Nokia 808 dilengkapi dengan Kamera 41 Megapixel?

Nokia memperkenalkan Nokia 808 PureView, sebuah telefon bimbit yang dilengkapi kamera dengan resolusi hingga 41 megapixel, luar biasa!
Sangat mengejutkan, Nokia memperkenalkan Nokia 808 PureView sebagai pengganti N8 dan dilengkapi dengan kamera resolusi 41 Megapixel, sebuah resolusi yang sangat tinggi untuk ukuran telefon, jangankan telefon bimbit, kamera digital saja masih jarang yang menggunakan resolusi hingga 41 megapixel.
Kamera dengan resolusi 41 megapixel tersebut mampu menangkap gambar dengan saiz 7728 x 5354 pixel dengan aspect ratio 16:9 dan 7152 x 5368 pixel dengan aspect ratio 4:3.
Menurut beberapa penganalisis, meskipun resolusi yang dihasilkan sangat tinggi, namun bukan perhitungan dari saiz sensor. Nokia mengatakan bahawa resolusi tinggi ini menggunakan teknologi “Over-sampling”.
Teknologi Over Sampling sendiri adalah suatu kaedah pengelompokan pixel-pixel kecil berjumlah 7 buah pixel dan digabung untuk membentuk super-pixel dengan pemprosesan GPU.
Anda boleh memilih saiz imej semasa mengambil, iaitu 5.8 atau 38 megapixel. Nokia 808 ini menggunakan lensa Carl-Zeiss yang sering diaplikasikan pada telefon bimbit Nokia sebelumnya.
Seperti yang diambil dari Slashgear, Nokia 808 juga dilengkapi dengan digital zoom hingga 4x dan dapat merakam HD video berukuran 1080p.
Harga Nokia 808 PureView ini dianggarkan kira-kira $600 atau sekitar RM1900. Telefon ini juga masih menggunakan sistem operasi khas Nokia, Symbian
This post has been viewed 4885 times.












5 Megapiksel sudah memadai nanti gambar yang dihasilkan banyak noise kerana Megapiksel besar sangat.
canggih woi!! dapat kat renjermesti gambar2 memancing lebih menarik

renjer recently posted..MISI IKAN HARUAN LAGI
salam..
41 Megapix tu..
besar resolusinya..boleh
buat banner besar bila cuci
zulkbo recently posted..Mencari Pembantu Rumah Indonesia? Ini Caranya
dr yg aku faham, ini bukan 41 mega pixel, akan tetapi over sampling, so utk menghasilkan 41 mega pixel ni nokia guna kamera berapa megapixel?
Juan recently posted..Perbezaan Duit Syiling Lama dan Duit Syiling Baru
betul jugak kata deme tu juan
x terfikir pulak (I)
auc dot com recently posted..Nokia 808 dilengkapi dengan Kamera 41 Megapixel?
Jangan lupa untuk saya satu yek ..hehe

Ad-Dien recently posted..Rosaknya Aqidah Dengan Memakai Tangkal
Memori kad pun kena standby saiz besar jugak la ni

Jomtonton recently posted..Tempahan Khat : Rezeki Hari Ini
gambar 41Megapixel, nak bukak gambar ni pun mungkin ambik masa sikit sbb saiz gambar yg agak besar.
Denaihati recently posted..Contest Gadget Impian belum tamat lagi
jgn lama sgt sudah lah

auc dot com recently posted..Nokia 808 dilengkapi dengan Kamera 41 Megapixel?
wahh .. hebat kali ini .. N8 yg 12MP pon dh power camera dia .. nie pulak . 41MP . kna tmbah koleksi ni .. tggu smpai mlaysia la .. hehe
Mr.Sepet recently posted..Aksi Terlampau Di Tepi Surau
lambat lagi kot sampai sini

auc dot com recently posted..Nokia 808 dilengkapi dengan Kamera 41 Megapixel?
bapak ah. nak buat apa sampai 41?? :-O :-O :-O
gamep01nt recently posted..Wallpaper Downgila Free
terlebih kedepan sgt

jd pesaingnya nanti kena up lebih lah
41 megapixel ke atas
auc dot com recently posted..Nokia 808 dilengkapi dengan Kamera 41 Megapixel?
Hebat tu.. Harap baterinya cukup tahan lama untuk menampung kuasa kamera tu.
anif recently posted..Erykah Badu – The Star Bikin Panas!
pasti ada jalan utk menyelesaikan masalah tu

auc dot com recently posted..Nokia 808 dilengkapi dengan Kamera 41 Megapixel?