Mencari Lailatul Qadar

Ibadah Qurban dan Aqiqah Mencari Lailatul Qadar

Assalamualaikum
dari auc dot com

Mencari Lailatul Qadar

Surah%2Bal%2BQodr Mencari Lailatul Qadar

Kenapakah  lailatul qadar (malam ketetapan) dikatakan malam yang paling mulia?. Kerana malam tersebut merupakan malam yang memiliki kemuliaan lebih baik berbanding 1,000 bulan. Selain itu, pada malam lailatul qadar juga akan dituliskan takdir (ketetapan) selama setahun. Oleh kerana itu, tidak hairanlah ia merupakan hasrat terbesar dari kaum muslimin sedunia, ketika tiba bulan Ramadan inilah saat keinginan untuk dapatkan lailatul qadar. Seluruh kegiatan terarahkan untuk dapatkan keberkatannya.

Persoalan biasa ditanya bagaimana cara kita untuk mendapatnya?

Rasulullah SAW telah banyak memberi panduan berkaitan dengan lailatul qadar. Seperti dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa malam lailatul qadar akan jatuh pada malam-malam ganjil dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Pendapat ini adalah yang terkuat berdasarkan hadis sahih, “Aisyah berkata bahawa Rasulullah SAW beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan beliau bersabda, Carilah lailatul qadar pada (malam ganjil) sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.” (HR. Bukhari dan Muslim )

Begitu besarnya keistimewaan lailatul qadar ini, sehingga Rasulullah betul-betul mengingatkan aku agar nanti kita tidak melewatkannya, walaupun dalam keadaan yang sulit sekalipun. Sebagaimana disampaikan oleh Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika seorang dari kamu merasa lemah atau tidak mampu, maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya” (HR. Bukhari dan Muslim)

Selain waktu dan tanda-tanda lailatul qadar juga disebutkan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya: “Pagi hari lailatul qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR. Muslim). Sementara Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya sinar matahari melemah kemerah-merahan.” (HR. Ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah dan Al-Bazzar dengan sanad hasan).

Jika masa dan tandanya sudah kita ketahui, maka apa yang seharusnya dilaksanakan pada lailatul qadar?

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa melakukan qiyam (solat) pada lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim). Selain dari itu, pada malam itu kita dianjurkan untuk memperbanyak doa pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari Sayyidah ‘Aisyah Radhiyallahu’ anha, bahawasanya beliau bertanya: “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu bila malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau maka Rasulullah menjawab: “Ucapkanlah: Allahumma innaka ‘afuwwu tuhibbul’ afwa fa’fu anna (Ya Allah, Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah hamba)” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad sahih)

Sudah semestinya, pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan ini, kita mengajakkan hati untuk memperbanyak ibadah kepada Allah SWT, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. ‘Aisyah Radhiyallahu’ anha berkata: “Rasulullah bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) sepuluh hari terakhir yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR. Muslim).

Tak perlulah menyibukkan diri untuk melihat tanda-tanda turunnya lailatul qadar, kita sudah seharusnya meningkatkan ibadah kita di bulan Ramadan, dan lebih dipertingkatkan lagi pada 10 akhir bulan Ramadan. Bukti bahawa kita berjumpa dengan lailatul qadar tentu akan muncul pada pencarian kita. Kerana semua amal ibadah yang diterima oleh Allah, termasuk perjumpaan kita dengan malam lailatul qadar, akan memberi kesan pada perbaikan sikap dan perilaku kita sehari-hari baik sebagai warga masyarakat dan pejabat. Mari kita sambut malam lailatul qadar disertai ikhtiar yang sungguh-sungguh untuk menjadi hamba Allah yang semakin taqwa dalam perubahan sikap dan perilaku kita yang semakin sempurna.


This post has been viewed 889 times.

Tags: , ,

4 Responses to “Mencari Lailatul Qadar”

  1. rizz
    07. Aug, 2012 at 2:00 pm #

    moga malam-malam mendatang dan seterusnya ibadah ditingkatkan

  2. akuanakpahang
    07. Aug, 2012 at 5:32 am #

    Salam, semoga ramadan tahun ini lebih sempurna pada ramadan sebelumnya insyaallah…
    akuanakpahang recently posted…Gulai Patin Jadi Tumpuan… Baju T Shirt AAPG Jadi Kebanggaan.My Profile

  3. anif
    07. Aug, 2012 at 1:55 am #

    Tingkatkan amal & ibadat pada 10 malam terakhir.. tentunya lebih baik daripada sibuk mencari tanda-tandanya..
    anif recently posted…Kedudukan Pungutan Pingat Terkini Hari Ke 11 – Sukan Olimpik London 2012My Profile

  4. hatiputera
    07. Aug, 2012 at 1:21 am #

    semoga kita semua mendapat rahmat pada malam lailatul qadar.
    hatiputera recently posted…Lee Chong Wei Pingat Perak Olimpik 2012My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

shared on wplocker.com