Assalamualaikum
بسم الله الرحمن الرحيم
dari auc dot com
Makna Aidul Fitri
Aidul Fitri merupakan hari kebesaran dan amat dinantikan oleh jutaan umat islam setelah menunaikan puasa Ramadan selama sebulan. Segala persiapan dilakukan dan kemudahan disediakan untuk meraikan hari yang jatuh pada tarikh 1 syawal ini. Apa sebenarnya makna di balik sambutan yang begitu ceria dan meriah ini?
Makna asalnya dari kata “‘Aidul” iaitu hari raya dan “Fitri” ertinya berbuka puasa atau Lebaran. Ia adalah hari berbuka secara beramai-ramai setelah sebulan kaum muslimin menjalani puasa. Rasa bahagia saat berbuka di waktu maghrib selama sebulan seakan digabungkan pada tarikh 1 syawal di hari raya Lebaran. Kegembiraan itu bagai hadiah Ilahi bagi para muslimin dan muslimat berpuasa kerana selesai menunaikan kewajipan puasa sebulan, dan kelak di hari pertemuan denganNya akan diberikan hadiah “himpunan kebahagiaan” kerana menjalankan puasa sepanjang usia ditambah bonus Ilahi yang lain. Demikian isi hadis Nabi ada menegaskan.
Ekspresi dan paparan Aidul Fitri sebagai “Iduna Ahlil Islam” kata Nabi “Hari Raya kami penganut Islam”. Sebagai “yaumu aklin wa syurbin wa bahjatin” yakni hari makan-minum dan bersuka cita. Sehingga diharamkan berpuasa pada hari ini dan diwajibkan kepada seluruh umat Islam memastikan tidak ada seorang anak muslim pun yang tidak ikut beraikannya. Demi kebesaran hari ini secara khususnya zakat fitrah diwajibkan bagi membantu golongan yang kurang upaya
Dengan menjalankan puasa Ramadan secara sempurna dengan jaminan dibersihkan dari dosa dengan mengukuhkan hubungan silaturahim saling bermaafan sesama muslim akan terbebas dari dosa. Dengan itu Aidul Fitri juga bermakna kembali kepada fitrah atau kesucian terbebas dari dosa-dosa. Kembali bersihnya seperti seorang bayi yang baru dilahirkan dalam fitrah, tidak membawa beban dosa apapun.
Sebagaimana dinyatakan dalam Al Quran Surah Ar-Rum ayat 30: Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama Allah, firah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Itulah makna Aidul Fitri. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita selama ini.
Salam Aidul Fitri dari auc sekeluarga, maaf dipinta dari semua. Selamat Hari Raya Aidul Fitri Maaf Zahir dan Batin.
This post has been viewed 827 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi



Selamat Hari Raya, maaf zahir batin
samdaddycool recently posted…Takbir Raya bidaah
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

akubiomed recently posted…Berbuka puasa di kampung
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, Zahir & Batin.
anif recently posted…Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin