Home » BERITA » ARENA SUKAN » Keputusan Penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 tahun 2012

Keputusan Penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 tahun 2012

Assalamualaikum
dari auc dot com

Tilawah%2BAl Quran%2BPeringkat%2BAntarabangsa%2B2012 Keputusan Penuh Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 tahun 2012

Malam ini merupakan malam terakhir Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 tahun 2012. Bermula 6 hingga 13 Julai 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Malaysia.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Seramai 64 peserta (41 Qari dan 23 Qariah) telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai RM40,000, naib johan akan menerima RM30,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000. Kerajaan Malaysia telah meningkatkan hadiah untuk 8 perserta ke atas.

Pemenang Qari

  1. Johan: Mohammad Anuar Ghazali (95.33%) dari Malaysia
  2. Naib Johan: Amin Pouya Amer (91.67%) dari Iran
  3. Tempat ketiga: Raden Harmoko Baharuddin (90.16%) dari Indonesia
  4. Tempat keempat: Ahmad Muhammad Al-Khalidi (89.84%) dari Maghribi
  5. Tempat kelima: Ahmad Mailud Syawish (88%) dari Algeria

Pemenang Qariah

  1. Johan: Hasnaa’ Muhammad Khoulali (94% – 38.67% Tajwid) dari Maghribi
  2. Naib Johan: Rahmawati Bakri Hunawa (94% – 38.20% Tajwid) dari Indonesia
  3. Tempat ketiga: Hajah Che Aminah bt Che Awang (94% – 38.17%) dari Malaysia
  4. Tempat keempat: Dayang Nurfaezah Hj. Emran (89.33%) dari Brunei
  5. Tempat kelima: Mashitah Ibrahim (84%) dari Thailand

Kesemua peserta menunjukan peningkat dalam kefasihan bacaan, baik dalam hukum tajwid. Ini menunjukan kesungguhan untuk berjaya di masa akan datang. Apa yang menariknya bagi kategori Qariah markah johan, naib johan dan tempat ketiga adalah sama. Keputusan ditentukan melalui bacaan hukum tajwid.

Majlis Penutup dan penyampaian hadiah ini boleh disaksikan terus secara online / TV Online streaming dari  laman web  JAKIM dan RTM 1.

Link berkaitan [ link]

leaderboard denaihati Keputusan Penuh Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 tahun 2012

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

2 comments

  1. Assalam, Alhamdulillah semuanya memang terbaik…

  2. tahniah buat semua pemenang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge