HANOI, Vietnam – Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg menunggang seekor kerbau semasa dia melawat Vietnam selama beberapa hari sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS).
Bilionair berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas bersama teman wanitanya, Priscilla Chan dan beberapa pengawal peribadi pada 22 Disember lalu.
Penolong Pengurus Hotel Topas Ecolodge, Le Phuc Thien berkata, Zuckerberg tinggal di hotel berkenaan di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam pada Hari Krismas.
Pada hari yang sama, beliau turut mencuba pengalaman menunggang kerbau dengan seorang petani berada di sisi haiwan itu.
Zuckerberg yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook kemudian dibawa bersiar-siar di sekitar resort berkenaan.
Dia mengasaskan Facebook pada 2004.
Pemerintah Vietnam menyekat penduduknya melayari laman Facebook dan beberapa laman web lain. – Agensi
Ade kerbau kat kampung tapi tak pernah tunggang pun, balik kampung nanti kena cuba jugak ni
![]()
This post has been viewed 653 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi



askm. test drive , kerbau tu nampak jinak n die nak beli terus kot…he..he
Denaihati recently posted…5 Blog 2011 Paling Kerap Dilawati
wa alaikum salam
puas doh naik kete mahal2 tu
naik kobou la pulak
nak niaga kerbau kot (Y)
auc dot com recently posted…Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012
salam..
ermm..27 tahun je dah
Billionair..untung duit
dah bercambah..tak tahu
nak buat apa..nak merasa
juga naik kerbau..entah
berapa budak kerbau tu
charge dia..he he
haha~~,,…
NINJA recently posted…LAgu : Nafsu Muka Buku (cinta muka buku islamic version)
(Y)

auc dot com recently posted…Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid
wawawa…x pernah pun rasa naik kerbau..huhu
takut nak naik
kerbau ni brutal sikit
tanduk dia tajam n panjang (Y)
auc dot com recently posted…Al-Quran Bongkar Rahsia Pembinaan Piramid