Home » BERITA » Jom Tengok Hantu Dengan Kayu Koka

Jom Tengok Hantu Dengan Kayu Koka

Assalamualaikum
dari auc dot com

Jom Tengok Hantu Dengan Kayu Koka

hantu%2Braya Jom Tengok Hantu Dengan Kayu Koka

Malam jumaat ni, cerita hantu sikit hehehe… dalam dunia melayu ni banyak sangat jenis makhluk halus yang kerap menjelma dalam pelbagai bentuk dan nama contohnya hantu raya, hantu pari, hantu pocong, hantu bungkus, pelesit, toyol, penanggal dan sebagainya.

Apapun namanya mereka adalah dari Syaitan dan Jin yang menjelma untuk mengganggu anak cucu Adam. Memang gitulah tugasnya.

Ada sesiapa berani kat sini ni nak tengok hantu? jangan percaya ini sekadar cerita dari mulut kemulut je, sekadar hiburan semata-mata. Gini caranya bila je azan Maghrib berkumandang, duduk kepala bendul rumah (kalau ada lah, kalau tak ade tak jadi ilmu ni hehehe) dalam keadaan tangan kanan memegang kayu koka dan tangan kiri pula memegang tasbih yang juga diperbuat dari teras kayu koka.

Maka dikala ini hantu koka yang terdiri daripada berbagai macam (Qarin) akan datang, maka hendaklah kita berani sambil berkata: “Hai Khadam kayu koka, kamu panggillah bapakmu…..”.

Jika hantu yang datang itu comel cun melecun, maka dia tidak akan mengganggu kita. Akan tetapi yang datang tu dengan muka huduh maka segeralah lontarkan dia dengan biji tasbih, maka dia akan lari dan terusir sejauh-jauhnya. Ini dikatakan antara rahsia lain khasiat kayu koka. Percaya ke? cerita pedeoh (tipu) je ni heheheh….

Tapi nilah realiti sekarang, tak caya tengok TV wajib ada cerita hantu, kita masyarat melayu ni memang dah diasuh sejak dulu lagi percayakan bende sebegini, sampaikan zaman serba canggih dengan bermacam teknologinya ini masih lagi percayakan bende sebegini. Memang semuanya wujud, tapi jangan percayakannya sehinggakan kita boleh jatuh syirik kepada Allah.

Tiada apa yang lebih berkuasa hanya Allah semata-mata. Kita semua di dalam ilmunya.

لا اله الا الله محمد رسول الله
في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله
Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
pada setiap kerdipan mata dan turun naik pernafasan menurut bilanganya semuanya dalam keluasan ilmu Allah.

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

11 comments

  1. hantu mana bodoh takut dengan kayu koka hahahahaah

  2. macam tu la plk ye..
    titan recently posted…Gadis comel dan tali-temali.My Profile

  3. sekarang on je tv dah boleh nampak hantu mcm2 spesis ado…he he. rasanya tak berapa beranilah nak panggil mcm tu.

  4. salam..
    erkkk..tak de kerja nak mencari
    hantu koi nih..tengok citer hantu
    di TV pun koi tak suka..huhu

  5. Syaitan + Jin memang ada wujud. Manusia saja yang sengaja menyeru dan membangkitkan mereka agar disesatkan lg manusia.

  6. Sala, goner rupa kayu KOKA teeh? kome pun tak brapa nok kenei weh :)
    akuanakpahang recently posted…WAJAH-WAJAH MEREKA YANG PALING BERPENGARUH DIDALAM DUNIAMy Profile


  7. Twitter:
    rasanya tak perlu nak tengok hantu ni.. kat sekeliling pun banyak hantu.. hehehe
    zool recently posted…Bayar hosting DataKLMy Profile

  8. Belum ada kekuatan lagi nak tengok segala hantu ni. Hehe
    Hazmin Hamudin recently posted…Video Filem Menghina Nabi Muhammad SAW Arahan Sam BacileMy Profile

  9. Ada yang berjaya merakam gambar mahkluk halus ini dengan gajet digital.

  10. Sekarang ni memang terlalu banyak drama dan movie yang berkisarkan cerita hantu ni, macam dah takder benda lain yang boleh dibuat drama atau movie. Sebab tu dah jarang menonton tv kebelakangan ni, terlalu banyak pengaruh negatif yang boleh menjejaskan kehidupan kita sebagai umat islam. Tapi tak dinafikan ada saluran yang mempunyai program yang bagus juga.

  11. Tak pernah tengok aku kayu koka tu macammana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge