Assalamualaikum
dari auc dot com
Apple diberitakan akan mengeluarkan MacBook Air versi murah, ianya untuk menyaingi gelombang kedua munculnya ultrabook dari para pesaing. MacBook Air kini dijual berharga dari US $ 999 (RM3,048.35) maka versi murahnya nanti akan dijual dengan harga US $ 799 (RM2,438.07)
Dipetik dari laman DigiTimes menyebut dari sumber pengedar Apple, MacBook Air dengan harga US $ 799 (RM2,438.07) siap dikeluarkan di suku ketiga tahun 2012. Ini bertepatan dengan musim pelajar kembali ke sekolah.
Sedangkan laman Mashable mengatakan, jika khabar angin itu benar, maka MacBook Air boleh laris dijual, apalagi dengan harga yang lebih murah dari yang ada sekarang. Seperti diketahui, ketika ini pun Apple terbilang berjaya menjual MacBook Air dengan pelbagai versi, iaitu 11 inch + 64 GB (US $ 999) (RM3,048.35), 11 inch + 128 GB (US $ 1.199) (RM3.65863) , 13 inch + 128 GB (US $ 1.299) (RM3.96377).
Keluarnya nanti MacBook murah dijangka menjadi sebuah cabaran besar bagi ultrabook lain.
Ultrabook, laptop dengan paparan supertipis, memang menjadi idola baru. Meskipun begitu, penjualannya masih belum memuaskan, kerana banyakkan pelanggan masih berminat dengan tablet.
Sekurang-kurangnya ada satu ultrabook yang dikata laris dan menjadi pesaing serius bagi MacBook, iaitu Dell XP 13 (US $ 999) (RM3,048.35) . Laptop yang dikeluarkan Februari lalu ini mempunyai spesifikasi skrin 13 inci, frame 12 inci, berat hanya 2,99 pound, dan menggunakan Intel Core i3 (yang boleh di-upgrade ke Intel Core i7) dengan sistem operasi Windows 7.
Namun, tentu saja pesaing terkuat bagi MacBook bukan hanya ultrabook, tetapi juga sistem operasi Windows 8. Persaingan ultrabook memang diramalkan semakin banyk ketika Windows mengeluarkan Windows 8, yang dijangka akan dikeluarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.
Kenapalah harga Apple ini masih tinggi walaupun tiada cukai perkakasan IT. Saya sekadar berminat laptop Apple ini tetapi hendak beli tidak mampun.

akubiomed recently posted…Pengalaman menulis blog
Tak pernah aku guna pc mcbook nih….tp klau ader yg suh test boleh ajerrr…hehehe
yas recently posted…TEMPOH SEMINGGU LAGI SERAH DIRI – Bersih 3.0
pernah cuba
mcm x best je
dah terbiasa dgn windows gamaknya
X berminat dengan produk Apple… Mahal..
Izzuddin Fauzi recently posted…#JDAB2012 Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia
samalah x minat juga
tak kira la macbook air versi murah ke, kecik ke besar ke. yang penting aku nak kumpul duit untuk dapatkan i phone 4s. hehehehe
moga impian akan tercapai
Bila cerita pasal murah, rasanya Apple masih belum bersedia untuk menerjah pasaran tersebut. Maklumlah margin keuntungan terlalu kecil.
Apa pun menarik jika Apple keluarkan MacBook versi murah ni.. Tentunya akan memeriahkan pasaran & bagus untuk pengguna!

anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #37
macbook vs ultrabook