Jadual dan Keputusan Penuh Pesta Bola Merdeka 2013

pesta bola merdeka 2013 Jadual dan Keputusan Penuh Pesta Bola Merdeka 2013

Pesta Bola Merdeka 2013 edisi ke-41 bakal berlangsung pada 7 hingga 14 September 2013 di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kejohanan 4 penjuru ini melibatkan tuan rumah, Malaysia, Singapura, Thailand dan Myanmar. Malaysia kali ini akan diwakili oleh skuad bawah-23 tahun sebelum mereka ke Myanmar untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Lokasi berbeza dari kebiasaanya diadakan di Kuala Lumpur, kini peminat di pantai timur pula berpeluang menyaksikan lebih dekat wira negara beraksi menentang jagoan Asia Tenggara. Ranking FIFA terkini, Malaysia berada pada kedudukan ke-3 dari 4 pasukan di belakang Thailand dan Singapura.

Malaysia dulunya pernah muncul juara Pesta Bola Merdeka sebanyak 9 kali dan kali terakhir pada tahun 2007 dengan mengalahkankan Myanmar 3-1.

Harga tiket menjadi pertikaian kini, dikatakan terlalu mahal. Apa-apapun kita tunggu keputusan dari FAM mengatakan harga tiket mungkin akan diturunkan lagi.

Jadual dan keputusan perlawanan Pesta Bola Merdeka 2013

Hari Tarikh Skor Lokasi
Sabtu 7/9/2013 Malaysia 1 – 0 Singapura Stadium Darul Makmur
Thailand 1 – 1 Myanmar Stadium Darul Makmur
Isnin 9/9/2013 Thailand 1 – 0 Singapura Stadium Darul Makmur
Malaysia 0 – 1 Myanmar Stadium Darul Makmur
Rabu 11/9/2013 Malaysia 3 – 0 Thailand Stadium Darul Makmur
Singapura 0 – 2 Myanmar Stadium Mini Temerloh
Sabtu 14/9/2013 Thailand 1 – 2 Singapura Stadium Darul Makmur
Malaysia 2 – 0 Myanmar Stadium Darul Makmur

* Keputusan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Update: Tahniah Malaysia telah menjuarai Pesta Bola Merdeka 2013 ini.

TV Online Streaming Klik di SINI

Comments

  1. says

    terima kasih kerana membuat rujukan di blog kami

    apa salahnya beri sedikit kredit untuk ayat-ayat yang di copy paste walaupun anda edit semula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge