Assalamualaikum
dari auc dot com
Live Streaming Pelancaran Proton Preve, 16 April 2012

Gambar kreadit to jomtonton.net
Pada peminat kereta tempatan pastinya ternanti-nanti, apabila syarikat pengeluar kenderaan nasional Proton mengumumkan model terbarunya yang dinamakan Proton Preve antara model yang terbaik dari Proton pada malam ini 9.30 malam. Pelancarannya boleh disaksikan secara live dari TV1. Bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Prevé (disebut Prae-vae) adalah pinjaman perkataan Sepanyol yang bermaksud Proof / to Prove ( bukti/ untuk membuktikan). Proton ingin menyatakan mesej bahawa Proton Prevé ini adalah bukti hasil komitmen mereka dalam memartabatkan industri kereta nasional sepanjang 27 tahun dan menghasilkan produk bertaraf global.
Harga bagi Proton Prevé dalam anggaran harga RM65,000 – RM75,000 bergantung pada spesifikasi model.
Jangan lupa malam nih Live Streaming Pelancaran Proton Preve di TV1 [ Link ] atau [ Link ]
p/s: Ade ke Dato Syed Zainal malam ni?, best dengar ucapan dia sewaktu pelancaran exora dulu…
This post has been viewed 534 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


Sekejap je lagi.. tak sabar nak tgk nih

JT recently posted…Pameran Raja Kita April-Jun 2012
Akhirnya model baru Proton Preve’ akan dilancarkan secara rasminya.
akubiomed recently posted…Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati