19 June 2013 | 8:34 am
DON'T MISS
Home » BERITA » Kopimisme, Agama Baru Dari Sweden

Kopimisme, Agama Baru Dari Sweden

Assalamualaikum
dari auc dot com

Lambang Kopimisme Kopimisme, Agama Baru Dari Sweden

Dalam manusia mencari arah hidup, selagi belum bertemu yang hak, yakni agama yang syumul (islam) pasti akan mereka-reka sesuatu untuk mencari arah hidup yang dirasakan itu adalah benar. Dengan teknologi sekarang muncul pulak agama internet, Kopimisme, Agama Baru Dari Sweden.

Yang dikatakan mempunyai keyakinan bahawa masyarakat harus bebas untuk menyalin mengedarkan semua maklumat tanpa memperhatikan hak cipta atau jenama dagang.

Pengikut agama aneh ini disebut “Kopimisme” dan mereka percaya dengan berkongsi dan menyalin segala jenis maklumat akan meningkatkan pengetahuan. Kopimisme juga mengusung “Copy Me” sebagai tagline.

Seperti yang dikutip daru usnews, lebih dari 3500 orang di Facebook menyukai Kopimisme dan beribu-ribu orang telah melakukan ritual suci file sharing. Agama ini telah menyebar dan mempunyai cawangan di 18 buah negara.

Pertemuan rasmi antara pengikut harus dilaksanakan di tempat yang benar-benar bebas dari pantau anti-kopimisme dan menggunakan lambang piramid dengan huruf K dan umatnya harus mengucapkan kata-kata suci “Copied and Seeded”.

Agama ini dikhabarkan telah mencapai Amerika dan membuka cabang di sana, sumber mengatakan bahawa seorang mahasiswa berumur 25 tahun di Universiti Chicago menjadi kepala cabang.

Sekitar 450 orang telah berdaftar di gereja Kopimisme dan 30 orang dari mereka secara aktif amalan-amalan agama yang merangkumi simbol Ctrl + C dan Ctrl + V, sebuah shortcut keyboard untuk melakukan kopi file.

Tidak hairan agama aneh ini muncul di Sweden, negara ini terdapat parti pembajak (pirate party) yang mempunyai 2 kerusi parlimen dan Sweden juga terdapat laman portal terbesar untuk file haram, The Pirate

Walaupun pengikut kopimisme banyak melakukan ritual “suci” setiap kali memuat turun dan berkongsi aneka macam fail multimedia atau ebook, namun mereka juga secara teratur bertemu di chatroom untuk membincangkan agama.

Banyak dari pengikut mereka yang merupakan aktivis internet dan membuat file sharing yang melanggar undang-undang, jika berjaya, pengasas Kopimisme akan membantu dengan senang hati dengan apa cara sekalipun.

sumber: sidomi.com

Berhati-hati, walau berjuta agama lain muncul, yang diterima hanyalah agama islam disisi Allah.


This post has been viewed 574 times.

About auc dot com

Terima kasih atas kunjugan anda ke blog Anak Ulu Cheka (AUC) ni. Part Time Blogger Kat Blog Picisan ni. Blog "Meraban Tapi Berinformasi". Semoga blog ini dapat memberi sedikit manfaat untuk dikongsikan bersama.

7 comments

  1. ish.. ape nak jadi la… ish3
    Akulah.com recently posted…Gambar Pahlawan Kecil Menyelamatkan Adiknya dari Maut Diserang AnjingMy Profile

  2. INi mungkin geng2 yg frustrated sebab banyak file sharing site kena tutup kot :)
    shraqs recently posted…Dropbox Memperkenalkan Link SharingMy Profile

  3. pelik pulak agama ciptaan manusia tu, gunakan ritual file sharing.
    mudahan orang islam x terjebak.
    Denaihati recently posted…Undian Nuffnang Blogger Of The Year bermula #DiGiWWWOWMy Profile

  4. Jika betul adanya … adalh terlalu singkat fikiran mereak untuk mewujudkan agma sebegini

  5. Errr kopimisme ni betul2 agama ke atau hanya satu budaya saja bro?….klau budaya kt sini pun ramai yg buat mcm tu…tp klau agama..errr…ntah laa….
    yas recently posted…Kerjasama Youngman-Lotus Hasilkan SUV/Gen2My Profile

  6. Hmmm… Macam ni pun ada! Entah apa-apa la manusia sekarang ni..
    anif recently posted…Menunggu Idea Yang Tidak Kunjung TibaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top