Assalamualaikum
dari auc dot com
Jom Memancing Weh!
Lama benor dah auc tak pergi memancing nih, rasanya dekat 6 tahun dah. Entri ni sekadar melepaskan rindu kerana lamanya tak memancing. Kalau tak dulu pantang hari cuti je pasti hilang pergi memancing.
Hanya cerita je tinggal untuk cerita tentang aktiviti memancing ni. Dulu mana ada kemudahan macam sekarang nak ambik gambor ni. Kalau ade pun payah sikit la. Zaman ni senang, pakai henpon pun boleh ambik gambar.
Kalau dululah ada kemudahan macam sekarang ni pasti blog ni jadi blog pancing dah, semua cerita hal dunia memancing. Gambar kat bawah ni semua peralatan memancing auc masih dalam keadaan baik lagi, walaupun ada yang dah berbelas tahun usianya.

- Shimano: ni yang paling auc sayang, sebab tak ada dalam pasaran Malaysia dibeli terus dari kilang kat Johor untuk pasaran Jepun.
- Damm: dah 15 tahun dengan auc masih utuh dan banyak jasa dia dalam mencari rezeki.
- Tica
- Daiwa: serba guna, dari daratan hinggalah laut dalam.
- Okuma: untuk laut dalam.
- Shimano: Biasa buat casting haruan.
- Banax: paling banyak jasa nih, campak je dalam air mesti dapat ikan hehehe, yang lain-lain tu cap ayam je untuk mancing bebolos dan udang.
- Tu tak campur yang rosak dan dipinjam oleh member tak pulang-pulang lagi.

Ni pulak koleksi joran auc, dari yang terpanjang 13 kaki untuk pancing pantai hingga sependeknya (koyan) semua ada, masih baik lagi walaupun semua berusia 10 tahun ke atas.

Ni aksoseri untuk memancing pulak sebut je memancing ke mana, bereh bohhh, nak batu ladung besor kepala lutut pun ada.

Koleksi klasik ni, pistol atau panah ikan. Biasanya menyelam mencari ikan dengan pistol ni dikawasan sungai dipergunugan. Menyelam mesti guna lampu suluh untuk menyuluh dalam lubang yang dalam dan gelap. Sasaran hanya ikan terpilih dan besar je.
Sebenarnya tunggu masa je nak buat entri memanah dan menyelam cari ikan ni, tapi tak berkesempatan lagi. Tunggu ada kelapangan nanti pasti ada gambar dan entri memanah ikan ni.
Sekadar mengimbau kenangan dulu. Al Fatihah buat sahabat karib auc yang meninggal sewaktu pulang dari memancing [ hilangnya hantu pancing ]
- Samsung Galaxy Note 10.1 from RM1,388 only!
- Trak hijau bukan perhimpunan hijau
- Astro users, you can help save the trees and win an iPad at the same time! Here’s how.
This post has been viewed 1231 times.
Banyaknya peralatan. Sure otai memancing ni.
MyLegoland recently posted…The Cheapest Way To Start Your Lego Collection
Kaki pancing rupa bro AUC. Saya ini tidak minat memancing ada juga mengikut arwah ayah menemani beliau memancing ketika zaman kanak-kanak.
akubiomed recently posted…Entri pemanas badan blog AkuBiomed
Suka betul tengok orang memancing ni. Tapi sepatah haram pun tak reti. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted…Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I
Wah banyak koleksi pancing auc. Betul2 pemancing tegar la dulu ni ek.
shraqs recently posted…Download Percuma Gameloft Asphalt 7 : Heat
dulu memang betul2 gila memancing kini dah down hehehe
auc dot com recently posted…Jadual Perlawanan UEFA Champions League 2012 / 2013
Mmg hebat deme kome ada juge pancing keknya cop ayam aje

akuanakpahang recently posted…MAINAN PEMBUNUH – GUNA UNTUK JENAYAH
tak kira jenis bende weh deme, janji kail mesin tu “mujur”
auc dot com recently posted…Gulai Lemak Daging Salai
huh memang kaki pancing nie..:)
mmg banyak stok peralatan hehehe
budak felda recently posted…Cara dapatkan Google Sitelink
alatan je dah tinggal…
auc dot com recently posted…Dulu Burung Marah Kini Babi Jahat Pulak
memancing ni kena ada tahap kesabaran yang tinggi kan..kalau cam sy ni susahlah..nak cepat dapat ikan je..hehe
Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Nebulizer Lagi
tu ilmu pertama kena lepas kalau nak jadi pemancing

auc dot com recently posted…Inilah Wajah Hang Tuah yang Sebenarnya
dulu saya dan suami tak suka memancing… tapi sejak tinggal di Labuan ni, setiap hujung minggu kami sekeluarga akan menghabiskan masa dengan berkelah dan memancing… rasa puas sangat bila tengok ikan di dalam bucket

Mama Murai recently posted…Menu diet artis korea yang confirm menguruskan, ko berani?
dengar cerita kat sama mewah ikan, senang dpt, jadi benarlah cerita ni yek, tentu seronok

auc dot com recently posted…Dulu Burung Marah Kini Babi Jahat Pulak
wahhhh daiwa…shimano..huhu hebat2 msti dah mcm2 jenis ikan dah bawak nek ke darat ni
Din recently posted…Cara_Membuat Pattern sendiri di Photoshop <>
barang lama semua tu, boleh lah semua ikan dah merasa naik ikn paus je belum lagi

auc dot com recently posted…Inilah Wajah Hang Tuah yang Sebenarnya
Wahh minat kita sama.aku ada sebijik shimano TLD 25 dan Okuma beserta joram ugly stick dan eupro untuk jigging.
hatiputera recently posted…Daftar Astro e-Billing dan menang iPad
wah bertemu geng dah ni, bro aku lama benor x memancing, kalau ade trip tu helo2 lah kita

auc dot com recently posted…Dulu Burung Marah Kini Babi Jahat Pulak