpai sebarau besor peha pun tewas…keknya kena rajin le redah lubuk…

  9. Memancing juga adalah hobi kawan nombor 1, keknya kawan setakat main disungai pahang, kolam dan kawasan sekitarnya aje..apapun hobi kawan seakan berkubur selepas kawan kawin..member pulok dah x de.. sudah hilang punca kawan nok mengail dah, sesekali sekala kawan layan kat kampung org rumah kawan di Pekan nun..bagi hilang kemaruknya aje.

  10. oo gitu..tu la..sampai sekarang x turun lagi memancing…rasa nok memancing malas nok mula ngetek…memang baik sgt org nye…kawn lama dari sekolah tu…rumah dia macam rumah kawan la dulu tu…

  11. kala allahyarham tu kome panggil JAN. skampung dgn kome tapi kome hala ke darat sikit.bagus ngat orgnya… !

  12. ye deme kenai ke?

  13. al fatihah,JAT yg aok kabo te org kg bangau parit, seberang tloh tloh tu ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top