
Assalamulaikum
dari auc dot com

Kisah bermula di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, pada suatu ketika di penghujung Ramadan. Dua orang anak perempuan Umar Abdul Aziz datang bertemu dengannya. Tujuan mereka nak meminta ayahanda membelikan baju raya baru untuk mereka. Jawab Umar begini anak-anakku kalau ayahanda mempunyai lebihan dari gaji nanti ayahanda akan belikan. Tapi kalau tiada usahlah bersedih, pakailah dengan taqwa yang baru itulah yang sebenarnya.
Perbual anak beranak ini telah didengari oleh penjaga Baitulmal. Wahai Amirulmukminin saya sedia pinjamkan wang Baitulmal untuk Khalifah belikan baju raya untuk anak tuan. Umar menjawab apakah jaminan kamu yang aku akan hidup sehingga esok untuk melunaskan hutang ini?…. terdiam penjaga Baitulmal tersebut.
Banyak pengajaran baik pada ibu bapa atau anak-anak remaja yang masih dalam tanggungan ibu bapa. Seorang pemimpin terulung begitu menjaga hasil pendapatannya, takut kalau termakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri. Juga sikap anak yang faham akan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada ayahnya.
Mudah-mudahan kita yang akan keluar sebagai graduan dari Universiti Ramadan ini, dapat meneruskan apa yang kita praktikkan di bulan Ramadan, dapat dibawa ke sebelas bulan mendatang pulak sehinggalah kita bertemu Ramadan tahun hadapan, itupun kalau Allah izin kita bersua lagi.
Jadikanlah kisah Khalifah Umar Abdul Aziz dan anaknya dalam menyambut perayaan Aidul Fitri ini dengan penuh kesederhanaan.
Selamat Hari Raya dari anak ulu cheka (AUC), maaf zahir dan batin.
Kisah yang menarik untuk dijadikan tauladan
begitulah hendaknya…
Hebat keperbadian sahabat Nabi SAW.
sebagai panduan kita hidup di dunia yg fana ini
Kisah yang harus dijadikan tauladan.. Selamat Hari Raya. Maaf, Zahir & Batin.
anif recently posted…Bila Rambut Mulai Beruban
utk kita semua dalam mencari keredaan Allah….