Home » BERITA » Khasiat Buah Ciku

Khasiat Buah Ciku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Khasiat Buah Ciku

buah%2Bciku Khasiat Buah Ciku

Siapa yang tak kenal dengan buah ciku ni. Bila masak buah berwarna coklat dan berbentuk bujur ini cukup manis. Seratnya cukup terasa di lidah. Bijinya yang pipih panjang terselit di antara isi buahnya. Asal buah ciku dikatakan dari Amerika Tengah yang akhirnya tersebar di India, Sri Lanka, Indonesia, dan Malaysia. Sepokok buah ciku yang matang boleh berbuah hingga 2,000 buah per tahun.

Disebalik bentuknya yang kecil tu, buah ciku mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan. Berikut adalah pelbagai khasiat buah ciku untuk kesihatan tubuh badan:

  1. Memakan 100 gram buah ciku akan memberikan tenaga hingga 83 kalori dan serat 5,6 gram. Seratnya baik untuk ubat sembelit dan membantu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser.
  2. Ciku kaya dengan antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria, dan antiparasit. Oleh kerana itu, buah ciku sesuai untuk ubat diare, buasir, hingga menghentikan pendarahan. Tanin pada ciku juga membantu mengatasi erosif gastritis, refluks esofagitis, enteritis, dan gangguan usus.
  3. Ciku juga mengandungi vitamin C sebanyak 24,5 peratus per 100 gram. Selain itu ia juga mengandung vitamin A. Kedua-duanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas.
  4. Buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga, asid folat, niasin, dan asam pentotenan. Sebatian tersebut membantu proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh.

sumber dari NutritionAndYou

Nota: salah satu buah kesukaan AUC. Baru tau rupanya buah ciku ni banyak sungguh khasiatnya untuk kesihatan. Untuk mengetahui pelbagai khasiat yang lain anda boleh baca di sini.

About Tok Puteh

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Admin blogger separuh masa di blog anakulucheka.com ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama. Jom bersama AUC di Google Plus.

15 comments

  1. Salam AUC
    tanam juga dah 5 tahun tak berbuah ….rasa nak tebang je pokok ni

  2. Dulu mase kecik2 memang suka makan sbb pokok kat sebelah ghumah jerr….la ni dh tak dak laie….nk beli mmg jarang2 la jawabnya…hehehe

  3. wahh..buah ciku memang sedappp..

  4. buah ciku memang sedap. tapi nampaknya ianya semakin pupus. jarang dapat dilihat kecuali di kampung2

  5. dulu kecik2 puas makan buah ciku di belakang rumah, skrg ni susah plak nak dapat, byk khasiatnya ye

  6. Assalam baru tau khasiat buah ciku nie…

  7. ini antara buah feveret aku. tak sangka khasiatnya begitu byk. kat kg aku ada tanam pokok dia

  8. syaifuddin alias

    buah cikgu memang sudah dibuktikan khasiatnya sejak dulu ..
    tapi ada yg tak tahu ..maklumlah, boleh jumpa kat kampung2 je buah ni ..

  9. Molek juga kalau ada pihak dapat dikomersialkan tidak hanya ditanam dikampung2 aje yak…
    akuanakpahang recently posted…MAKAN PIZZA BOLEH MENYEBABKAN MIGRAIN?My Profile

  10. Terimakasih,saya sangat suka buah ini sejak kecil.tapi sejak pindah ke bandar semakin susah nak mencarinya

  11. Kecil tapi penuh dengan khasiat yer..
    papa mifzi recently posted…Rambut Semakin PanjangMy Profile

  12. Sedap tapi malas nak buang kulit. :(

  13. Buah Ciku memang sedap.
    akubiomed recently posted…Bloglist Setahun Dari ciklaili.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge