السلام عليكم
Selepas bersalin atau dalam tempoh berpantang dalam masyarakat melayu penuh dengan pantang larangnya. Terutamanya bab makanan, selalunya tempoh berpantang menjangkau 40 hari atau 44 hari.
Dalam tempoh ini ibu lepas bersalin hanya makan makanan yang tertentu sahaja, sebenarnya mengenai makanan ini berlainan dari negeri dengan negeri lain
Di Kelantan contohnya menunya hanya
nasi putih + ikan selar bakar/ daging @ rebus + sawi rebus
Pahang pulak
nasi putih + ikan talang bakar + lada hitam tumbuk (hospital tak bagi sangat ni, kata nya menyebabkan kuning pada baby nanti)
ada jugak sawi , kobis pun boleh jugak. Selain ikan selar, ikan tamban pun boleh jugak (goreng tus minyak hingga habis) kadang-kadang pelik juga kata minyak tak boleh makan tapi goreng ni boleh pulak
ni menu dari emak kome utk ibu lepas bersalin makan dgn nasi putih
isi/tulang ikan talang + pegaga + lada besar hijau + sedikit kunyit hidup hiris nipis + santan cair (pergghh sedap weh bukan utk ibu je tak bersalin pun terliur jugak). Ada juga mengganti pepaga dgn pucuk gelugur.
Kalau kita tengok bagi cina atau india ke atau orang puteh tak de pantang2 nya ok je…makan je semua benda yang kita kata tak boleh tu…macam mana pulak
Minta sesiapa ada menu lain utk ibu lepas bersalin nih…kome nok campur2 mana yang boleh kome guna pakai hehehe…kalau di kelantan ikan talang x boleh tapi bagi orang pahang boleh jadi kome guna cara orang pahang heheheh. Kita ambil yang boleh je, jadinya dapatlah merasa semuanya, tak la makan lauk tu je…
p/s: utk kali semua kome buat dari mandi baby, masak utk ibunya, bertungku, mengurut ibunya hehehe (lepas sape nak urut lepas bersalin boleh tel kome heheh) mengada abang nih…gurau2 je weh, kome mengurut isteri kome je weh…bila lagi nak test ilmu yg belajar selama ini. Nak hantar kat Mak Cik tukang urut masa ni al maklum je lah kat bandar nih….
This post has been viewed 2974 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


terima kasih sbb sharing info ni
As salam..
Masa berpantang dulu kalau tak silap, mak mertua bagi makan nasi putih panas2 + lada hitam tumbuk + ikan kering yg tak gatal,ikan bakar, ikan masak asam + lobak putih. Lain2 sayur dikhuatiri sejuk, jadi elakkan dulu…
Paknya jgn lupa pantang 100 hari..
iza recently posted…Ku Tinggalkan Dikau
terima kasih iza tambah satu lagi kome x tau lobak putih tu (Y)
Paknya? huhuhuhu begitu la nampaknya
wa alaikumsalam
ayoh nye pantang jugak wehh…
tu la orang jaman nih habih nye makan belake dah (Y)
Assalam, pantang moknya tu lepas dah pantang ayahnya pulok goner hehehe
* org sesari nei nyer bantai makan blake haru 

akuanakpahang recently posted…Gambar erotik Elizabeth Taylor