Assalamualaikum
dari auc dot com

Di kesempatan cuti hari minggu semalam, ambil kesempatan balik kampung untuk “memegang puasa” di sana. Memegang puasa? satu istilah kampung bagi menyatakan di mana mula-mula kita berpuasa. Sebut puasa pasti wajib ada menu ni sekali setahun Nasi Ulam.
Entri nasi ulam ni auc pernah buat tahun lepas [ link ], persoalan masih belum terjawap kenapa nasi ulam hanya dibuat di bulan puasa je, kenapa bulan lain tak boleh buat. Sedangkan bahan-bahannya ada sokmo disekitar rumah. Kalau tahun lepas Ayah auc yang buat, kali ni auc pulak yang membuat nasi ulam pulak (berguru buat nasi ulam). Al Hamdulillah lulus
Apa yang menraiknya nasi ulam ni, ulam-ulamannya melebihi 20 jenis daun-daun dan pucuk kayu. Yang leceh masa nak menghiris halus-halus ulaman tersebut, mau terjuling biji mata. Kalau kasar-kasar tak menarik dan sedap mata memandang. Lagi banyak daging bakar tu lagi sedap nasi ulam tersebut. Satu je bahan paling penting dalam membuat nasi ulam ni daun manir, daun cukup susah nak cari, dia hidup dalam hutan je.
Pernah terjadi pencari daun manir ni sesat dalam hutan bulan puasa. Kecoh satu kampung mencarinya. Tu lah penangan daun manir ni. Tapi kat rumah auc ada tanam pokok ni, ambil dari hutan. Tapi tak kena musim pucuk dia agak tua bulan puasa ni.
Makan nasi ulam tak payah lauk lain dah, cukup dia je. Kena dengan nasi panas… pergghhh. Kalau nak tau lagi mengenai nasi ulam ni boleh klik di sini.
This post has been viewed 603 times.
Anak Ulu Cheka Meraban Tapi Berinformasi


Makan ulam baik untuk kesihatan dan sebagai pelawas.
akubiomed recently posted…Komen cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
betul sangat tu
makanan kesihatan nih
Juan recently posted…Buka Puasa dan Bazaar Ramadhan 2012
Jenuh nak meracik daun tu….tp bila makan mmg dh tak ingat mende dh nih….hehehe
yas recently posted…Template Mesra SEO V2 ThesisForBlogger
sape yg pernah makan je tau akan kenikmatanya
Nak meracik halus2 tu yg memang letih tu…..x kedaya koi…hehehe
yas recently posted…Template Mesra SEO V2 ThesisForBlogger
nok tak nok kena racik jg lah, krem pinggang rasanya weh
mesti hebat ni sampai 20 jenis daun, belum pernah cuba yg macam ni.
Denaihati recently posted…Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2012
tu pun banyak yg auc tak kenal ulam/pucuk apa tah,
memang sedap, x perlu pada lauk lain dah
sedapnye..
hingga x sedar entah berapa kali tambah nasi
fuh..mahu tambah 2-3 kali ni..hehe
cikgu naman recently posted…Bubur lambuk
Macam tau2 je
Fuhh… Nampak menyelerakan! Memang menu kampung original ni!

anif recently posted…F1 – Fernando Alonso Menang Di Hockenheim
memang betul ori tak ade di tempat lain