Masa Silam yang Kelam
السلام عليكم
dari auc dot com
Bersempena hari jumaat yang barakah ini, jom kita lihat dari mana, di mana dan ke mana kita nanti. Adakah kita masih ditakuk lama? sama-samalah kita renungi sedalam-dalamnya.
الهي لست للفردوس اهلا ولا أقوى على النار الجحيم فهب لي توية واغفر ذنوبي فانك غافر الذنب العظيم
“Wahai Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga firdaus, dan aku juga tidak mampu menghadapi azab neraka, maka kurniakan kepadaku taubat dan ampunilah dosa-dosaku, maka sesungguhnyaEngkau Maha Pengampun dosa-dosa besar.”
Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah melakukan dosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.
Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajjud merintih memohon keampunan daripada Ilahi. Jika dulu bergelumbang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dari punca sengsara. Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al Quran dan Hadis.
Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkap, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa menuju ke hadapan. Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.
This post has been viewed 1281 times.












Bak kata topik Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam, jangan miskin di dunia, muflis di akhirat..
Jomtonton recently posted..Freebies Khatgrafik : Wallpaper Man Jadda Wa Jada
Suka dgr Ust Kamaruddin semalam tu (Y)
auc dot com recently posted..Masa Silam yang Kelam
ya akhi, moga Allah memuliakanmu di hari yang penuh barakah ini..
matan zikir taubah diatas dikatakan datang dari as-syafie rahimahullah, namun ternyata ia adalah batil, bukan dari as-syafie dan menyalahi dalil sunnah, insyaAllah perbahasannya akan saya kupas di blog, wallahumusta’an
Ad-Dien recently posted..Biografi Khadijah binti Khuwailid
elok sgt tu anta kupas dgn lebih jelas
sebb ramai yg selalu mengalunkan zikir munajat ni (Y)
شكرا ياأخى
auc dot com recently posted..Masa Silam yang Kelam
askm. betul, hari2 dengar kat tv, mesti ramai nak tau juga kesahihannya.
Denaihati recently posted..Sihat Sebelum Sakit
insyaAllah, akan saya jelaskan dengan penuh ilmiah dan kemapuan yang saya ada..nanti tolong ingatkan saya ye, dan saya akan quote sekali blog akhi insyaAllah..moga usaha ini bermanfaat

Ad-Dien recently posted..Larangan Buruk Sangka Dan Mencari-Cari Kesalahan Orang
Assalamualaikum buat akhi AUC dan akhi denaihati, Alhamdulillah Allah telah izinkan saya menjelaskan status bait di atas mengikut kemampuan saya..jemput ke blog untuk menilainya insyaAllah
Ad-Dien recently posted..Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا