20 May 2013 | 10:24 pm
Breaking News

Kalimah Syahadah Terukir di cincin Barack Obama

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
dari auc

cincin%2Bbarack%2Bobama Kalimah Syahadah Terukir di cincin Barack Obama

Seorang Pakar Islamologi yang berasal dari Amerika Syarikat, Mark A Gabriel, telah melakukan kajian terhadap gambar-gambar cincin Barack Obama yang terukir kalimah syahadah yang tersebar luas di internet sejak belakangan ini.

Menurut kajian beliau ukiran pada cincin yang selalu dipakaikan Obama di jari manis tangan kirinya itu memang benar bermotifkan kaligrafi lafaz kalimah syahadah.

“Saya membuat kesimpulan bahawa ukiran yang terdapat pada cincin Obama itu adalah kalimah pertama syahadah,” kata Gabriel.

Gabriel menjelaskan bahawa kaligrafi kalimah ‘La Ilaha Illallah’ pada cincin Obama tersebut terbahagi dalam dua bahagian. Pada bahagian atas, tertulis huruf Arab Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa ‘Laa Ilaaha’ yang bermaksud ‘Tidak Ada Tuhan’.

Pada bahagian bawahnya pula terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa ‘Illa Allah’ yang bermakna ‘Selain Allah’. Lafaz ‘Allah’ ditulis secara separa di atas kata ‘kecuali’.

Jika kedua-dua bahagian cincin obama tersebut dibaca secara sambung, maka akan terbentuk kalimah ‘La Ilaha Illallah’ yang bermakna ‘Tiada Tuhan Selain Allah’.

“Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada, “ujar Gabriel.

Selain itu, menurut para ahli bahasa Arab dan Islam, Obama dikatakan telah memakai cincin tersebut selama lebih dari 30 tahun.

Wallahu ‘alam

Sumber: About.com


This post has been viewed 1965 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

22 comments

  1. Alhamdulillah….apapun bagus juga info begini. Org2 Islam pasti lebih yakin dgn beliau? Err…yakin ke? Ntah laa…..tak tahu nk komen bebanyak sgt.
    yas recently posted…TAHNIAH ZULFAHMI…PODIUM PERTAMA UNTUK MALAYSIAMy Profile

  2. Sukar untuk dipercayai. Ia tentu ada berniat jahat.
    akubiomed recently posted…Hot Chicks or Hot Bikes?My Profile

  3. obama pakai cincin ada kalimah syahadah..erm agak sukar nak percaya juga..tapi mungkin info yang berguna dan menarik…
    Melastik Bintang recently posted…Mr.Ray Dengan Kostum SuperheroMy Profile

  4. errr….wallahualam ..
    tak tahu nak cakap apa

  5. Mungkin cerita ini direka oleh musuh obama supaya tidak terpilih sebagai presiden dlm pilihanraya akan dtg.

    Tapi kalau dia pakai memang bermaksud.. Alhamdulilah.

    Segalanya kita kembalikan kepada Allah. Dia Maha Mengetahui.
    Cikgu Hairul recently posted…Bahaya ubat diabetes dan darah tinggi kepada pesakitMy Profile

  6. bergantung kepada cara orang tu analisis benda tu je. baca boleh, percaya tu susah sikit la. .
    mek recently posted…Fanpage Perlu Bayar Untuk Muncul di Wall FBMy Profile

  7. entah betul entah tidak citer ni
    Weschairs recently posted…Masjid 2 KiblatMy Profile

  8. Assalam, owhhhhhhhhhh… harap tak ada yg cuba perbesar-besarkan cerita ini… kita nie siapalah nak menilai semua tu… ^_^
    Noorikmal recently posted…Live Streaming Malaysia vs Hong Kong 16 Oktober 2012My Profile

  9. Kebelakangan ni banyak gambar2 kalimah Allah yang kadangkala tak jelas langsung kelihatan.Obama?terang-terangan dia bukan Islam.kalau dia pakai cincin tu masuk jamban macamana?
    Major Raidenovich recently posted…Toyota Tundra RCMy Profile

  10. Pasti ada rahsia tersendiri yak.. kas pakai cincin perok aje :)
    akuanakpahang recently posted…MENGENALI RAHSIA DISEBALIK BIBIR WANITA.My Profile

  11. ya, untuk taraf kita ni, sekadar mengetahui je, biarlah ulama’2 n pemimpin islam yg menjustifikasi. terima kasih infonya AUC.
    Denaihati recently posted…PACKAGE PERCUMA KEMBARA KEMBOJA 4 HARI 3 MALAMMy Profile

  12. aku punya cincin abtu delima… Poh Kong je.. hehhee
    KiD recently posted…Tips Trafik SEO BermusimMy Profile

  13. kalau betul pun..setakat pakai x menjamin dia sebagai org islam kan..

  14. putar belit media? hmm

  15. Salam..
    apa lah motif kalau benar dia
    pakai cincin berkalimah sebegitu?
    islamkah beliau?Jika islam kenapa
    nak sembunyikan..?
    Bro Zulkbo recently posted…Basikal Kadbod (Cardboard Bicycle) Basikal Masa Hadapan Yang Mesra AlamMy Profile

  16. memang susah nak buat tu.. tapi kita takleh taksub sgt dengan benda camni..

  17. tiap kali ada kisah sebegini, bukan tidak mahu percaya, tetapi tidak mahu terlalu tertarik sehingga khuatir akan mendatangkan perkara yang negatif dalam diri jika tidak dikawal dengan baik…
    Eizil recently posted…Rentetan gambar sekitar terjunan tertinggi oleh Felix BaumgartnerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top