Assalamualaikum
dari auc dot com

Kalau sebelum ini auc ada membuat enrti mengenai jambatan terpanjang di dunia iaitu jambatan Aizhai di China. Kita tengok pulak Jambatan Baluarte dikatakan sebagai jambatan tertinggi di dunia kerana memiliki ketinggian hingga 403 meter. Letaknya di Utara Mexico, tepatnya di pergunungan Sierra Madre.
Jambatan ini dibina di pergunungan yang berbatu-batu dan menghubungkan bandar Mazatlan dengan bandar Durango. Melihat ketinggian jambatan tersebut, dapat dibayangkan betapa gayat ketika melintasinya.
Tingginya yang 403 meter itu hampir menyamai menara tertinggi di Malaysia, Menara Berkembar Petronas yang tingginya 452 meter.
Panjang jambatan tersebut adalah 1.124 meter, dan dirasmikan tepat pada hari kemerdekaan Mexico yang ke 200, setelah lepas dari penjajahan Sepanyol.
Telah tercatat dalam Guinness World of Records sebagai jambatan tertinggi di dunia ketika Presiden Mexico, Calderon memulakan projek ini dahulu.
Bandar Mazatlan dan Durango yang dipisahkan pergunungan, sekarang semakin mudah untuk berhubung. Jika sebelum ini menghabiskan 6 jam perjalanan, maka kini hanya 3 jam sahaja, ditambah dengan pemandangan indah dari gunung Sierra Madre di kiri kanan jambatan.
Pelancong yang ingin menikmati pemandangan matahari terbenam dari sepanjang sisi jambatan tertinggi itu pun makin ramai. Semenjak dirasmikan di awal tahun 2012, memang Jambatan Baluarte mampu menarik ramai pelancong yang ingin merasakan sensasi menyeberang di sana. Mungkin rasanya lebih dahsyat dari naik roller coaster, agaknya! anda ingin mencubanya?
This post has been viewed 845 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


ngeri kaki koi rasanya klau berdiri atas jambatan nih…
yas recently posted…JUARA EURO 2012
Dah tentu taknak cuba lalu. Gayat seh! Mau merangkak kat atas jembatan tu..
Cikgu Hairul recently posted…Memperkasa Maruah
Rasanya kalau lalu diatasnya tak terasa ketinggiannya..
anif recently posted…Aktiviti Yang Membunuh Keseronokan Berbicara Tentang Bola Sepak
salam..
erkk..tengok dari jauh
je dah gayat koi nih..
goner nak lalu nih?
zulkbo recently posted…Maher Zain – Masha Allah With Lyrics
huishh,,,kalau naik kereta tak sanggup aku melalui jambatan nie,,,
hatiputera recently posted…Juara Euro 2012