Wednesday , 8 July 2015
Lazada Malaysia
Breaking News
Home » KESIHATAN » Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

Kesan Sampingan Selepas Berhenti Merokok

Berhenti menghisap rokok mungkin menjadi satu masalah besar bagi dah ketagihan candu tersebut. Pastinya ada kesan sampingan setelah anda berhenti menghisap rokok. Jangan menyerah sekali pun harus menghadapi semua kesan sampingan ini. Tubuh pasti akan memberi respon positif ketika seorang perokok cuba menghentikan kebiasaan tabiat buruknya itu. Tubuh perlahan-lahan akan memperbaiki diri hingga benar-benar tidak lagi rasa perlunya racun rokok.

Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

Berikut adalah kesan-kesan yang akan muncul sewaktu berhenti dari merokok. Kesan ini biasanya akan berlangsung sekitar dua hari sampai lebih dari dua minggu atau berbulan:

  • Depresi atau perasaan sedih, putus asa, atau rendah diri mungkin dialami. Dalam keadaan sebegini, seseorang mesti dijauhkan dari lingkungan perokok dan perlu diberikan sokongan positif.
  • Pemarah. Sangat ini mungkin akan munculperasaan mudah marah.
  • Perubahan mood yang tidak tidak tentu pasal. Mood menjadi tidak jelas untuk ditafsirkan. Tiba-tiba emosi, marah, gembira, gelisah, dan mood lainnya datang akibat tubuh menginginkan nikotin.
  • Tidak sedap badan. Puncanya adalah terjadinya proses pembuangan yang dilakukan oleh tubuh. Selama merokok, nikotin akan mengalir laju oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh. Dan kini, tubuh akan membuatkan semua berjalan seperti biasa tanpa nikotin.
  • Usus meragam. Mungkin akan muncul krem, mual, perut kembung dan sembelit. Lakukan senaman dan makan serat untuk mengimbangi masalah ini.
  • Masalah hidung dan tekak. Hidung dan tekak akan berusaha menghilangkan lendir dan terakumulasi selama masa merokok. Untuk detoksifikasi bahagian tubuh ini, mungkin Anda mengalami batuk, tekakn kering, dan mulut kering. Cukupkan minum air untuk masalah tersebut.
  • Nafsu makan meningkat. Hilangnya racun rokok secara berperingkat boleh menggalakan rasa lapar. Ambil makanan rendah kalori dan sihat, serta air yang mencukupi untuk tubuh Anda.
  • Sakit kepala. Keluarnya nikotin turut mengundang sakit kepala. Pijit dan beristirehatlah dikala hal ini terjadi. Jangan lupa untuk minum dengan secukupnya dan mandi dengan air panas atau hangat.
  • Kurang tidur. Proses berhenti merokok juga dikaitkan dengan masalah susah tidur. Untuk sementara, jauhi dulu kopi mendekati waktu tidur dan biasakanlah bersenam.
  • Berpeluht dingin dengan tangan dan kaki gementar. Ini seperti kesan ketagihan dadah. Jangan menyerah dan bertahanlah hingga kesan kecanduan benar-benar hilang.
  • Mengalami masalah kulit. Kulit akan berangsur pulih ke adaan yang lebih baik. Selama menuju proses tersebut, mungkin Anda sedikit mengalami masalah jerawat, lidah, atau mulut. Ini hanyalah proses peralihan.

AUC dah berhenti merokok lebih 10 tahun tapi kesannya rasa juga sampai sekarang ni. Apa yang penting ialah kekuatan dari dalam diri anda….

About AUC

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

Check Also

ubat sakit lutut

Ubat Sakit Lutut yang Mujarab

Lutut merupakan salah satu sendi pada tubuh yang cukup mudah mendapat kecederaan. Ketika ia sakit ...

82 comments

  1. nk check takut2 ni .. setengah org ckp ..aku ni ade masalah jiwe ..huh ..depression ..tambah lepas benti isap rokok yg jdi mulut kering tu ..kot2 kencing manis ni .. tq bro

    • InsyaAllah x de apa2 bro…
      Jgn cakap gitu bro, bykkan berdoa dan zikir bro, InsyaAllah semua masalah tu, jgn dengar cakap org…
      gi la jumpa doktor tu…

      saya doakan bro sihat x de apa2… dapat mengerjakan ibadah dengan tenang..
      AUC recently posted…Cara Buat Duit dengan Kuih RayaMy Profile

  2. salam ..ramai jgak ye yg seksa nk benti okok ni ..ingatkn aku sorang jer ..tp lepas bce2 semue komen ..semua lain effect yg dilalui ..bro ..nk tnya ckit … klau sampai tahap susah nk nelan air liur. kering dalam mulut. cepat dahage ..kerap kncing malam..itu salah satu jugak ker bro? sesak nafas bila baring ..aku benti rokok sbb sesak nafas mlm tu ..masuk hari ni baru 4 hari berhenti rokok ..huh .. x pnh pi check doktor gi .. takut2 ..skang gune inhaler jer klau sesak nafas serang teruk ..tambah2 dlm mulut cepat kering ..lg seksa nk sedut oksigen ..tmbh nk menelan pn pyh …

  3. alhamdulillah…sekarang hampir 6 bulan lebih berhenti merokok….dalam komen saya sebelum nin…saya mengalami batuk yg sukar utk sembuh…..mcm2 ubat…mcm2…doktor….mcm2 pakar….dah ikhtiar…..akhirnya berkat kesabaran dan ketabahan dan sokongan isteri…saya telah pulih dari batuk tersebut….mungkin ini sebahagian gejala yg saya terima akibat dari berhenti mengejut….apa2 syukur kehadrat ilahi….namun begitu satu perkara yg baru dialami adalah masalah rajin makan…hehehe…memang diakui saya suka makan sekarang nih….berat badan meningkat adalah bukti jelas…iyelah sebelom nihh lepas mkn…pekena rokok…..baru menyandar….kepada mereka yg alami masalah sama…satu je petua dlm bnyk2 petua saya cuba…ni pun shbt2 yg bgtau…..kerak nasi direndam dan diembunkan..pastu letak pisau kt atas cawan tuh….kenapa letak pisau????hehehe nama pun petua….saya amalkan alhamdulillah 2 kali jek…dan juga bnyk berdoa kpd Allah…itu yg penting…selamat berjaya shbt…

  4. baru berhenti rokok dalam 2 minggu,
    tetiba kawan plak layan vap…
    last-last ikut vap skali..
    aduh.. susahnye nk berhenti merokok

  5. Salam..
    7 tahun sya mnjadi seorang perokok, lbh kurang 4 tahun sya jdi perokok tegar. Alhamdulillah skrg dh hampir 3 bulan brhenti scara mengejut. Badan lemah2, cemas, seram sejuk, kebas badan, susah tido. Brrrr… mmg x selesa.. lebih2 bila kena wktu malam. skrg ni jantung rsa mcm lemah bila wktu malam. X tau la sbb perasaan ataupun pnyakit dtg. Msa merokok dlu stedy ja. Skrg lain benor. Smpai bila ya gejala ni brterusan? Btul2 rsa nak give up bila hari2 & stiap malam jdi lemah. Patutkah sya guna ubat? Rsa mcm alang2 sbb 3 bulan x kena nicotine tapi sya mmg dh x thn dgn kesan sampingan ni. Moga sya & anda smua brjaya melalui perubahan ni n dikurniakan kekuatan. Hnya allah yg mngetahui apa yg kita lalui..

  6. Salam hormat semua..
    deritanya berhenti merokok. Tp niat dan semngat kena kuat. Sy alhamdulillah sah 3 bln berhenti merokok. Mmg tidak dpt.dinafikan cabaran dan kesan fizikal dan psikologi. Sesak nafas, jntung berdebar, letih sembelit, payah nak tidur dan bnyk lagi.
    blog ni bnyk mmbantu, apa yg penting sokongan dan maklumat yang tepat dpt mbantu kita utk berhenti merokok secara total

    • wah….apa yg bro ben rasa tengah saya rasa sekarang…. baru sebulan berhenti….rasa nak letup dada nie pon ada….tabah hadapi ujian….

    • Dptkan nasihat drpd klinik berhentik merokok, inshaa Allah mereka juga sama spt kita ttp telah berjaya. Mcm sy pgwi ini sdh 6 thn brhnti. Apa yg pntg kita perlu kongsi utk kurang tekanan dlm tempoh peralihan ini.

  7. Salam.. Saya dah 17 tahun perokok tegar, sekarang berhenti mengejut kerana doc suruh berhenti sbb kolestrol sy naik, masalahnye sekarang setiap hari saya pening, pusing kepala, melayang, dan letih terutama selepas mkn dan apabila berbual dgn orang, dah 3 mgu x boleh kerja, bila bangun tido je mcm nak melayang, sape2 ada pengalaman macam ni ke?

  8. salam
    bro saya da berhenti rokok hampir 3 bulan…masalah yg paling x tahan ialah BATUK…bila batuk je…satu bdn sakit2…da mcm2 ubat…doktor…da jmpa….jmpa dr. pakar… baik sekejap….pastu jadi balik…….adakah ini sebahagian dari cabaran berhenti…dan brapa lama keadaan ini akan berlangsung….insan tabah..

  9. Saya dah hampir 3 minggu tak merokok, sakit2 tuk semua ada, Tak bertenaga.Kuat juga pengaruh nikotin ni. 30 thn merokok, dibuang dlm masa 3 minngu. besar juga godaannya. moga2 aku berjaya. ami

  10. Saye baru sebulan bhti merokok masalhnye jadi sesak nfs yg teruk bdn jd panas ble cek hospital semue ok

  11. Salamm bro , saye dah sebulan berhenti rokok . 2minggu pertama sakit dade mcm mencocok , batok , demam , resah n gelisah . Then lepas tu hilang dalam mase 2minggu tapi skarang datang balik sakit2 yang di atas . Adakah itu biase ?

  12. Aku dah 2 kali berenti merokok..
    Gara2 perempuan..
    boleh cuba… mmg mujarab..

  13. Salam tuan…saya dah 1 tahun berhenti merokok tp kadang2 badan rasa tak sihat..rasa kebas2 belah kiri..bila buat ECG..jantung normal…cuma kolestrol naik…6….dada pula terkadang rasa nyeri…memang biasakh mcm tu?..mula2 berhenti merokok…air liur waktu pagi warna hampir kehitaman…tp sekarang dah nmpak hampir nk putih sikit….tp saya ni kurang makan buah…..minum air pun kurang…minta pendapat sikit….terima kasih

  14. Saya da 2 mingu bhenti merokok. Apa yg sy alami..hampir setiap hari, demam panas on off.. sakit kepala sampai kena telan pain killer hari-hari..tido malam memang tak lena..badan rasa berangin..asik sendawa..bila demam da ok..peluh dingin menguasai bdan.. kepala rasa nak pitam dan nak muntah…. kena kuat semangat..

  15. Terima kasih atas perkongsian artikel ni. Sekadar bertukar pengalaman, saya kini dah setahun berhenti merokok selepas 7 tahun menjadi perokok tegar. Saya tak berhenti mengejut (cold turkey), saya gunakan rokok elektronik (ecig) untuk membantu ketagihan nikotin. Dari minggu pertama saya berhenti sampailah 11 bulan seterusnye tak ade masalah. Sebulan yang lalu saya ambil keputusan nak berhenti ecig, dan minggu yang sama saya alami sembelit yang agak teruk. Selepas beberapa percubaan akhirnya saya berjaya buang air, tapi lepas tu bahagian bawah perut saya tiba2 sakit. Keesokan harinya saya demam, pergi klinik doktor cakap kemungkinan radang usus besar. Balik je rumah saya terus buat research sendiri dan setelah hampir 3 minggu sakit, saya syak saya alami sindrom usus rengsa (irritable bowel syndrome) kerana hampir kesemua simptomnya saya ada. Alhamdulillah sakit semakin berkurangan tapi masih ada. Nikotin adalah dadah perangsang, pengambilan nikotin akan merangsang aktiviti usus dalam perut. Sebab tu ada ramai perokok akan merokok sebelum buang air untuk melancarkan lagi proses pembuangan tu. Bayangkan bila dah lama sangat merokok, dah lama ambil nikotin, bila berhenti merokok usus kita kehilangan satu2nya dadah untuk merangsang aktiviti usus tu. Jadi nasihat saya kepada perokok2 di luar sana tu, kuatkan hati korang, berhenti lah demi kebaikan korang sendiri. Tak semua bekas perokok akan hadapi penyakit ni, tapi mana lah tau kalau teruskan merokok korang tiba2 kena stroke, sakit jantung atau barah peparu kan? masih belum terlambat, ubahlah sekarang. Rokok itu haram.

  16. sy dekat 2 bulan baru berhenti.. sejak kebelakangan ni byk betol memerot. kdg2 smpai 3 kali sehari. ada kena mengena ke? ada sapa2 pnh jadi jugak mcm ni? baru ni keluar yg hitam punya. ada org ckp badan buang tar. betol ke idak, tak tau la

  17. Hi semua,
    Sebelum ni say pernah berhenti hisap rokok untuk lebih dari 6 bulan, tapi saya start hisap balik pada tahun lepas. Sekarang, saya nak berhenti hisap rokok dan sudah seminggu saya berhenti, kini saya mengalami cirit-birit, sakit kepala, sakit badan dan letih. Sebelum ni saya henti merokok tak la rasa cam skrg.

    Saya nk kamu semua tahu, sekali dah lepas henti rokok, pls jangan rokok balik sebab kali kedua henti hisap rokok akan rasa lebih teruk 10 kali gandi berbanding pertama kali.

    Sekarang, saya amat berazam nak berhenti hisap rokok…

    Semoga berjaya…

  18. gile woii.. malam punye susah nak tido.. kejap2 tesedar kejap2 tesedar.. ade brani.. hati kene kering dan kental woo… pale kejap2 sakit… kadang nafas susah.. perut rase kembung… tp pernah jugak dgr member ckp ada org berenti tiba2 meninggal dunia.. betul ka? apa sebab?

    • tak betul tu bro hanya mitos je…
      saya pun berhenti mengejut jg dari perokok tegar 1 dunhill n 1 gudang garam sehari… ok je dah 11 tahun semakin sihat..
      yg tu memang ajal dia dah masa tu..
      yg penting bro kena kental berhati waja
      pasti boleh punya
      auc dot com recently posted…Sabut PetolaMy Profile

  19. Terima kasih bro. Cedok sikit info kesan pada fizikal orang yang berhenti merokok macam di atas. Halal kan ye..

  20. uishh, kalau perokok tegar baca ni mau ketar lutut jugak nak berhenti.
    khairul asrol recently posted…Rahsia Perjalanan Contest SEO EridyMy Profile

  21. Saya br bhenti 3 mggu..sedang melayani niccotine rejection syndrome..amat perit terutama bila dlm keadaan stress.tido smpi mimpi isap rokok siap bau dia sekali..hrp boleh istiqamah

    • Sy br hampir 2 bln Berhenti merokok. hampir 28 thn jd perokok & 5 thn jd perokok tegar. Ini prcubaan henti rokok kali kedua. Saya juga mengalami tidur malam yg tetjaga bbrape kali. Mimpi hisap rokok dn baunya skali. Sudah 3 mlm brlaku. Sindrom yg dinyatakan admin ada sedikit sebanyak sy alami. Bg sy pling susah hndak buang tabiat atau habit merokok. Setisp kali dtg keinginan sy minum air suam atau aur mineral. Semoga Allah terus berikan ku kekuatan untuk istiqamah.

  22. Dulu aku penah dah benti rokok, lebih kurang setahun setengah macam tu la.. Tapi awal taon lepas start isap balek.. Sekarang ni aku cube nak benti tapi macam susah la bro

  23. sy dh setahun behenti smoking neyh
    selalu rasa xsedap badan n cepat resah..kenapa eh?
    harap boleh bantu..

    • Maaf lambat nak balas, gini cer banyakkan makan buah2 terumatan nanas dan limau, jg makan vitamin C sebagai tambahan. Biasalah kesan rokok lagi tu, kuatkan semangat jgn mudah mengalah, saya dulu gitu jg dah setahun berhenti, sakit2 badan, meleleh air liur kalau terbau rokok tu…alhamdulillah kita dah 1u tahun kome berhenti.. rasa lega badan bebas bernafas :)

  24. yang saya perhatikan memang nafsu makan akan menaik sbb sebelum ni carik rokok je…:)

  25. ramai yang berniat nak berhenti namun belum berjaya..saya bernasib baik bukan perokok tetapi belum selamat kerana terpaksa menjadi perokok pasif setiap hari…
    kakiblog recently posted…5 Rahsia Untuk Menarik Pembaca Supaya Menjadi Pengunjung SetiaMy Profile

  26. tahniah bro dah lama tinggalkan rokok. rasanya lagi lama hisap rokok, lagi mencabar nak berenti.
    Denaihati recently posted…Alexa Ranking buktikan Blog dengan niche lebih berdaya saingMy Profile

  27. Kalau dah merokok memang susah nak patah balik. Perlukan semangat yang kuat. Tahniah sebab bro AUC berjaya.
    Hazmin Hamudin recently posted…Sasaran Ranking Alexa Dah TercapaiMy Profile

  28. dalam proses pengurangan..hihihi
    hafiz recently posted…Perkembangan heroku AzeeqMy Profile

  29. Kalau tidak kuat semangat selalunya menemui jalan buntu dan tabiat menghisap rokok semakin teruk.
    akubiomed recently posted…Tips blog Famous tak terkalah terbongkar dari BudieyMy Profile


  30. Twitter:
    1. Tahniah bro AUC sbb dalam lama berhenti merokok. tahniah bro!
    2. Mmg setakat ambe dengar kawan2 cerita, ubat paling mujarab nak berhenti merokok ialah kekuatan diri sendiri…

    tahniah bro!
    hafizmd recently posted…Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Sudirman 2013My Profile

  31. blackrosehunter

    tahniah bro dah berhenti merokok..kawan saya dulu, masa nak berhenti merokok, sampai demam..dahsyat penangan rokok..

  32. kekuatan dalam diri memang snagat penting
    jangan sesekali mahu merokok kembali walau hanya sekali sedut
    insya-allah
    TehR recently posted…Semak Arah KiblatMy Profile

  33. ayah fyna pun dah berhenti merokok. sebab dia pernah batuk darah teruk. lepas tue langsung dia tak sentuh rokok. tapi ramai gak yang member dia duk offer ayah rokok. alhamdulillah ayah fyna tetap tolak. dia kata ‘demi kesihatan diri dan untuk keluarga tersayang’


  34. Twitter:
    Emm betul tu bro..bab makan kena jaga..lepas brenti rokok kalau tak jaga makan, badan akan naik la..terima kasih bro kongsikan..hehe
    Hafizul recently posted…Nak Semangat Dalam BekerjaMy Profile

  35. Alhamdulillah en. suami ai dalam proses berhenti merokok.. 😉
    ai dan anak2 paling gembira dengan perkembangan terkini beliau..

  36. tahniah auc bukan mudha nk berhenti mesti ada kekuatan dri diri dn org sekeliling…semoga kekal dg azam yang jitu
    suri recently posted…Sebab-Sebab Menerima HadiahMy Profile


  37. Twitter:
    Persediaan mental perlu sebelum memulakan proses berhenti merokok ni.
    anif recently posted…Modenas Jaguh 175 – Regulator Voltage Ractifier Rosak!My Profile

  38. Pernah beberapa kali cuba berhenti namun tetap kecundang.

  39. Pasti bukan tugas mudah untuk berhenti merokok ye.. Nasib baik saya bukan perokok

  40. selalu nyer bekas perokok ni akan naik berat badan lepas stop merokok

  41. Salam..
    masih merokok, tapi dikurangkan
    payah amat nak berhenti..ermm

  42. Alhamdulilah…ambe pon berjaye berenti merokok…lenim layan vaping…heheee

  43. tahniah kpd bro sebab sudah lebih 10 tahun tidak merokok…:)
    papa mifz recently posted…Apabila Iron Man 3 Diserang Haiwan LiarMy Profile

    • mula2 dalam masa 1 – 2 minggu meleleh air liur bro…

      bau rokok 1 kilometer dpt rasa.

      Alhamduliilah berjaya jg akhirnya :)
      auc dot com recently posted…Ubat Pening KepalaMy Profile

      • assalamualaikum.
        alhamdulillah.. usaha yang memberi hasil :)

        • wa alaikum salam
          terima kasih, alah bisa tegal biasa :)
          auc dot com recently posted…Dari Volt ke SahifaMy Profile

          • baru berhenti rokok dah 3 bulan secara tibatiba atas nasihat doktor, tapi kesan sampingan seperti resah,jantung bergerak laju tak tdur lena waktu malam adakah normal seperti bro alami

          • maaf lambat sikit nak balas komen tuan.

            saya dulu pun berhenti mengejut juga, dari penghisap tegar 1 kotak dunhill 1 kotak gudang garam tu rutin harian.
            tapi dgn izin Allah saya boleh berhenti sepenuhnya, seperti yg dinyatakan kini dan 11 tahun berhenti.

            gejala sebegitu memang biasa saya alami dulu ketika mula2 berhenti.

            bro teruskan usaha bro tu, jangan toleh dah kebelakang, saya sokong semangat bro tu, bro boleh….


      • Twitter:
        teringat satu cerita korea ni..

        masa si mamat A (dalam proses nak berhenti merokok) bersenam, tiba2 datang sorang mamat B ni…

        mamat A terus pergi dekat mamat B…siap hidu2 lagi..macam org tengah ketagih

        rupanya2 mamat B tadi baru lepas hisap rokok, bau asap tu masih lekat kat baju dia..tak keruan mamat A tadi….fuuuh!

  1. Pingback: Cara Instal Dn 175

  2. Pingback: Tidak Ada Kata Terlambat Untuk Berhenti Merokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge